Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah Facebook Rasmi LPKP Sabah

Bidang kuasa dan fungsi LPKP Sabah sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta LPKP 1987 (Pindaan 1998) adalah seperti berikut:

• Menimbang dan meluluskan permohonan untuk mendapatkan lesen baru, membaharui dan ubahsyarat bagi semua kelas lesen kenderaan perdagangan di seluruh negeri Sabah;

• Mengenakan syarat-syarat ke atas semua kelas lesen kenderaan perdagangan yang meliputi penetapan kadar

tambang, penentuan peringkat tambang, jadual perjalanan, bilangan penumpang, kawasan operasi, berat dan jenis barang-barang, hal-hal pengendalian dan syarat-syarat khas yang lain;

• Menggantung, membatal atau mengenakan apa-apa hukuman yang sesuai atas mana-mana kelas lesen kenderaan perdagangan yang disabitkan kesalahan melanggar syarat lesen atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta LPKP 1987 (Pindaan 1998) serta kaedah-kaedah yang diperbuat dibawahnya serta undang-undang lain yang berkuatkuasa;

• Menentukan tempoh kuatkuasa lesen bagi semua kelas lesen kenderaan perdagangan;

• Mengeluarkan semua lesen kenderaan perdagangan dan pengangkutan awam untuk negeri Sabah dan lesen sementara ke atas kenderaan perdagangan dari Sarawak, Brunei dan Kalimantan (Indonesia) yang memasuki Sabah;

• Membuat kajian laluan baru sebelum memberi pertimbangan ke atas permohonan untuk mendapatkan lesen bas bagi laluan-laluan yang dipohon;

• Mengumpul rekod, penyata kewangan, statistik atau dokumen lain berhubung perniagaan pemegang lesen kenderaan perdagangan;

• Menentukan prosedur permohonan, memproses dan menimbang permohonan lesen, mengenakan bayaran, menetapkan penalti dan menentukan tanda pengenalan kepada kenderaan perdagangan.

• Melaksanakan tugas-tugas yang berhubung dengan penguatkuasaan ke atas syarat-syarat lesen kenderaan perdagangan.

Notis pemberitahuan rasmi pengumpulan data perkhidmatan kenderaan belum berlesen di seluruh Sabah
24/07/2026

Notis pemberitahuan rasmi pengumpulan data perkhidmatan kenderaan belum berlesen di seluruh Sabah


Terima kasih Majlis Daerah Telupid kerana menerima kunjungan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah Cawangan Sand...
22/07/2026

Terima kasih Majlis Daerah Telupid kerana menerima kunjungan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah Cawangan Sandakan.



TAWAU, 21 Julai 2026 – LPKP Sabah Cawangan Tawau bersama Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Trafik IPD Tawau dan AADK Ca...
22/07/2026

TAWAU, 21 Julai 2026 – LPKP Sabah Cawangan Tawau bersama Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Trafik IPD Tawau dan AADK Cawangan Tawau telah melaksanakan satu Operasi Bersepadu yang bermula seawal jam 9.30 pagi tadi.

Operasi ini menumpukan kepada pemeriksaan menyeluruh terhadap kenderaan perdagangan di sekitar daerah ini bagi memastikan pematuhan undang-undang dan syarat lesen yang telah ditetapkan.

Dalam operasi tersebut, sebanyak lebih 18 buah kenderaan perdagangan telah ditahan dan diperiksa melibatkan pelbagai kelas lesen termasuk Bas Berhenti-Henti, Pembawa A, Pembawa C, serta kenderaan E-Hailing.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat segelintir pengusaha kenderaan perdagangan yang masih gagal mematuhi syarat lesen, khususnya dalam aspek kegagalan memamerkan tanda badan kenderaan seperti yang disyaratkan oleh LPKP Sabah.

Susulan pelanggaran tersebut, sebanyak 3 notis tindakan telah dikeluarkan melibatkan kenderaan di bawah lesen Pembawa.

LPKP Sabah ingin menegaskan bahawa operasi penguatkuasaan bersepadu seperti ini akan terus dipergiat dan dilaksanakan secara berkala dari semasa ke semasa.

Langkah ini penting bagi memastikan semua pemegang lesen sentiasa patuh kepada peraturan, sekali gua menjamin keselamatan pengguna jalan raya dan ekosistem pengangkutan awam serta barangan yang lebih teratur.



1 HARI LAGI! ⏳Warga Lahad Datu dan kawasan sekitarnya! Adakah anda mempunyai persoalan mengenai pelesenan kenderaan perd...
18/07/2026

1 HARI LAGI! ⏳

Warga Lahad Datu dan kawasan sekitarnya! Adakah anda mempunyai persoalan mengenai pelesenan kenderaan perdagangan?

Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke Program Hari Bertemu Pelanggan LPKP Sabah! Kami akan turun padang untuk memberikan khidmat nasihat secara terus kepada anda.

Antara perkhidmatan yang disediakan:
✅ Sesi Khidmat Nasihat Berkenaan Lesen
✅ Pendaftaran Profil
✅ Sesi Soal-Jawab
✅ Pameran Info LPKP

Butiran Program:
🗓 Tarikh: 25 Julai 2026
⏰ Masa: 9:00 Pagi
📍 Lokasi: R & M Event Hall, Lahad Datu

"Mudah, Cepat, Mesra: Kaunter Bergerak LPKP Sabah Turun Padang."

Jumpa anda di sana! 👋

Untuk makluman pengguna sistem i-SPKP LPKP Sabah.
17/07/2026

Untuk makluman pengguna sistem i-SPKP LPKP Sabah.



11/07/2026

Awas!



INFO : Panduan permohonan Kad Pemandu LPKP Sabah
10/07/2026

INFO : Panduan permohonan Kad Pemandu LPKP Sabah



Terima kasih kepada Pegawai Kewangan Persekutuan Sabah, Datuk Norali Ag Damit dan rombongan atas kunjungan kepada Pengar...
09/07/2026

Terima kasih kepada Pegawai Kewangan Persekutuan Sabah, Datuk Norali Ag Damit dan rombongan atas kunjungan kepada Pengarah LPKP Sabah, Dairin Unsir hari ini.

Semoga kerja sama yang dirancang akan berjalan dengan lancar.



Gais, laluan S02 BAS.MY mula beroperasi hari ini. Bah, apa lagi!
07/07/2026

Gais, laluan S02 BAS.MY mula beroperasi hari ini. Bah, apa lagi!



Baru dua laluan sudah mantap gais. Ada Enam laluan lagi akan menyusul dalam masa terdekat.
04/07/2026

Baru dua laluan sudah mantap gais. Ada Enam laluan lagi akan menyusul dalam masa terdekat.



Dah ramai naik Bas Pink KK - selesa, selamat, on time.. Sambutan semakin menggalakkan - Kota Kinabalu City 3 Julai 2026.



Address

Aras 4, Blk D, Kompleks KWSP
Kota Kinabalu
88100

Opening Hours

Monday 08:00 - 12:15
13:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 11:00
13:00 - 12:15
Wednesday 08:00 - 12:15
13:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 12:15
13:00 - 16:00
Friday 08:00 - 11:15
14:00 - 16:00

Telephone

+6088238244

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah:

Shortcuts

Share