UPPM DUN N.18 Inanam

UPPM DUN N.18 Inanam Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from UPPM DUN N.18 Inanam, Public Service, jalan tuaran, Kota Kinabalu.

🌾 Infografik |Program Sambutan Kaamatan & Perpaduan Aidiladha Kg. PomotodonSekitar Program Sambutan Kaamatan & Perpaduan...
25/05/2026

🌾 Infografik |
Program Sambutan Kaamatan & Perpaduan Aidiladha Kg. Pomotodon

Sekitar Program Sambutan Kaamatan & Perpaduan Aidiladha Kg. Pomotodon yang telah dirasmikan oleh PPM N.18 Inanam, Nickho Unui di Dewan Mini Kg. Pomotodon pada Sabtu lalu.

Dalam ucapannya, PPM menyatakan hasrat untuk menjalinkan kerjasama bersama Perpustakaan Desa Pomotodon bagi melaksanakan lebih banyak program yang mampu memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat tanpa mengira peringkat umur.

PPM turut menegaskan bahawa budaya meraikan pelbagai perayaan bersama-sama merupakan keistimewaan masyarakat Sabah yang perlu terus dipelihara demi memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian komuniti.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah turut dirakamkan kepada semua ahli jawatankuasa pelaksana, serta penduduk kampung yang telah menjayakan program ini dengan penuh semangat kerjasama dan muafakat.

Infografik |MELAWAT LOKASI TANAH RUNTUH KG SINOMPURU. "Sekelip mata musnah.."Kejadian tanah runtuh di Kg. Sinompuru tela...
22/05/2026

Infografik |
MELAWAT LOKASI TANAH RUNTUH KG SINOMPURU.
"Sekelip mata musnah.."

Kejadian tanah runtuh di Kg. Sinompuru telah menjejaskan beberapa rumah penduduk di kawasan bukit selepas berlaku runtuhan tanah dan pokok tumbang dari kawasan atas bukit. Dalam kejadian tersebut, sebuah rumah mengalami kerosakan teruk apabila dihempap pokok serta timbunan tanah yang runtuh secara tiba-tiba.

Penyelia N.18 Inanam, Tuan Stanly Voo bersama Pemaju Mukim, Puan Emalia Rabin dan Encik Abary telah turun padang melawat mangsa serta meninjau sendiri keadaan di lokasi kejadian bagi melihat keperluan bantuan yang diperlukan.

Sebagai langkah awal, bantuan kanvas turut diberikan kepada beberapa mangsa bagi menutup kawasan terjejas sementara menunggu tindakan lanjut daripada pihak berkaitan demi keselamatan penduduk.
UPPM N.18 Inanam juga akan berusaha membantu permohonan Rumah SMJ bagi mangsa terlibat dan perkara ini akan dipanjangkan ke Pejabat Parlimen untuk perhatian serta tindakan lanjut.

Semoga semua mangsa diberikan kekuatan, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa berada dalam keadaan selamat.

Infografik |UPPM DUN N.18 Inanam Sokong Sambutan Hari Guru SK BantayanSebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan pengor...
22/05/2026

Infografik |
UPPM DUN N.18 Inanam Sokong Sambutan Hari Guru SK Bantayan

Sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan para pendidik, UPPM DUN N.18 Inanam telah menyampaikan sumbangan hamper kepada pihak SK Bantayan sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah.

Sokongan ini diharap dapat menyuntik semangat serta menjadi tanda terima kasih kepada guru-guru yang tidak pernah jemu mendidik dan membimbing anak bangsa demi masa depan yang lebih baik.

“Guru Pembina Generasi, Pemacu Inspirasi.” ✨

#2026

22/05/2026

“Sekelip Mata Musnah…”

Hati siapa yang tidak tersentuh melihat keadaan mangsa tanah runtuh di Kg. Sinompuru. Dalam sekelip mata, sebahagian rumah yang menjadi tempat berteduh musnah akibat tanah runtuh dan pokok tumbang dari atas bukit yang menghempap kediaman mereka.

Penyelia N.18 Inanam, Tuan Stanly Voo bersama Pemaju Mukim, Puan Emalia Rabin dan Encik Abary, telah turun melawat mangsa bagi melihat sendiri keadaan yang berlaku serta mendengar kesusahan yang dihadapi penduduk terlibat. Dua buah rumah di kawasan atas bukit turut terjejas dalam kejadian ini, namun keadaan rumah mangsa di bahagian bawah adalah yang paling teruk mengalami kerosakan.

UPPM N.18 Inanam akan berusaha mencari jalan yang sewajarnya termasuk membantu permohonan Rumah SMJ untuk mangsa yang terlibat. Isu ini juga akan dipanjangkan ke peringkat Parlimen agar tindakan segera dapat diambil demi keselamatan penduduk serta mengelakkan kejadian sama berulang pada masa akan datang.

Semoga segala urusan mangsa dipermudahkan dan diberikan kekuatan dalam menghadapi dugaan ini.

#2026

20/05/2026

🏘️ LAWATAN TAPAK & PERBINCANGAN BERSAMA AGENSI | KG. PULUTAN

PPM N.18 Inanam, Tuan Nickho Unui telah menyertai sesi perbincangan dan tinjauan tapak bersepadu bersama agensi teknikal berhubung permohonan seorang penduduk untuk menjalankan operasi kedai runcit di simpang jalan Kampung Pulutan, Manggatal.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah pihak JPS, JKR, JPLB, JKKK serta penduduk sekitar bagi melihat sendiri keadaan kawasan yang dicadangkan.

Perbincangan diadakan susulan kebimbangan penduduk berkaitan faktor keselamatan memandangkan lokasi cadangan kedai berada berhampiran selekoh jalan, selain ruang parkir pelanggan yang dikhuatiri boleh mengganggu laluan pengguna jalan raya.

PPM N.18 Inanam memandang serius perkara ini dan akan terus bekerjasama dengan pihak berkaitan bagi mencari penyelesaian terbaik demi menjaga keselamatan serta kepentingan semua pihak. Tindakan susulan dan perbincangan lanjut juga akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

#2026

ZIARAH TAKZIAH| KG. PULUTANPPM N.18 Inanam, Tuan Nickho Unui telah meluangkan masa menziarahi keluarga mendiang Margaret...
20/05/2026

ZIARAH TAKZIAH| KG. PULUTAN

PPM N.18 Inanam, Tuan Nickho Unui telah meluangkan masa menziarahi keluarga mendiang Margaret Sui Yin @ Suing Liong di Kg. Pulutan bagi menyampaikan ucapan takziah serta memberi kata-kata semangat kepada keluarga yang sedang berduka.

Dalam suasana penuh hiba dan sayu, kehadiran ini diharap dapat menjadi sedikit tanda sokongan serta memberi kekuatan buat seluruh keluarga mendiang sepanjang tempoh berkabung ini.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga. Semoga diberikan ketabahan dan dipermudahkan segala urusan, serta semoga mendiang beristirahat dengan tenang. 🕊️

🌾 INFOGRAFIK | SAMBUTAN PESTA KAAMATAN KDCA INANAM 2026 ✨Sekitar suasana Sambutan Pesta Kaamatan KDCA Inanam Tahun 2026 ...
20/05/2026

🌾 INFOGRAFIK | SAMBUTAN PESTA KAAMATAN KDCA INANAM 2026 ✨

Sekitar suasana Sambutan Pesta Kaamatan KDCA Inanam Tahun 2026 yang berlangsung meriah di Dewan Masyarakat Manggatal dengan kehadiran PPM N.18 Inanam, Tuan Nickho Unui bersama para pemimpin dan masyarakat setempat. 🙌🏻

Sambutan Kaamatan bukan sahaja menjadi platform menghargai warisan budaya dan tradisi masyarakat KDMR, malah turut menyatukan rakyat dalam suasana harmoni, mesra dan penuh semangat kebersamaan. 🌾✨

Syabas dan tahniah kepada pihak penganjur serta semua yang terlibat dalam menjayakan sambutan yang cukup meriah ini.

20/05/2026

SAMBUTAN PESTA KAAMATAN KDCA INANAM 2026

PPM N.18 Inanam, Tuan Nickho Unui telah menghadiri jemputan sempena Sambutan Pesta Kaamatan KDCA Inanam Tahun 2026 yang berlangsung dengan meriah di Dewan Masyarakat Manggatal. Turut hadir bersama para pemimpin serta masyarakat setempat bagi memeriahkan sambutan penuh budaya dan tradisi ini.

Suasana di Dewan Masyarakat Manggatal juga mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pengunjung yang hadir untuk bersama-sama meraikan Pesta Kaamatan dalam suasana harmoni, santai dan penuh kemesraan.

Kaamatan merupakan perayaan budaya yang cukup sinonim setiap kali tibanya bulan Mei di Sabah. Sambutan ini bukan sahaja diraikan oleh masyarakat KDMR, malah turut menarik perhatian pelancong luar yang ingin merasai sendiri keunikan budaya, tradisi serta kemeriahan suasana masyarakat di negeri ini.

Syabas dan tahniah kepada pihak penganjur serta semua yang terlibat dalam menjayakan sambutan yang cukup meriah ini.

19/05/2026
INFOGRAFIK |TERIMA KASIH KG. TALUNGAN! ✨Sekitar suasana Program Satelit Khas Kenduri Rakyat MADANI: Santuni Kg. Talungan...
19/05/2026

INFOGRAFIK |
TERIMA KASIH KG. TALUNGAN! ✨

Sekitar suasana Program Satelit Khas Kenduri Rakyat MADANI: Santuni Kg. Talungan yang berlangsung dalam suasana cukup meriah, santai dan harmoni bersama penduduk setempat.

Terima kasih kepada seluruh penduduk Kg. Talungan atas sambutan yang cukup sporting serta semua agensi yang terlibat dalam menjayakan dan menyempurnakan program ini. 🙌🏻

Address

Jalan Tuaran
Kota Kinabalu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UPPM DUN N.18 Inanam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category