28/08/2026
🌙 MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT DAERAH PUTATAN 1448H / 2026M
28 Ogos 2026 – UPPM N.23 Petagas telah menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Daerah Putatan 1448H/2026M yang berlangsung di Dewan Sri Putatan.
Majlis yang bertemakan “Membangun Ummah MADANI” ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Awang Ahmad Sah Bin Datuk Haji Awang Sahari, ADUN N.23 Petagas merangkap Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar Sabah (LPPB).
Turut hadir bersama YB Shah Alfie Bin Yahya, ADUN N.24 Tanjung Keramat merangkap Pengerusi Perkasa Trading Sdn. Bhd., Encik Jainudin Badarudin, Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) N.23 Petagas, Pg Mohd Shahif Bin Pg Tinggal selaku Pegawai Perhubungan ADUN N.23, Encik Nurul Ihsan Bin Ismail Penyelia Kemajuan Masyarakat (PKM), serta Pemaju Mukim dan Pemaju Masyarakat N.23 Petagas.
Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi wadah untuk kita menghayati sirah, perjuangan dan akhlak mulia junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta menjadikan sunnah Baginda sebagai panduan dalam kehidupan seharian.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. ﷺ 🌙🤍