07/07/2026
ππππππ ππππππππππ πππππ ππππππ ππππππ (πππ) ππππ ππππππ πππππ ππππππ ππππππππ πππππ π ππππ ππππ (πππ) ππ ππππππ ππππ ππππππ πππππ ππππππππ ππππππ ππππ ππππππππ ππππππ
07 Julai 2026 | Selasa
Bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kota Tinggi, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) kepada kontraktor-kontraktor yang berjaya bagi pelaksanaan 15 projek pembinaan Bilik Darjah Tambahan Tahun 1 Sesi Persekolahan 2027 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Majlis telah disempurnakan oleh Jurutera Daerah JKR Daerah Kota Tinggi, Muhd Ridhuan bin Sulaiman, dan turut dihadiri oleh Jurutera Bangunan, Ts. Mohd Shakirin bin Bosra; Jurutera Jalan, Puan Iryanti binti Abd. Lahmahid; serta Jurutera Fasiliti, En. Ramon Lim. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Wakil Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi, Guru Besar sekolah yang terlibat serta wakil kontraktor yang telah dilantik bagi melaksanakan projek-projek berkenaan.
Majlis penyerahan SST ini merupakan satu langkah penting sebelum pelaksanaan projek dimulakan, sekali gus menandakan komitmen Kerajaan MADANI melalui Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya dalam memperkukuh penyediaan infrastruktur pendidikan yang berkualiti, selamat dan kondusif demi memenuhi keperluan semasa sektor pendidikan negara.
Pelaksanaan kesemua 15 projek Bilik Darjah Tambahan ini bertujuan menampung pertambahan enrolmen murid Tahun 1 bagi sesi persekolahan 2027, termasuk menyediakan kemudahan yang lebih baik kepada murid aliran perdana serta murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Inisiatif ini diharapkan dapat menyediakan ruang pembelajaran yang lebih selesa, kondusif, inklusif dan mesra pengguna, sekali gus menyokong proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.
Antara sekolah yang terlibat adalah :
1) Sek. Keb. Laksamana, Kota Tinggi
2) Sek. Keb. Sungai Kapal, Kota Tinggi
3) Sek. Keb. Bandar Penawar 2, Kota Tinggi
4) Sek. Keb. Felda Lok Heng, Kota Tinggi
5) Sek. Keb. Felda Lok Heng Selatan, Kota Tinggi
6) Sek. Keb. Bandar Penawar Kota Tinggi
7) Sek. Keb. Taman Kota Jaya, Kota Tinggi
8) Sek. Keb. Seri Aman, Kota Tinggi
9) Sek. Keb. Bandar Mas, Kota Tinggi
10) Sek. Keb. (Felda) Adela, Kota Tinggi
11) Sek. Keb. Bandar Easter, Kota Tinggi
12) Sek. Keb. (Felda) Air Tawar 4, Kota Tinggi
13) Sek. Keb. (Felda) Bukit Waha, Kota Tinggi
Dalam majlis yang sama, satu taklimat berkaitan Produk IBS UAC Solic Panel turut disampaikan sebagai pendedahan kepada pihak kontraktor mengenai penggunaan kaedah Industrialised Building System (IBS) dalam pelaksanaan projek pembinaan. Pendekatan ini diyakini mampu meningkatkan kualiti pembinaan, mempercepat tempoh pelaksanaan projek serta memastikan hasil kerja yang lebih sistematik, efisien dan menepati spesifikasi yang ditetapkan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua kontraktor yang telah berjaya menerima Surat Setuju Terima (SST). Diharapkan setiap projek dapat dilaksanakan dengan penuh komitmen, profesionalisme dan integriti serta disiapkan mengikut tempoh, kos dan piawaian kualiti yang telah ditetapkan demi memastikan manfaatnya dapat dinikmati oleh warga sekolah dan generasi masa hadapan.