14/08/2026
π AADK DAERAH KOTA TINGGI
π CERAMAH ANTIDADAH SEMPENA PROGRAM SEMARAK MADANI FELDA: MEMBINA SAHSIAH UNGGUL BELIA NEGARA TAHUN 2026 π
Pada 13 Ogos 2026 (Khamis), AADK Daerah Kota Tinggi telah melaksanakan Ceramah Antidadah sempena Program Semarak Madani FELDA: Membina Sahsiah Unggul Belia Negara Tahun 2026 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Lokman Hakim, FELDA Lok Heng, bermula jam 10.00 pagi.
Ceramah ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan para pelajar mengenai bahaya penyalahgunaan dadah serta kesannya terhadap diri, kesihatan dan masa depan. Para pelajar turut diberikan maklumat yang tepat berkaitan jenis-jenis dadah, kesan negatif serta langkah-langkah pencegahan bagi membantu mereka membuat pilihan yang bijak.
Selain itu, program ini turut menyemai pemikiran dan sikap positif dalam kalangan pelajar agar berani menolak pengaruh negatif serta memilih kehidupan yang sihat dan bebas daripada penyalahgunaan dadah.
π Pengisian:
β
Ceramah Antidadah
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri atas penganjuran dan jemputan kepada AADK Daerah Kota Tinggi untuk bersama-sama menjayakan program ini.
Ucapan terima kasih juga kepada pihak SMK Lokman Hakim, FELDA Lok Heng, barisan guru serta para pelajar atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang program berlangsung.
π Bina Sahsiah, Cegah Dadah, Bentuk Generasi Unggul!