JPKK Tanjung Sedili

JPKK Tanjung Sedili Halaman Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Tanjung Sedili ini merupakan medium untuk menyebarluaskan info berkaitan aktiviti dan maklumat.

02/08/2026

Jom terokai Sungai Sedili Besar Bersama SEDILI RIVER CRUISE!

Whatsapp atau call 019-432 1469 untuk booking




Semua Dijemput Hadir.
07/07/2026

Semua Dijemput Hadir.

30/06/2026
Jom warga Sedili sama-sama turun ke Padang Awam Tanjung Sedili untuk bersama dengan Team UMT. Pelbagai aktiviti dijalank...
24/06/2026

Jom warga Sedili sama-sama turun ke Padang Awam Tanjung Sedili untuk bersama dengan Team UMT.

Pelbagai aktiviti dijalankan.
Maklumat lanjut sila hubungi nombor yang tertera.

OPS SEDUT: MISI KEBERSIHAN, DEMI KOMUNITI SEJAHTERASedili, 20 Jun – Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dengan kerj...
21/06/2026

OPS SEDUT: MISI KEBERSIHAN, DEMI KOMUNITI SEJAHTERA

Sedili, 20 Jun – Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dengan kerjasama Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) telah menganjurkan Pelancaran Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) “OPS SEDUT” yang berlangsung di Dewan Serbaguna Tanjung Sedili.

Program ini melibatkan pelaksanaan kerja-kerja sedutan tangki najis kepada 170 penerima manfaat di Daerah Kota Tinggi sebagai sebahagian daripada inisiatif CSR yang memberi manfaat secara langsung kepada komuniti setempat.

Pelaksanaan program ini bukan sahaja membantu meningkatkan tahap kebersihan persekitaran, malah turut memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan penyelenggaraan sistem kumbahan dan tangki najis yang sempurna. Langkah ini penting bagi mengelakkan pencemaran alam sekitar, masalah bau yang tidak menyenangkan serta risiko kesihatan kepada penduduk.

KEJORA berharap program ini dapat menjadi pemangkin kepada pembudayaan amalan kebersihan dalam kalangan komuniti. Kebersihan bukan sekadar tanggungjawab individu, malah merupakan tanggungjawab bersama dalam mewujudkan persekitaran yang sihat, selesa dan lestari untuk generasi akan datang.

“Kebersihan adalah cerminan keperibadian, manakala persekitaran yang bersih melahirkan masyarakat yang sihat, sejahtera dan berdaya maju.”

KEJORA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK), KPDN, PDRM, JPJ, Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi, JPKK Wilayah KEJORA, para penerima manfaat serta semua pihak yang telah memberikan komitmen, kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini.

Semoga usaha murni ini terus diperkasakan demi kesejahteraan masyarakat dan kelestarian alam sekitar di Wilayah KEJORA.









©️𝟮𝟬𝟮𝟲 𝐋𝐄𝐌𝐁𝐀𝐆𝐀 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐉𝐔𝐀𝐍 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐑𝐀 (𝐊𝐄𝐉𝐎𝐑𝐀)

Jom hadir ke Dewan Tanjung Sedili esok. Pelbagai aktiviti diadakan termasuk Jualan Rahmah Madani Bergerak.
19/06/2026

Jom hadir ke Dewan Tanjung Sedili esok. Pelbagai aktiviti diadakan termasuk Jualan Rahmah Madani Bergerak.

Orang ramai dijemput hadir ke Program OPS SEDUT IWK KAMPUNG TRADISI WILAYAH KEJORA bertempat di Dewan Sri Tanjung, Tanju...
19/06/2026

Orang ramai dijemput hadir ke Program OPS SEDUT IWK KAMPUNG TRADISI WILAYAH KEJORA bertempat di Dewan Sri Tanjung, Tanjung Sedili bermula jam 7.30 pagi.

Link pendaftaran untuk Pertandingan Mewarna : https://forms.gle/VuWe6HF12t5qHV937

17 Jun 2026 | PROJEK KHIDMAT KOMUNITI UPSI BERSAMA WARGA SEDILI.Terima kasih kepada Mahasiswa Anak Johor yang telah memi...
18/06/2026

17 Jun 2026 | PROJEK KHIDMAT KOMUNITI UPSI BERSAMA WARGA SEDILI.

Terima kasih kepada Mahasiswa Anak Johor yang telah memilih JPKK Tanjung Sedili untuk menjalankan Program Khidmat Komuniti di Sekolah Agama Sri Mahkota dan Tanah Perkuburan Islam, Tanjung Sedili.

Program ini melibatkan seramai 27 Mahasiswa Anak Johor UPSI dan 1 Pensyarah serta warga Sedili.

Address

Kota Tinggi

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPKK Tanjung Sedili posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share