13/06/2026
FITIK PERDANA KEBERSIHAN (SEARCH & DESTROY) KAWASAN PONDOK POLIS SEDILI BESAR
Kota Tinggi, 13 Jun 2026 – Balai Polis Kuala Sedili telah melaksanakan Fitik Perdana Kebersihan (Search & Destroy) di kawasan Pondok Polis Sedili Besar, Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor melibatkan semua anggota Balai Polis Kuala Sedili.
Program yang diketuai oleh SM Mohammad Aizat Bin Ahmad selaku Ketua Polis Balai Kuala Sedili ini bertujuan memastikan persekitaran pondok polis sentiasa berada dalam keadaan bersih, selamat dan kondusif. Antara aktiviti yang dijalankan adalah kerja-kerja memotong rumput di kawasan dalam dan luar pondok polis, membersihkan kawasan pembuangan sampah, longkang serta parit bagi mengelakkan tersumbat dan menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes, selain memotong serta mencabut pokok-pokok mati di sekitar kawasan tersebut.
Program ini juga selaras dengan Amanat 5K YDH KPD Kota Tinggi yang menekankan aspek Kebersihan, Kekemasan, Keharmonian, Keceriaan dan Kebajikan dalam memastikan persekitaran tempat kerja sentiasa berada pada tahap terbaik.