Perpustakaan Desa Kg. Semanggar Dalam Kota Tinggi, Johor

Perpustakaan Desa Kg. Semanggar Dalam Kota Tinggi, Johor Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Perpustakaan Desa Kg. Semanggar Dalam Kota Tinggi, Johor, Library, Kota Tinggi.

πŸ“š KELAS KECA | SELASA – KHAMISπŸ“ Perpustakaan Desa Kg Semanggar DalamKelas KECA membantu kanak-kanak mengenal huruf dan m...
14/08/2026

πŸ“š KELAS KECA | SELASA – KHAMIS
πŸ“ Perpustakaan Desa Kg Semanggar Dalam

Kelas KECA membantu kanak-kanak mengenal huruf dan membaca, serta menyediakan latihan pengukuhan membaca bagi meningkatkan kemahiran dan keyakinan membaca.

Kelas ini juga dilaksanakan secara berjadual, memberi ruang kepada kanak-kanak untuk mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan kerja sekolah dalam suasana yang selesa di perpustakaan. πŸ“–βœ¨

Perjumpaan Mingguan Sahabat Amanah Ikhtiar MalaysiaπŸ“ Perpustakaan Desa Kg Semanggar Dalam🎯 Objektif:Menjadikan Perpustak...
14/08/2026

Perjumpaan Mingguan Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia

πŸ“ Perpustakaan Desa Kg Semanggar Dalam

🎯 Objektif:
Menjadikan Perpustakaan Desa sebagai medium pertemuan dan perkongsian maklumat, mengeratkan silaturahim serta memudahkan urusan pembentangan bajet, pinjaman modal dan perkongsian produk IKS dalam kalangan Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia.

πŸ“šβœ¨ Jemput datang ke PD Kg Semanggar Dalam!Bukan sekadar tempat membaca, tapi ruang untuk belajar, bermain, berkreativiti...
14/08/2026

πŸ“šβœ¨ Jemput datang ke PD Kg Semanggar Dalam!

Bukan sekadar tempat membaca, tapi ruang untuk belajar, bermain, berkreativiti dan mencipta kenangan bersama. πŸ’•πŸ“–

π’πˆπ‘πˆ π“π‘πˆπ•πˆπ€ π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŸπŸŽπŸπŸ” | 𝐏𝐀𝐍𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐋𝐔𝐑 π†π„πŒπˆπ‹π€ππ†Mengibarkan Jalur Gemilang bukan s...
14/08/2026

π’πˆπ‘πˆ π“π‘πˆπ•πˆπ€ π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŸπŸŽπŸπŸ” | 𝐏𝐀𝐍𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐋𝐔𝐑 π†π„πŒπˆπ‹π€ππ†

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air.

Ramai yang tidak menyedari kesalahan penggunaan bendera serta cara penggantungan yang tidak mengikut tatacara rasmi boleh mencerminkan kurangnya penghormatan terhadap simbol tertinggi negara.

Pastikan Jalur Gemilang sentiasa dikibarkan dengan kedudukan yang betul, bersih, tidak lusuh atau rosak serta digantung mengikut tatacara yang ditetapkan. Setiap perincian mencerminkan sejauh mana kita menghargai lambang kedaulatan negara.

Kerana di sebalik Jalur Gemilang tersimpan sejarah perjuangan, pengorbanan dan semangat sebuah bangsa yang membina Malaysia. Kibarkan dengan bangga. Hormati dengan penuh maruah. Hayati makna di sebalik setiap jalur dan warna.

Jalur Gemilang, lambang kita bersama.






Pejabat Perdana Menteri Malaysia πŸ‡²πŸ‡Ύ
Shamsul Azri bin Abu Bakar

Assalamu’alaikum & Selamat Pagi.Aamiin Ya Rabbal’alamiin 🀲🀲
14/08/2026

Assalamu’alaikum & Selamat Pagi.
Aamiin Ya Rabbal’alamiin 🀲🀲

Jom meriahkan Fiesta Uniti  Adat 2026 bertemakan β€œDinamika Adat”, anjuran Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan M...
14/08/2026

Jom meriahkan Fiesta Uniti Adat 2026 bertemakan β€œDinamika Adat”, anjuran Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Muzium Malaysia pada 22–23 Ogos 2026 di Muzium Adat!

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda termasuk pertandingan, persembahan kebudayaan, demonstrasi, sukan warisan rakyat, jualan dan banyak lagi.

Moh teghojah ko Muzium Adat!




Kuiz Cari Kata Merdeka πŸ‡²πŸ‡ΎAktiviti Kuiz Cari Kata Merdeka telah dilaksanakan di Perpustakaan Desa Kg Semanggar Dalam bers...
14/08/2026

Kuiz Cari Kata Merdeka πŸ‡²πŸ‡Ύ

Aktiviti Kuiz Cari Kata Merdeka telah dilaksanakan di Perpustakaan Desa Kg Semanggar Dalam bersama ahli Amanah Ikhtiar. ✨

Terima kasih atas penyertaan dan semangat memeriahkan aktiviti kemerdekaan! β€οΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ‡²πŸ‡Ύ Aktiviti Kemerdekaan bulan Ogos : Tanjak Merdeka πŸ‡²πŸ‡ΎAktiviti kreatif dan ceria bersama anak-anak di Perpustakaan Desa ...
13/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ Aktiviti Kemerdekaan bulan Ogos : Tanjak Merdeka πŸ‡²πŸ‡Ύ

Aktiviti kreatif dan ceria bersama anak-anak di Perpustakaan Desa Kg Semanggar Dalam β€οΈπŸ’™

Semangat Merdeka, semangat kita bersama! πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

PENYAKIT-PENYAKIT HATIHati adalah tempat yang sangat penting dalam diri manusia. Jika hati baik, insya-Allah baiklah akh...
13/08/2026

PENYAKIT-PENYAKIT HATI

Hati adalah tempat yang sangat penting dalam diri manusia. Jika hati baik, insya-Allah baiklah akhlak dan amal kita. Namun jika hati dibiarkan dipenuhi penyakit, ia boleh merosakkan amal dan hubungan kita dengan Allah serta sesama manusia.

Antara penyakit hati yang perlu kita waspadai:

πŸ”Ή Sombong β€” enggan menerima kebenaran dan memandang rendah orang lain.
πŸ”Ή Hasad dengki β€” tidak senang melihat orang lain mendapat nikmat.
πŸ”Ή Ujub β€” berasa kagum dan bangga terhadap diri sendiri.
πŸ”Ή Riak β€” beramal kerana mahu dilihat dan dipuji manusia.
πŸ”Ή Sum'ah β€” melakukan sesuatu agar kebaikannya didengar dan disebut oleh orang lain.

πŸ’­ Jangan hanya menjaga penampilan luaran, tetapi rawat dan bersihkan juga hati.

Marilah kita sentiasa bermuhasabah:
Adakah dalam hati kita masih ada sifat yang sedang merosakkan amal tanpa kita sedari?

🀲 Ya Allah, bersihkan hati kami daripada kesombongan, hasad dengki, ujub, riak dan sum'ah. Kurniakanlah kami hati yang ikhlas, tawaduk dan sentiasa mengharapkan redha-Mu.

β€œSesungguhnya Allah tidak melihat rupa dan harta kamu, tetapi Allah melihat hati dan amalan kamu.”
β€” Riwayat Muslim

13 Ogos 2026Kuiz KemerdekaanJom sertai kami
13/08/2026

13 Ogos 2026

Kuiz Kemerdekaan

Jom sertai kami

Address

Kota Tinggi
81900

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Desa Kg. Semanggar Dalam Kota Tinggi, Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category