PBS Bahagian N18 Inanam

PBS Bahagian N18 Inanam Kami berkhidmat kepada rakyat dan kami juga membantu sebagai saluran merealisaikan impian mereka

PBS Rai Ulang Tahun Ke-41, Tekankan Perpaduan dan Perjuangan Hak Sabah.March 6, 2026Oleh Dr Jikat Binol DarimbangKOTA KI...
06/03/2026

PBS Rai Ulang Tahun Ke-41, Tekankan Perpaduan dan Perjuangan Hak Sabah.

March 6, 2026

Oleh Dr Jikat Binol Darimbang

KOTA KINABALU: Sambutan ulang tahun ke-41 Parti Bersatu Sabah (PBS) disambut meriah dengan kehadiran barisan pemimpin utama parti yang menzahirkan semangat perpaduan serta komitmen berterusan dalam memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Sabah.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran pengasas PBS, Joseph Pairin Kitingan yang kini berperanan sebagai Penasihat Perdana parti. Turut hadir memeriahkan sambutan ialah pemimpin veteran Radin Malleh serta Presiden PBS, Maximus Ongkili.

Dalam ucapannya, Setiausaha Agung PBS yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Rakyat Sabah serta Pengerusi Penganjur majlis, Datuk Julita Majungki mengajak seluruh ahli parti agar terus mengekalkan kesetiaan dan memperkukuhkan perpaduan di semua peringkat kepimpinan.

Beliau menegaskan bahawa kekuatan parti terletak pada kesatuan ahli di akar umbi, cawangan, bahagian serta pucuk pimpinan tertinggi. Sehubungan itu, beliau menyeru agar semua pihak yang akan bertanding dalam pemilihan parti kali ini mengamalkan budaya politik matang serta memelihara keharmonian dalam parti.

“Pertandingan dalam parti harus dijalankan dalam suasana penuh tertib dan saling menghormati, ibarat menarik benang dalam dulang tepung – benangnya tidak putus dan tepungnya tidak berselerak,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Presiden PBS, Joachim Gunsalam yang juga Timbalan Ketua Menteri I Sabah serta Menteri Kerja Raya dan Utiliti negeri, mengingatkan bahawa semua pemimpin yang akan bertanding perlu bertanggungjawab memelihara perpaduan parti.

Beliau berkata, kepimpinan PBS harus terus komited memperjuangkan kepentingan dan hak rakyat Sabah sebagaimana yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menurut beliau, perjuangan PBS sejak penubuhannya sentiasa berlandaskan usaha mempertahankan kedudukan dan hak Sabah dalam Persekutuan Malaysia.

Sambutan ulang tahun ke-41 parti itu dilihat sebagai simbol kesinambungan perjuangan PBS yang kekal relevan dalam landskap politik negeri, selain menjadi platform mengukuhkan kesatuan dalam kalangan pemimpin serta ahli parti menjelang cabaran politik pada masa hadapan.

16/12/2025

Oleh: Dr. Jikat Binol Darimbang KOTA KINABALU: Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Parti Bersatu Sabah (PBS) kali ke-40 yang berlangsung pada 16 hingga 18 Disember 2025 wajar dirakam sebagai satu detik penting dalam sejarah perjuangan politik negeri Sabah.  Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diberik...

Peralihan tingkah laku pengundi di Sabah mencerminkan era baharu politik tempatan yang lebih berfokuskan calon. Manifest...
25/11/2025

Peralihan tingkah laku pengundi di Sabah mencerminkan era baharu politik tempatan yang lebih berfokuskan calon.

Manifesto semakin kehilangan nilai politik akibat defisit kepercayaan, keseragaman kandungan, serta ketidakstabilan politik nasional.

Sebaliknya, pengundi menilai calon berdasarkan integriti, keterlihatan, hubungan sosial dan kemampuan bertindak dalam isu setempat.

Janji Shafie bina landasan ke Tenom-Malap PRN16 2018 dan dari KK ke Kudat tidak pernah dilaksanakan .

Fenomena ini menunjukkan bahawa strategi politik masa depan—terutama dalam kawasan kompetitif seperti di Sabah—perlu memberikan penekanan kepada kualiti dan rekod individu calon bagi memastikan sokongan rakyat.

Analisis Akademik: Kemerosotan Pengaruh Manifesto dan Pengukuhan Politik Berasaskan Calon(Binol Darimbang, PHD)1. Pengen...
25/11/2025

Analisis Akademik: Kemerosotan Pengaruh Manifesto dan Pengukuhan Politik Berasaskan Calon
(Binol Darimbang, PHD)

1. Pengenalan

Dalam konteks pilihan raya di Malaysia, khususnya Sabah, kecenderungan pengundi semakin berubah daripada menilai tawaran manifesto kepada menilai kredibiliti calon. Fenomena ini selaras dengan perkembangan politik moden di mana candidate-centered politics mengambil tempat party-centered politics. Analisis ini menghuraikan faktor yang menyebabkan manifesto kurang berkesan dan mengapa personaliti serta rekod perkhidmatan calon kini menjadi indikator utama pilihan pengundi.

2. Manifesto sebagai Instrumen Politik yang Kian Lemah

2.1 Ketidakpercayaan terhadap keupayaan parti menunaikan janji

Sejak beberapa pilihan raya lalu, pengundi menyaksikan:

Banyak janji manifesto tidak dapat dilaksanakan.

Perubahan kerajaan yang kerap menyebabkan ketidakstabilan dan ketidakpastian semasa.

Pengundi semakin skeptikal terhadap “janji besar” yang sukar diukur dan sering ditinggalkan selepas kemenangan.

Keadaan ini melahirkan apa yang digelar ahli sains politik sebagai defisit kepercayaan politik. Manifesto dilihat sekadar dokumen retorik, bukan kontrak sosial yang mengikat parti.

2.2 Kandungan manifesto semakin homogen

Parti-parti bertanding cenderung menawarkan agenda yang hampir sama:

1.pembangunan

2.kebajikan

3.peluang ekonomi

4. infrastruktur

Apabila semua parti menawarkan naratif yang serupa, manifesto kehilangan nilai pembeza (differentiating value). Pengundi tidak lagi melihat manifesto sebagai faktor penentu pilihan.

3. Kebangkitan Politik Berasaskan Calon (Candidate-Centered Politics)

3.1 Penilaian pengundi terhadap keperibadian dan integriti calon

Pengundi semakin menumpukan perhatian kepada:

1. latar belakang calon,

2. keperibadian,

3.gaya kepimpinan,

4. kewibawaan moral (moral authority),

5. keupayaan mereka berinteraksi dengan masyarakat.

Calon yang dianggap mesra rakyat, senang dihubungi, dan tidak angkuh lebih mudah mendapat sokongan walaupun dari parti kecil atau calon bebas.

3.2 Faktor kredibiliti dan kemampuan bertindak (responsiveness)

Responsiveness kini menjadi kayu ukur utama:

Calon yang cepat bertindak dalam isu kecemasan atau aduan setempat mendapat kepercayaan tinggi.

Pengundi melihat prestasi sebenar, bukan semata-mata janji masa depan.

Ini selari dengan teori retrospective voting, di mana pengundi menilai rekod dan bukti tindakan calon sebelum mengundi.

3.3 Politik interpersonal dalam komuniti tempatan

Sabah secara khusus memiliki struktur sosial yang rapat (communal society), di mana:

hubungan peribadi calon dengan masyarakat memainkan peranan,

jaringan sosial (social capital) lebih berpengaruh daripada dokumen manifesto,

pengundi mengutamakan calon yang pernah hadir, membantu, atau menyokong acara tempatan.

4. Mengapa Calon Lebih Dominan Berbanding Manifesto?

4.1 Pengundi menilai “keterlihatan” calon

Kehadiran calon di lapangan—khususnya sebelum pilihan raya—dianggap bukti komitmen. Sejauh mana mereka turun padang adalah indikator kesanggupan untuk berkhidmat selepas menang.

4.2 Politik identiti dan keakraban budaya

Di Sabah, faktor:

1.etnik,

2. bahasa,

3. budaya,

4. hubungan kampung atau komuniti

5. mempengaruhi keputusan. Calon yang dekat dengan identiti setempat lebih mudah diterima berbanding calon luar walaupun parti mereka kuat.

4.3 Kesedaran pengundi semakin meningkat

Pengundi moden menilai:

1. integriti calon,

2. rekod bersih daripada kontroversi,

3. kesungguhan bekerja,

4. kemampuan menyelesaikan masalah komuniti.

Ini menggantikan norma lama politik yang terlalu bergantung kepada parti.

5. Implikasi terhadap Strategi Kempen

1. Parti perlu menjenamakan calon, bukan hanya manifesto.
Kemenangan bergantung kepada kredibiliti individu, bukan jenama parti semata-mata.

2. Rekod perkhidmatan awal calon sebelum musim pilihan raya memainkan peranan.
Calon yang hanya muncul semasa kempen semakin ditolak.

3. Komunikasi politik perlu berbentuk empati dan tindakan, bukan retorik.

4. Calon bebas tidak lagi berada dalam kedudukan lemah jika memiliki pengaruh peribadi yang kukuh.

6. Kesimpulan

Kajian ini menunjukkan bahawa dalam konteks politik Sabah dan Malaysia keseluruhan, pengaruh manifesto semakin merosot akibat defisit kepercayaan dan homogenisasi janji-janji politik. Sebaliknya, pengundi menilai calon berdasarkan personaliti, integriti, latar belakang, keterlihatan di lapangan, serta keupayaan bertindak menyelesaikan isu komuniti.

Politik berasaskan calon kini menjadi faktor penentu yang lebih dominan, dan strategi kempen parti perlu berubah daripada naratif janji kepada naratif peribadi, bukti tindakan, dan rekod prestasi calon.

16/11/2025

34 likes, 8 comments. “ ”

12/11/2025

Selamatkan Sabah, apa udang di sebalik batu slogan ini?

12/11/2025

Pan Borneo lambat siap disebabkan oleh siapa?

28/10/2025

Ini lagi berita yang hangat mengenai Warisan

Address

Dewan Hakka Jalan Tanjung Lipat
Kota Kinabalu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PBS Bahagian N18 Inanam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share