20/08/2026
πππππ πππππππππ πππππ πππππ πππππππ πππππππ ππππππππππ ππππππππππ πππππ πππππππππ
Keningau, 20 Ogos 2026 β Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia (PPRPD) Kontinjen Sabah turut menzahirkan keprihatinan terhadap Kpl 172593 Syamdi bin Gusip, anggota Bahagian Pengurusan, Balai Polis Kinarut, IPD Papar yang kehilangan bapa kandungnya, Allahyarham Gusip@Rusidi bin Gamboi@Musa, berusia 85 tahun.
Lawatan ziarah kematian yang berlangsung di Kampung Tohan Baru, Keningau turut disertai warga IPD Papar sebagai tanda ucapan takziah, sokongan moral dan kebersamaan kepada Kpl Syamdi serta seluruh keluarga Allahyarham.
Kehadiran ini mencerminkan semangat kekeluargaan dalam kalangan warga Pegawai Rendah Polis, yang sentiasa bersama antara satu sama lain, khususnya ketika berdepan saat kehilangan dan kesukaran.
PPRPD Kontinjen Sabah merakamkan ucapan takziah kepada Kpl Syamdi bin Gusip dan seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga mereka diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampunkan segala dosa serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.
Al-Fatihah.
βBERSATU, BERJUANG, BERBAKTIβ
, Polis Sabah , Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia