Polis Balai Air Tawar 2

Polis Balai Air Tawar 2 Balai Polis Air Tawar 2
KM 52, Jalan Kota Tinggi -
Sg. Rengit,
81920 Kota Tinggi, Johor

Laman ini merupakan Laman Rasmi Polis Diraja Malaysia - Balai Polis Air Tawar 2, 81920, Kota Tinggi, Johor.
[Hotline : 07-8932222]

VISI

Agensi peneraju dalam menjadikan Malaysia Negara yang selamat, aman dan sejahtera. MISI

Menyediakan perkhidmatan professional dan berkualiti dalam melindungi Negara dan menjamin persekitaran yang selamat bagi masyarakat.

---------------------------------------

-----------------
Kepimpinan Balai Air Tawar 2
--------------------------------------------------------

Ketua Polis Balai
SM Azril Bin Mohd Shah

Penolong Ketua Polis Balai
SJN Azuwa Bin Ismail

Koperal Pentadbiran
KPL Ahmad Khusairi Bin Kamarudin

Koperal Operasi
KPL Mohd Nor Azren Bin Mohd Fauzi

Anggota Pelaksana
LKPL Marul Kamsan Bin Mat
LKPL Muhammad Syafiq Bin Sawasi
LKPL Mohamad Farid Bin Ibrahim
LKPL Muhamad Hikmi Bin Ramlan
LKPL Ahmad Bin Adnan
LKPL Mohd Fiqri Bin Ahmad Long
LKPL Mohamad Afiqh Bin Abdul Rahman
LKPL Saktish A/L Chanta Kumar
LKPL Noorhazirah Binti Rahman
LKPL/S Jameston Bin Sangkabok

# # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # #

30/04/2025

KERATAN AKHBAR PILIHAN: TAK SEMPAT MASUK SIAM

Padang Besar, 30 April 2025 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara merampas 31,200 kilogram (kg) kaki dan hati ayam sejuk beku bernilai lebih RM1.8 juta yang dipercayai untuk diseludup ke negara jiran selepas menyerbu sebuah gudang tinggal di sini kelmarin.

Dalam serbuan Batalion 1 PGA Ulu Kinta, Perak pada jam 7 petang itu turut menahan dua lelaki warga Thailand berusia 22 dan 34 tahun yang dipercayai bertindak sebagai penjaga gudang berkenaan yang terletak di Kawasan Perindustrian Padang Besar berhampiran Jalan Kangar-Padang Besar.

Komander Briged Utara PGA Ulu Kinta, SAC Shahrum Hashim berkata, serbuan susulan risikan terhadap kegiatan berkenaan sejak dua minggu lalu.

“Sebelum serbuan, kita melakukan pemerhatian di lokasi kejadian dan mendapati dua trak pikap bernombor pendaftaran Thailand memasuki gudang berkenaan.

“Ketika serbuan, dua suspek yang ditahan sedang memasukkan ayam sejuk beku ke trak pikap berkenaan dan pemeriksaan mendapati ada ubi kentang seberat 1,400 kg dan kaki ayam sejuk beku seberat 5,200 kg.

“Pemeriksaan selanjutnya di gudang itu kemudian menjumpai lima kontena mengandungi kaki dan hati ayam sejuk beku dianggarkan berat sebanyak 41,200 kg,” katanya kepada pemberita di lokasi serbuan semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

30/04/2025

Tiada lagi kelibat Jamilah Abu Bakar yang setiap tahun dijemput ke Majlis Memperingati Peristiwa Bukit Kepong apabila saksi terakhir tragedi berdarah itu menghembus nafas terakhir di kediamannya di Taman Skudai.

Sumber akhbar:- Harian Metro 2




30/04/2025

KEMPEN JENAYAH KOMERSIL(TIPU MENYAMAR KENALAN TIDAK WUJUD)
IPD KOTA TINGGI

TREND JENAYAH TERKINI: "PENIPUAN MENYAMAR KENALAN"

Kota Tinggi,30 April 2025 (Rabu)

Jika anda tiba-tiba dihubungi oleh seseorang yang mengaku sebagai kenalan, saudara, rakan sekerja atau majikan meminta untuk pinjam wang anda... HATI-HATI!

Mungkin itu adalah scammer yang menyamar sebagai kenalan anda.

Scammer biasanya akan menghubungi mangsa menggunakan akaun whatsapp atau akaun telegram kenalan anda yang telah digodam.

Antara langkah pencegahan :-

1. Sila hubungi langsung kenalan anda menggunakan nombor telefon yang anda simpan untuk pengesahan.
2. Jika tidak berjawab, tinggalkan pesanan mesej kepada nombor asal kenalan anda untuk pengesahan.
3. Semak lama sosial rakan anda (FB/IG) untuk melihat sama ada rakan anda ada memaklumkan bahawa akaun mereka telah digodam atau menafikan ingin meminjam wang.
4. Jika mesej dari kenalan anda meminta memasukkan wang ke akaun bank pihak ke-3. SILA ABAIKAN... !!!

"Berbaik sangka biar kena pada tempatnya"







30/04/2025
07/01/2024
TANGKAPAN MEMILIKI DAN UJIAN AIR KENCING Bertindak atas maklumat, pada 03/01/2024 jam lebih kurang 1400 hrs, sepasukan a...
03/01/2024

TANGKAPAN MEMILIKI DAN UJIAN AIR KENCING

Bertindak atas maklumat, pada 03/01/2024 jam lebih kurang 1400 hrs, sepasukan anggota Balai Air Tawar 2 telah membuat tangkapan terhadap (2) orang lelaki warga tempatan dan hasil pemeriksaan telah menjumpai (1) tiub straw plastik yang berisi serbuk putih disyaki dadah jenis he**in. Tangkapan dan rampasan telah diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah untuk tindakan lanjut.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah dan sekiranya ada sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pihak polis atau hubungi nombor yang tertera.

>

28/12/2023
Air Tawar 2, 27 Disember 2023 - Sepasukan polis dari Balai Polis Air Tawar 2 telah membuat tangkapan terhadap seorang le...
27/12/2023

Air Tawar 2, 27 Disember 2023 - Sepasukan polis dari Balai Polis Air Tawar 2 telah membuat tangkapan terhadap seorang lelaki warga tempatan kerana disyaki terlibat dalam suatu kejadian yang mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata. Kejadian terjadi berpunca salah faham antara dua pihak sehingga tercetusnya tindakan kekerasan.

Masyarakat dinasihatkan supaya tidak bertindak diluar batas yang boleh mendatangkan bahaya terhadap orang lain dan akan mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri kelak.






27/12/2023
Pemberitahuan telah dibuat berkali-kali, namun masih ada yang leka. Saling ingat-mengingati rakan-rakan atau ahli keluar...
27/12/2023

Pemberitahuan telah dibuat berkali-kali, namun masih ada yang leka. Saling ingat-mengingati rakan-rakan atau ahli keluarga supaya tidak mengunjungi di kawasan yang merbahaya.

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH KOTA TINGGI : KEJADIAN ORANG HILANG DI PANTAI DESARU COAST, BANDAR PENAWAR, KOTA TINGGI.

Address

KM 52 Jalan Kota Tinggi/Sg. Rengit
Kota Tinggi
81920

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Balai Air Tawar 2 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share