Hasnol Ayub

Hasnol Ayub Socio-Technocrat | A Public Thinker

Alhamdulillah, satu kunjungan hormat DPBS kepada Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah bagi membincangk...
26/08/2026

Alhamdulillah, satu kunjungan hormat DPBS kepada Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah bagi membincangkan beberapa isu serta perkara berkaitan pembangunan ekonomi negeri Sabah.

Perbincangan turut menyentuh usaha memperkukuh sektor pelancongan sebagai salah satu pemacu utama ekonomi negeri, di samping melihat peluang untuk meningkatkan pelaburan, membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan memperkasakan ekonomi rakyat.

Semoga hasil perbincangan ini dapat diterjemahkan melalui kerjasama yang lebih erat demi kepentingan dan kemajuan Sabah.

SALAM MAULIDUR RASUL 12 Rabiulawal 1448H | 25 Ogos 2026M Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat Isla...
24/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL
12 Rabiulawal 1448H | 25 Ogos 2026M

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat Islam.

Marilah kita bersama-sama menghayati sirah dan perjuangan junjungan besar Nabi Muhammad SAW, serta menjadikan akhlak, sifat kasih sayang, kesabaran dan kepimpinan Baginda sebagai pedoman dalam kehidupan.

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini terus menyuburkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW, memperkukuhkan ukhuwah, menyatukan ummah serta membawa keberkatan, kedamaian dan kesejahteraan kepada kita semua.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Salam Maulidur Rasul 1448H.
Madani Dihayati, Ummah Diberkati.

Tulus Ikhlas Daripada,
Datuk Haji Mohd Hasnol bin Datuk Ayub
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia
Tim. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah
Pengerusi Barisan Nasional Penampang
merangkap Ketua UMNO Bahagian P.174 Penampang

Berkesempatan hadir memberikan penghormatan terakhir dan menyampaikan salam takziah kepada Datuk Freddie Sua serta selur...
24/08/2026

Berkesempatan hadir memberikan penghormatan terakhir dan menyampaikan salam takziah kepada Datuk Freddie Sua serta seluruh keluarga atas pemergian ibu tercinta, mendiang Nining Ballad, Mantan Ketua Wanita UMNO Bahagian Penampang.

Semoga seluruh keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan ini.

Rest in Peace. May her soul rest in eternal peace. 🕊️

21 OGOS 2026Alhamdulillah Selesai Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah Bil 3, yang dipengerusikan oleh Yang Ber...
21/08/2026

21 OGOS 2026

Alhamdulillah Selesai Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah Bil 3, yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Datuk Jafry bin Arifin, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah.

Mesyuarat menjadi ruang penting untuk memperkemas gerak kerja, memperkukuh organisasi serta menyelaras usaha dan pendekatan demi memastikan UMNO Sabah terus teguh dan relevan dalam memperjuangkan kepentingan rakyat.

Terus bekerja demi rakyat dan masa depan Sabah.

Terus memperkukuh parti, menyusun gerak kerja dan memperkasa kekuatan UMNO Sabah demi membawa suara serta aspirasi rakya...
21/08/2026

Terus memperkukuh parti, menyusun gerak kerja dan memperkasa kekuatan UMNO Sabah demi membawa suara serta aspirasi rakyat.

Dengan kesatuan dan komitmen bersama, kita melangkah lebih yakin ke hadapan.

Bersatu Bersetia Berkhidmat

16 Ogos 2026Mewakili Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah, telah mengadakan pertemuan bersama YB Datuk Ewon Benedick, Timba...
17/08/2026

16 Ogos 2026

Mewakili Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah, telah mengadakan pertemuan bersama YB Datuk Ewon Benedick, Timbalan Ketua Menteri III Sabah merangkap Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah (MINDET), serta Ahli Parlimen P.174 Penampang.

Pertemuan ini membincangkan isu, cabaran dan keperluan peniaga-peniaga di Negeri Sabah, termasuk usaha memperkukuh peluang perniagaan, sokongan kepada usahawan serta mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih kondusif.

Semoga perbincangan ini dapat membuka ruang kepada kerjasama yang lebih erat antara kerajaan dan komuniti perniagaan demi memperkasakan usahawan serta ekonomi Sabah.

Bersama Memperkasa Peniaga Sabah, Demi Sabah Yang Lebih Maju.

15 Ogos 2026Menghadiri Majlis Penyerahan Keahlian PBRS Bahagian P.180 Keningau yang dirasmikan oleh YB Dato Sri Arthur J...
16/08/2026

15 Ogos 2026

Menghadiri Majlis Penyerahan Keahlian PBRS Bahagian P.180 Keningau yang dirasmikan oleh YB Dato Sri Arthur Joseph Kurup.

Tahniah kepada seluruh kepimpinan dan ahli PBRS P.180 Keningau. Semoga terus kukuh dan bersatu demi rakyat Sabah.

Alhamdulillah, berkesempatan menghadiri Majlis Perkahwinan anak buah Datuk Rahmah Jan Sulaiman Khan, Mohd Haniff Iqmal b...
08/08/2026

Alhamdulillah,

berkesempatan menghadiri Majlis Perkahwinan anak buah Datuk Rahmah Jan Sulaiman Khan, Mohd Haniff Iqmal bersama pasangan, Nur Fateah Syuadah.

Selamat pengantin baru buat kedua-dua mempelai. Semoga Allah SWT mengurniakan kebahagiaan, keberkatan dan rahmat dalam melayari bahtera rumah tangga, serta dikurniakan keluarga yang sakinah, mawaddah dan rahmah.

بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير. 🤲🏻

Selamat menempuh alam rumah tangga. 💐

Menyambut ketibaan YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden UMNO dan ...
08/08/2026

Menyambut ketibaan YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden UMNO dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, di Sabah.

Turut hadir YB Datuk Jafry Ariffin, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, YB Datuk Seri Panglima Arthur Joseph Kurup, Pengerusi Barisan Nasional Sabah, serta seluruh kepimpinan UMNO dan BN Sabah.

Selamat datang ke Sabah, YAB Presiden!

Perbincangan kepimpinan Barisan Nasional Negeri Sabah mengenai gerak kerja dan kesiapsiagaan BN Sabah.  #𝐁𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥...
07/08/2026

Perbincangan kepimpinan Barisan Nasional Negeri Sabah mengenai gerak kerja dan kesiapsiagaan BN Sabah.

#𝐁𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥

Address

Unit 8-8, Tingkat 8, Menara MAA, Lorong Api-Api Centre 1
Kota Kinabalu
88000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hasnol Ayub posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category