28/08/2026
๐จ๐๐๐๐ก ๐๐๐๐๐ฅ๐๐๐ฆ๐๐ก ๐๐๐ฆ๐ ๐๐ก๐ ๐๐๐๐๐ก๐๐ฆ๐๐๐ก ๐๐๐๐๐ง๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ก๐๐๐จ๐ง๐๐ก ๐๐๐๐๐ก ๐๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐จ๐๐๐ง
KUDAT, 27 Ogos 2026 โ Seramai 13 orang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Daerah Kudat telah menjalani Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) yang dilaksanakan bertempat di Arena Belia KBSK, Kudat.๐๐
Acara dimulakan dengan sesi taklimat program oleh Encik Hardiansah Biran, Pegawai Pembangunan Sukan, Unit Kecergasan, Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah yang hadir sebagai Ketua Penguji.
Taklimat tersebut menerangkan berkaitan aspek keselamatan, teknik pelaksanaan serta elemen-elemen kecergasan yang akan diuji sepanjang pelaksanaan UKJK. โก๐ช
Turut hadir pada program tersebut ialah Muhammad Shamsalsinar bin Mohd Jalaludin, Ketua Cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan Daerah Kudat.โก๐ค
Pelaksanaan UKJK ini merupakan satu usaha bagi mengukur tahap kecergasan jasmani peserta serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan penjagaan kesihatan dan pengamalan gaya hidup aktif dalam kalangan anggota.
Diharapkan pelaksanaan ujian ini dapat membantu peserta mengenal pasti tahap kecergasan masing-masing serta menjadi pemangkin untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif demi meningkatkan tahap kecergasan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. โก๐