Rahmattullah Kamilin

Rahmattullah Kamilin Aspirasi Johor : Perubahan Demi Rakyat, Untuk Rakyat

17/05/2024

1. Tan Sri Apandi Ali tewas melawan Lim Kit Siang di Mahkamah.

2. Langkah Tun M pecat Tan Sri Apandi Ali tepat.

3. Langkah Kerajaan ketika Tun M tidak lagi menjadi Perdana Menteri membayar ganti rugi kepada Tan Sri Apandi Ali atas pemecatannya dalam satu jumlah yang tidak didedahkan adalah satu langkah yang bukan sahaja silap malah bodoh.

4. Tan Sri Apandi Ali terbukti tidak menjalankan tugasnya dengan baik apabila membersihkan DSN dari Kes 1MDB.

5. Jika saya adalah seorang yang bergelar Tan Sri, akan saya mohon untuk memulangkan semula darjah kedua tertinggi negara itu kerana tidak mahu sedarjah dengan Tan Sri Apandi Ali.

6. Memalukan.

Demi Agama Bangsa dan Tanah Air
Rahmattullah Kamilin

31/08/2022
I've just reached 500 followers! Thank you for continuing support. I could never have made it without each one of you. ๐Ÿ™...
24/08/2022

I've just reached 500 followers! Thank you for continuing support. I could never have made it without each one of you. ๐Ÿ™๐Ÿค—๐ŸŽ‰

Selamat Ulang Tahun Pertama Parti Pejuang Tanah Air.
09/07/2022

Selamat Ulang Tahun Pertama Parti Pejuang Tanah Air.

08/05/2022

Selamat Hari Ibu kepada para ibu di seluruh dunia!

Pengorbananmu tiada batasnya, kasihmu membawa ke syurga.


๐—ฃ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—–๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฒ๐—ธ๐—ถ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ป/๐—ฆ๐—ถ๐˜€๐˜„๐—ฎ/๐—ฆ๐—ถ๐˜€๐˜„๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐—ต ๐— ๐—ฎ๐˜€๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐˜€๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ง๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ต ๐—”๐—ถ๐—ฟ.1. Parti Pejuang Tan...
18/03/2022

๐—ฃ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—–๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฒ๐—ธ๐—ถ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ป/๐—ฆ๐—ถ๐˜€๐˜„๐—ฎ/๐—ฆ๐—ถ๐˜€๐˜„๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐—ต ๐— ๐—ฎ๐˜€๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐˜€๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ง๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ต ๐—”๐—ถ๐—ฟ.

1. Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) adalah sebuah parti baru yang diasaskan oleh Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad.
2. Parti ini membuka ruang seluasnya kepada semua orang Melayu untuk bersolidariti dalam sebuah parti melayu yang menentang pecah amanah, salah guna kuasa serta rasuah. Kita mahu bina semula imej orang Melayu untuk dikaitkan dengan nilai kejujuran, dipercayai, berkebolehan, amanah, taat kepada agama, santun dan berintegriti.
3. Melayu lebih berpecah dengan lebih banyak parti?. Sebenarnya Melayu perlu mengasingkan diri dengan mereka yang mencampurkan hak dan yang bathil. Adakah anda kekal dengan parti yang anda berada di dalamnya kini kerana sejarah sumbangannya?. Persoalannya, adakah pemimpinnya kini menjiwai semangat perjuangan orang terdahulu?. Adakah keutamaan mereka masih sama?. Fikir dan pertimbangkan.
4. Parti ini tiada sistem cawangan dan bahagian yang akhirnya membawa kepada berpuak-puak dan merebut jawatan di dalam parti. Kita cuma ada Ketua PDM di peringkat yang akar umbi. Kemudian dalam kalangan ahli dan Ketua PDM di seluruh negeri akan dipilih dan dilantik Majlis Pimpinan Negeri.
5. Senioriti/kedudukan di dalam parti atau banyak duit dan harta tidak menjadikan anda diberi keutamaan menjadi calon Pilihanraya. Meritokrasi latar belakang pengalaman kerjaya, akademik dan kepimpinan serta hasil ujian psikometrik antirasuah akan menjadi penentu pencalonan.
6. Perkara terbaik adalah dasar keterbukaan untuk menyampaikan idea. Parti ini masih baru dan budayanya masih boleh dicorakkan dengan baik.
7. Jika anda hendak masuk parti ini kerana mahukan sesuatu untuk kepentingan diri maka jangan pilih untuk sertai kami. Parti ini tidak menjanjikan habuan peribadi seperti jawatan, projek dan sebagainya.
8. Jika anda ada jiwa yang ikhlas untuk mengubah mentaliti, budaya politik masyarakat Melayu, ekonomi serta sosial orang Melayu maka marilah sertai kami. Kekuatan orang Melayu akhirnya akan menyumbang kepada pembangunan negara secara keseluruhannya.
9. Perjuangan politik hari ini adalah untuk menentu hala tuju dan dasar baik dalam pentadbiran supaya generasi hadapan akan mendapat manfaat dan nikmatnya. Anda mungkin bukan penerima nikmat kejayaan perjuangan tetapi generasi hadapan iaitu anak-anak anda.
10. Kezaliman akan terus ada bukan kerana banyaknya orang-orang jahat. Tapi kerana diamnya orang-orang baik.
11. Kami tidak menghalang orang yang lebih bijak untuk menyertai kami. Kami mengangkat martabat orang yang berilmu dan suara anda didengari dan anda akan dihadapankan.
Salam Hormat.
Rahmattullah Kamilin
Ahli
Parti Pejuang Tanah Air.
16 Mac 2022
Penawar
Pengerang
PS.
Link pendaftaran kami tidak dapat dimuat naik melalui status ini. Google Search 'Daftar Pejuang'
Maklum saya setelah selesai pendaftaran.
013-7662633
Kami tidak putus asa dan akan terus melangkah berbekal 521 sokongan PRN Johor di Penawar. Terima kasih kepada 521 pengundi yang berjiwa waja.
Amar Ma'ruf Nahi Mungkar.
Kekal Berprinsip.

Address

FELDA Air Tawar 4
Kota Tinggi
81920

Telephone

+601112713924

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rahmattullah Kamilin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category