Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Tinggi

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Tinggi Pusat Khidmat Parlimen Kota Tinggi
(1)

19/08/2026
19/08/2026

Sebanyak 200,000 benih udang galah telah dilepaskan secara berperingkat di Sungai Sedili Besar, Kampung Gembut, Kota Tinggi melalui kerjasama UMT, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Tinggi, Jabatan Perikanan Negeri Johor serta komuniti setempat.

Bukan sahaja memberi manfaat kepada ekonomi nelayan, usaha ini turut menjadi salah satu langkah dalam melestarikan ekosistem sungai.

Nak tahu lebih banyak tentang usaha dan inisiatif di Kota Tinggi? Follow untuk info selanjutnya!



30/07/2026

Sebanyak 10,000 benih ketam nipah telah dilepaskan ke Sungai Sedili Kecil sebagai usaha memulihkan populasi ketam nipah dan membantu meningkatkan pendapatan nelayan tempatan.

Inisiatif yang bermula sejak tahun 2023 hasil kerjasama Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin bersama Universiti Malaysia Terengganu ini kini mula menunjukkan hasil apabila ramai nelayan mengakui tangkapan ketam nipah semakin bertambah berbanding sebelum ini.

Dato Seri Khaled Nordin juga ada membantu nelayan di Sedili Kecil dengan membaik pulih jeti di kawasan tersebut.

Usaha kecil hari ini mampu memberi manfaat yang berpanjangan kepada komuniti pada masa hadapan.



15/07/2026

Pembangunan bukan sekadar tentang bangunan tinggi atau projek mega.

Nilai sebenar sesebuah kawasan diukur melalui kehidupan rakyatnya.

Apabila pendapatan meningkat, peluang pekerjaan bertambah dan hasil tempatan berjaya menembusi pasaran luar negara, itulah tanda pembangunan yang benar-benar memberi manfaat.

Di Kota Tinggi, fokus diberikan kepada sektor pertanian, perikanan, akuakultur dan pelancongan desa bagi melahirkan lebih ramai usahawan serta meningkatkan taraf hidup masyarakat.

Daripada projek madu kelulut hingga pelepasan benih ketam nipah dan udang, usaha ini membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada penduduk.

Semoga dengan pelbagai inisiatif yang dilakukan oleh Dato Seri Khaled Nordin di Kota Tinggi akan dapat meningkatkan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat tempatan.



26/06/2026

Di Stesen Bas Kota Tinggi ini turut terletaknya Persatuan Kebajikan Pemandu-Pemandu Kereta Sewa dan Teksi Daerah Kota Tinggi yang menjadi pusat sokongan kepada para pemandu di kawasan ini.

Persatuan ini sentiasa mendapat perhatian daripada Ahli Parlimen Kota Tinggi, Dato Seri Khaled Nordin dan kepimpinan setempat dengan melalui pemberian sumbangan dan bantuan lain bagi membantu menjaga kebajikan serta meringankan beban ahli-ahlinya.


05/06/2026

Perbincangan sesi pertama telah diadakan berhubung perancangan pembangunan Sekolah Kebangsaan Sedili Kecil yang telah dipilih sebagai Sekolah Angkat MADANI.

Dalam sesi ini, beberapa keperluan utama telah dikenal pasti bagi memastikan aspek pembangunan, kebajikan dan keperluan sekolah dapat diberi perhatian secara menyeluruh dan berfokus.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan oleh Mohamed Khaled Nordin dalam memastikan agenda pendidikan di Parlimen Kota Tinggi terus diperkukuh dan berada pada tahap yang lebih baik dari semasa ke semasa.



Ahli Parlimen Kota Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin telah hadir menyempurnakan Program Korban Perdana Parlime...
28/05/2026

Ahli Parlimen Kota Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin telah hadir menyempurnakan Program Korban Perdana Parlimen Kota Tinggi 2026 yang berlangsung di Dewan Terbuka Felda Lok Heng Barat hasil kerjasama UMNO Bahagian Kota Tinggi bersama DUN Johor Lama.

Untuk makluman, program tahunan ini telah memasuki tahun keempat penganjurannya dan bagi tahun 2026, kawasan Johor Lama telah dipilih sebagai tuan rumah pelaksanaan program.

Program ini bukan sahaja menjadi ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha, malah turut menjadi platform memperkukuhkan semangat kebersamaan, nilai pengorbanan serta budaya gotong-royong dalam kalangan masyarakat setempat.

Sebanyak 16 ekor lembu telah diperuntukkan bagi pelaksanaan korban tahun ini dengan 12 ekor daripadanya disembelih di lokasi program untuk diagihkan kepada penduduk serta golongan yang memerlukan di sekitar kawasan setempat.

Kehadiran dan penglibatan aktif golongan belia dalam menjayakan program kali ini turut mencerminkan semangat kerjasama dan nilai kemasyarakatan yang masih kukuh diamalkan dalam komuniti setempat.

π‰π„πŒππ”π“π€π πŠπ„ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŠπŽπ‘ππ€π 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 ππ€π‘π‹πˆπŒπ„π πŠπŽπ“π€ π“πˆππ†π†πˆPusat Khidmat Parlimen Kota Tinggi menjemput seluruh warga Felda ...
26/05/2026

π‰π„πŒππ”π“π€π πŠπ„ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŠπŽπ‘ππ€π 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 ππ€π‘π‹πˆπŒπ„π πŠπŽπ“π€ π“πˆππ†π†πˆ

Pusat Khidmat Parlimen Kota Tinggi menjemput seluruh warga Felda Lok Heng Barat, Kota Tinggi serta masyarakat sekitar untuk hadir memeriahkan Program Korban Parlimen Kota Tinggi sempena sambutan Aidiladha 1447H.

πŸ“… Tarikh: Khamis, 28 Mei 2026
πŸ•’ Masa: 7.30 pagi
πŸ“ Lokasi: Felda Lok Heng Barat, Kota Tinggi

Program ini diadakan bagi melaksanakan ibadah korban disamping memperkukuhkan semangat kebersamaan, silaturahim serta kerjasama dalam kalangan masyarakat.

Kehadiran dan sokongan semua amat dialu-alukan bagi bersama-sama menjayakan program ini.

Anjuran: Parlimen Kota Tinggi
Kerjasama: UMNO Bahagian Kota Tinggi & DUN Johor Lama


21/05/2026

Hasil peruntukan yang telah diluluskan, pelbagai kerja naik taraf dan penambahbaikan telah dilaksanakan di Sekolah Agama Nurul Falah Gugusan Felda Lok Heng, Kota Tinggi bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa dan kondusif.

Antara penambahbaikan yang dilaksanakan termasuk naik taraf tandas guru dan murid, pembinaan serta penambahbaikan susur gajah, penggantian pintu di setiap bangunan sekolah serta pemasangan pagar baharu di kawasan sekeliling sekolah.

Semoga usaha ini dapat terus memberi manfaat kepada warga sekolah khususnya para murid, di samping memastikan kemudahan yang lebih baik untuk kegunaan pada masa akan datang.


Address

Kota Tinggi

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Tinggi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share