Academic Quality Assurance Division

Academic Quality Assurance Division AQAD plays a key role in upholding and ensuring academic quality in UNIMAS

Pelaksanaan Audit Dalaman Penilaian Pematuhan Akreditasi Program 2026 diteruskan dengan lawatan bagi Program Sarjana Mud...
04/09/2026

Pelaksanaan Audit Dalaman Penilaian Pematuhan Akreditasi Program 2026 diteruskan dengan lawatan bagi Program Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Hubungan Antarabangsa) (MQA/FA10753), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), yang telah berlangsung pada 2 hingga 3 September 2026.

Audit ini diketuai oleh Dr. Iskandar Hassan Tan Abdullah (UiTM Cawangan Kelantan) selaku Ketua Panel, bersama Dr. Josephine Yau Tan Hwang (Fakulti Ekonomi dan Perniagaan) sebagai Ahli Panel. Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang audit adalah semakan dokumen dan bukti, verifikasi pelaksanaan program serta sesi temu bual bersama pihak berkaitan bagi menilai pematuhan program terhadap keperluan akreditasi.

Turut diadakan lawatan ke Perpustakaan Tun Abdul Rahman Ya'kub (PeTARY), UNIMAS bagi melihat bahan-bahan rujukan dan kemudahan sokongan yang disediakan dalam menyokong proses pengajaran, pembelajaran dan keperluan akademik pelajar.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pengurusan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, khususnya Dekan, Timbalan Dekan, Penyelaras Kualiti Akademik (PKA) serta Penyelaras Program, atas kerjasama, komitmen dan kesediaan dalam menjayakan pelaksanaan audit ini.

Kerjasama erat semua pihak amat dihargai dalam memastikan pematuhan terhadap keperluan akreditasi serta memperkukuh budaya kualiti dan kecemerlangan akademik di UNIMAS.

Faculty of Social Sciences and Humanities,UNIMAS
Perpustakaan Tun Abdul Rahman Ya'kub

Audit dalaman Penilaian Pematuhan Akreditasi Program 2026 Bahagian Jaminan Kualiti Akademik (BJKA) telah memulakan pelak...
04/09/2026

Audit dalaman Penilaian Pematuhan Akreditasi Program 2026

Bahagian Jaminan Kualiti Akademik (BJKA) telah memulakan pelaksanaan Audit Dalaman Penilaian Pematuhan Akreditasi Program 2026 pada 1 September 2026, yang melibatkan program-program akademik di UNIMAS.

Program pertama yang menjalani penilaian ialah Program Sarjana Muda Ekonomi (Ekonomi Antarabangsa) dengan Kepujian (MQA/FA9713), Fakulti Ekonomi dan Perniagaan. Audit yang diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Sidah Idris daripada Universiti Malaysia Sabah selaku Ketua Panel, bersama Dr. Sharifah Sophia Wan Ahmad dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan sebagai Panel Penilai, melibatkan beberapa aktiviti utama termasuk semakan dokumen dan bukti, verifikasi pelaksanaan program, sesi temu bual bersama pihak berkaitan serta penelitian terhadap aspek pengurusan dan penyampaian akademik program.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pengurusan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, khususnya Dekan, Timbalan Dekan, Penyelaras Kualiti Akademik (PKA) serta Penyelaras Program, Staf Akademik dan Pentadbiran atas kerjasama, komitmen dan kesediaan dalam menjayakan pelaksanaan audit ini. Kerjasama erat daripada semua pihak amat penting dalam memastikan pematuhan terhadap keperluan akreditasi serta memperkukuh budaya kualiti akademik di UNIMAS.

FEB. Faculty of Economics and Business Unimas
FEB. Faculty of Economics and Business Universiti Malaysia Sarawak

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Fakulti Sains dan Teknologi Sumber (FSTS), Universiti Malaysia Sarawak (UNI...
03/09/2026

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Fakulti Sains dan Teknologi Sumber (FSTS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) atas kejayaan memperoleh Akreditasi Penuh bagi Program Sarjana Muda Sains Agroteknologi dengan Kepujian (MQA/FA14368) daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Kejayaan ini mencerminkan komitmen, kesungguhan dan usaha berterusan seluruh warga FSTS dalam memastikan kualiti akademik serta penyampaian pendidikan sentiasa memenuhi standard yang ditetapkan. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih turut dirakamkan kepada pihak pengurusan universiti, pengurusan fakulti, penyelaras program, staf akademik dan sokongan, serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan proses penilaian akreditasi ini.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam memperkukuh kualiti program, memperkasa pengalaman pembelajaran pelajar serta melahirkan graduan yang kompeten dan berkualiti.

Tahniah dan syabas FSTS!
Teruskan kecemerlangan demi kualiti akademik UNIMAS.


Faculty of Resource Science and Technology

Sebahagian daripada Lawatan Audit Penilaian Akreditasi Penuh MQA bagi Program Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam)...
01/09/2026

Sebahagian daripada Lawatan Audit Penilaian Akreditasi Penuh MQA bagi Program Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) dengan Kepujian (MQA/FA15112) turut melibatkan kunjungan ke Perpustakaan Tun Abdul Rahman Ya’kub (PeTARY), UNIMAS.

Lawatan ini memberi peluang kepada panel penilai untuk meninjau kemudahan dan sumber sokongan pembelajaran yang disediakan bagi menyokong keperluan akademik serta pengalaman pembelajaran pelajar.

Terima kasih PeTARY atas perkongsian dan kerjasama dalam menjayakan lawatan penilaian ini. 🤝📖

Perpustakaan Tun Abdul Rahman Ya'kub

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah selesai menerima Lawatan Audit Penilaian Akreditasi Penuh oleh Agensi Kelayak...
01/09/2026

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah selesai menerima Lawatan Audit Penilaian Akreditasi Penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi Program Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) dengan Kepujian (MQA/FA15112) yang telah berlangsung pada 27 hingga 28 Ogos 2026 bertempat di Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi (FPBK), UNIMAS.

Penilaian telah dikendalikan oleh panel penilai yang terdiri daripada YBrs. Prof. Madya Dr. Norhisham bin Muhamad dan YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Nor bin Mamat, bersama Encik Sharjahan bin Mohamed Ali, Pegawai Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) . Lawatan audit ini melibatkan proses penilaian dan pengesahan terhadap pelaksanaan program bagi memastikan pematuhan terhadap standard dan kriteria akreditasi yang ditetapkan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada warga Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi, Ahli Panel Penilai MQA serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen sepanjang pelaksanaan lawatan audit ini. Semoga usaha berterusan dalam memperkukuh kualiti akademik dapat terus menyokong kecemerlangan program dan pengalaman pembelajaran pelajar di UNIMAS.

Faculty of Education, Language & Communication

1 Sept- 1 Okt 2026: Audit Dalaman Penilaian Pematuhan Akreditasi Penuh 2026Bahagian Jaminan Kualiti Akademik (BJKA), Uni...
01/09/2026

1 Sept- 1 Okt 2026: Audit Dalaman Penilaian Pematuhan Akreditasi Penuh 2026

Bahagian Jaminan Kualiti Akademik (BJKA), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) akan melaksanakan Penilaian Pematuhan Akreditasi Penuh 2026 bagi 12 program akademik iaitu 10 Prasiswazah dan 2 Pascasiswazah (kerja kursus) yang dijadualkan berlangsung dari 1 September hingga 1 Oktober 2026.

Penilaian ini dilaksanakan bagi memastikan program yang telah memperoleh Akreditasi Penuh terus mematuhi standard dan kriteria yang ditetapkan serta mengekalkan kualiti akademik secara berterusan. Sepanjang tempoh penilaian, program-program yang terlibat akan melalui proses penilaian dan pengesahan pematuhan berdasarkan jadual yang telah ditetapkan.

Kerjasama dan komitmen semua pihak yang terlibat amat dihargai dalam memastikan kelancaran pelaksanaan penilaian ini serta memperkukuh budaya kualiti akademik di UNIMAS.

Selamat Hari Kebangsaan 2026!Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita, menyemarakkan patriotisme dan memperkuku...
31/08/2026

Selamat Hari Kebangsaan 2026!

Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita, menyemarakkan patriotisme dan memperkukuh perpaduan demi Malaysia yang sejahtera dan harmoni.

Ayuh bersama menghayati erti kemerdekaan dan menyemarakkan semangat Malaysia MADANI.

Lawatan Penandaarasan Delegasi i-CATS University College ke Bahagian Jaminan Kualiti Akademik  dan Pusat Pembangunan dan...
28/08/2026

Lawatan Penandaarasan Delegasi i-CATS University College ke Bahagian Jaminan Kualiti Akademik dan Pusat Pembangunan dan Pengurusan Akademik , UNIMAS.

27 Ogos 2026- Bahagian Jaminan Kualiti Akademik (BJKA) dan Pusat Pembangunan dan Pengurusan Akademik (PPPA) telah menerima kunjungan delegasi i-CATS University College sempena Lawatan Penandaarasan yang diketuai oleh YBrs. Prof. Ts. Dr. Hamimah Ujir. Delegasi i-CATS terdiri daripada warga Academic Quality Assurance Division (AQAD) dan Curriculum Development and Innovation Centre (CDI).

Lawatan ini menjadi platform perkongsian ilmu, pengalaman dan amalan terbaik dalam pelaksanaan jaminan kualiti akademik. Antara bidang utama yang dibincangkan dan dikongsikan merangkumi tadbir urus dan struktur organisasi jaminan kualiti akademik (IQA), pendigitalan proses jaminan kualiti termasuk pengurusan e-course file dan dokumen, pemantauan prestasi program melalui dashboard kualiti akademik dan analitik data, semakan kurikulum serta pelaksanaan Continuous Quality Improvement (CQI), mekanisme audit akademik dalaman dan pemantauan kualiti, inisiatif pembudayaan kualiti serta pembangunan kapasiti staf, dan pengurusan eviden, pematuhan serta kesiapsiagaan institusi menghadapi audit dan penilaian.

BJKA diwakili Pengarah, Ts. Dr Ade Syaheda Wani binti Marzuki merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada delegasi i-CATS University College atas kunjungan dan perkongsian yang bermakna. Semoga lawatan penandaarasan ini dapat memperkukuh jaringan kerjasama serta membuka ruang kepada perkongsian amalan terbaik secara berterusan dalam mempertingkatkan kualiti dan kecemerlangan akademik.


Pusat Pembangunan dan Pengurusan Akademik

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) akan menerima Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQ...
26/08/2026

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) akan menerima Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi Program Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) dengan Kepujian (MQA/FA15112) bertempat di Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi, yang akan berlangsung pada 27 hingga 28 Ogos 2026.

Lawatan penilaian ini akan melibatkan proses semakan dan pengesahan maklumat serta dokumen berkaitan program, termasuk sesi pertemuan bersama pihak berkepentingan bagi menilai pelaksanaan program berdasarkan standard dan keperluan akreditasi yang ditetapkan oleh MQA.

Penilaian akan dikendalikan oleh panel penilai yang terdiri daripada YBrs. Prof. Madya Dr. Norhisham bin Muhamad dan YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Nor bin Mamat, bersama Encik Sharjahhan bin Mohamed Ali, Pegawai Agensi Kelayakan Malaysia.

Semoga penilaian yang akan berlangsung berjalan lancar dan mencapai hasil yang membanggakan, selaras dengan usaha berterusan UNIMAS dalam memperkukuh jaminan kualiti akademik dan kecemerlangan pendidikan.

Akreditasi bukan sekadar pengiktirafan. Ia adalah keyakinan terhadap kualiti, standard dan masa depan graduan.
25/08/2026

Akreditasi bukan sekadar pengiktirafan. Ia adalah keyakinan terhadap kualiti, standard dan masa depan graduan.

AKREDITASI PROGRAM: JAMINAN KUALITI, KEYAKINAN ANDA

Akreditasi program oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) merupakan satu proses penilaian menyeluruh bagi memastikan program pendidikan tinggi memenuhi standard kualiti yang ditetapkan selaras dengan Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF).

Mengapa akreditasi program penting?

1. Jaminan kualiti
2. Kebolehpasaran graduan
3. Keyakinan pelajar dan ibu bapa
4. Pengiktirafan antarabangsa
5. Pematuhan keperluan perundangan
6. Penambahbaikan berterusan
7. Menyokong agenda pendidikan tinggi negara

Akreditasi bukan sekadar pengiktirafan. Ia adalah keyakinan terhadap kualiti, standard dan masa depan graduan.




Address

University House, Level 2, University Of Malaysia
Kota Samarahan
94300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6082582421

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Academic Quality Assurance Division posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Academic Quality Assurance Division:

Shortcuts

Share