Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik - Puspen Kota Tinggi

Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik - Puspen Kota Tinggi Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Kota Tinggi Agensi Antidadah Kebangsaan bermula beroperasi pada 01 Jun 2012

Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Kota Tinggi
Agensi Antidadah Kebangsaan
mula beroperasi pada 01 Jun 2012

12/07/2026

MAKLUMAN.

Pihak PUSPEN Kota Tinggi ingin memaklumkan kepada semua berkenaan penutupan sementara Lawatan Keluarga (LK) PUSPEN Kota Tinggi bersempena dengan kerajaan Negeri Johor mengistiharkan pada hari berkenaan sebagai Cuti Peristiwa bagi Negeri Johor Darul Takzim pada ketetapan berikut :

DITUTUP PADA : 13 JULAI 2026 (ISNIN)

Sehubungan itu, Semua yang berkenaan dan urusan berkaitan diminta mengambil perhatian dan tindakan sewajarnya berkenaan pemakluman ini. Sebarang pertanyaan dan persoalan diminta untuk terus berhubung dengan pegawai-pegawai berkenaan.
_______________________________________________________________________

Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-6262233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.







KOMITMEN AADK KE ARAH TADBIR URUS BERINTEGRITI TINGGI: PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN ANTIRASUAH (ABMS)Sebagai usaha bert...
12/07/2026

KOMITMEN AADK KE ARAH TADBIR URUS BERINTEGRITI TINGGI: PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN ANTIRASUAH (ABMS)

Sebagai usaha berterusan dalam memperkukuh tadbir urus dan integriti organisasi, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah berjaya memperoleh pensijilan MS ISO 37001:2016 bagi Sistem Pengurusan Antirasuah atau Anti-Bribery Management Systems (ABMS).

Pelaksanaan sistem ini dibangunkan secara khusus bagi membolehkan agensi mencegah, mengesan, mengawal, dan bertindak secara holistik terhadap sebarang risiko rasuah, salah guna kuasa, serta penyelewengan dalam pelaksanaan tadbir urus organisasi.

Melalui inisiatif ini, AADK memfokuskan kepada empat tujuan utama iaitu mencegah dengan menggariskan keperluan asas pengurusan antirasuah yang sistematik, serta mengesan sebarang bentuk amalan rasuah mahupun salah guna kuasa di setiap peringkat. Selain itu, sistem ini juga bertujuan untuk mengawal dan membangunkan perancangan strategik ke arah keperluan pencegahan, di samping membolehkan tindakan tegas diambil ke atas sebarang kepincangan dan pelanggaran yang berlaku.

Selaras dengan misi memantapkan penyampaian perkhidmatan, pelaksanaan ABMS ini bermatlamat untuk memastikan setiap warga AADK memahami serta mematuhi sepenuhnya undang-undang, pekeliling, dan peraturan yang berkuat kuasa. Ia turut menerapkan elemen antirasuah dalam penggubalan polisi jabatan bagi meningkatkan kawalan dalaman terhadap sebarang kelemahan governans.

Langkah proaktif ini juga bermatlamat untuk menambah baik sistem dan prosedur kerja, membudayakan integriti serta akauntabiliti, dan membolehkan tindakan punitif terhadap pelanggaran tatakelakuan diambil seiring dengan usaha penambahbaikan berterusan. Secara keseluruhannya, pencapaian ini amat bertepatan dengan strategi AADK dalam memantapkan tadbir urus organisasi dan nilai integriti setiap pegawai.

AADK kekal komited dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku demi memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang sentiasa telus, cekap, dan amanah.

Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah




๐’๐ข๐ฌ๐ญ๐ž๐ฆ ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐€๐ง๐ญ๐ข๐ซ๐š๐ฌ๐ฎ๐š๐ก (๐€๐ง๐ญ๐ข-๐๐ซ๐ข๐›๐ž๐ซ๐ฒ ๐Œ๐š๐ง๐š๐ ๐ž๐ฆ๐ž๐ง๐ญ ๐’๐ฒ๐ฌ๐ญ๐ž๐ฆ )๐€๐๐Œ๐’.Sistem Pengurusan Antirasuah (Anti-Bribery Manement S...
08/07/2026

๐’๐ข๐ฌ๐ญ๐ž๐ฆ ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐€๐ง๐ญ๐ข๐ซ๐š๐ฌ๐ฎ๐š๐ก (๐€๐ง๐ญ๐ข-๐๐ซ๐ข๐›๐ž๐ซ๐ฒ ๐Œ๐š๐ง๐š๐ ๐ž๐ฆ๐ž๐ง๐ญ ๐’๐ฒ๐ฌ๐ญ๐ž๐ฆ )๐€๐๐Œ๐’.

Sistem Pengurusan Antirasuah (Anti-Bribery Manement Systems) ABMS dibangun bagi membolehkan Agensi mencegah, mengesan, mengawal dan bertindak terhadap risiko rasuah, salah guna dan penyelewengan dalam pelaksaan tadbir urus organisasi.
Berikut adalah info grafik berkenaan Tujuan dan Objektif ABMS antaranya bertujuan bagi menggariskan keperluan asas sistem pengurusan antirasuah sesebuah organisasi dengan cara yang sistematik dalam mengurus, mengawal dan membangunkan perancangan, metode dan tindakan ke arah keperluan mencegah (prevent), mengesan (detect), mengawal (control) dan bertindak (action) ke atas sebarang bentuk rasuah, salah guna kuasa atau penyelewengan.
_______________________________________________________________________

Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-6262233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.







Kunjungan hormat Pengarah PUSPEN Kota Tinggi Pn Marilyn Ivan Rimbang kepada Pengarah Hospital Permai Johor Bahru Dr Joha...
19/05/2026

Kunjungan hormat Pengarah PUSPEN Kota Tinggi Pn Marilyn Ivan Rimbang kepada Pengarah Hospital Permai Johor Bahru Dr Johari Bin Khamis telah berlangsung pada 15 Mei 2026.

Perjumpaan tersebut membincangkan hubungan kerjasama di antara pihak PUSPEN Kota Tinggi bersama Hospital Permai dalam membantu penghuni yang mempunyai masalah dual diagnosis mendapatkan rawatan. Selain itu, beberapa keputusan telah dicapai bagi memastikan perkhidmatan terus berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Lawatan turut disertai Hj Ahmad Fadzil Bin Hj Miswan Ketua Unit Pemulihan bersama En Muhammad Fauzi Bin Muhiddin Ketua Unit Perubatan PUSPEN.

Usaha yang berterusan sepertimana ini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi menjadikan Hospital Permai menjadi rakan strategik PUSPEN Kota Tinggi.
_______________________________________________________________________

Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-6262233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.







PROGRAM JOM HIJAU PERINGKAT PUSPEN KOTA TINGGI TAHUN 2026.30 APRIL 2026 - Pada hari berkenaan, Telah dilaksanakan Progra...
04/05/2026

PROGRAM JOM HIJAU PERINGKAT PUSPEN KOTA TINGGI TAHUN 2026.

30 APRIL 2026 - Pada hari berkenaan, Telah dilaksanakan Program Jom Hijau dengan kerjasama dari Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kota Tinggi. Sesi perasmian program oleh Puan Anne Praba a/p Subramaniam Timbalan Pengarah PUSPEN Kota Tinggi dan hadir bersama Puan Nik Nur Ain Faiqa binti Nik Ibrahim Rudy Zarahim Timbalan Pengarah Keselamatan serta Ketua-ketua Unit dan semua pegawai dan kakitangan yang hadir.
Sesi berlangsung di Dewan Serbaguna PUSPEN Kota Tinggi dengan penglibatan seramai 50 penghuni PUSPEN Kota Tinggi yang terpilih serta Pegawai dan Kakitangan yang hadir bertugas serta berkelapangan melibatkan diri bagi menjayakan bersama-sama program yang dijalankan.
Antara lain, sesi diterapkan dan dikongsi dengan ilmu pengetahuan berkenaan tips penjimatan tenaga elektrik seharian yang kita gunakan sepanjang hari. Terima kasih diatas kesudian 02 pegawai penceramah jemputan yang sudi hadir bagi menjayakan dan melengkapkan program yang dilaksanakan pada kali ini.
_______________________________________________________________________

Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-6262233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.







MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KEM TRANSISI "LONCATAN HEBAT GAPAI KEJAYAAN" Telah berlangsung pada 23 April 2026 (Khamis). Maj...
04/05/2026

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KEM TRANSISI "LONCATAN HEBAT GAPAI KEJAYAAN"

Telah berlangsung pada 23 April 2026 (Khamis). Majlis dirasmikan oleh YB Puan Fauziah Bt Misri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penawar. Majlis turut dihadiri oleh Pn Marilyn Ivan Rimbang Pengarah PUSPEN Kota Tinggi.

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penyertaan dan diikuti dengan hadiah kumpulan terbaik sepanjang program berlangsung 3hari.

Semoga program ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan di samping memupuk semangat kepulihan yang berterusan. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar
_______________________________________________________________________

Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-6262233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.







PROGRAM KEM TRANSISI "LONCATAN HEBAT GAPAI KEJAYAAN" PUSPEN KOTA TINGGI, JOHOR DARUL TAKZIM.Program Kem Transisi "Loncat...
30/04/2026

PROGRAM KEM TRANSISI "LONCATAN HEBAT GAPAI KEJAYAAN" PUSPEN KOTA TINGGI, JOHOR DARUL TAKZIM.

Program Kem Transisi "Loncatan Hebat Gapai Kejayaan" PUSPEN Kota Tinggi telah berlangsung pada 21 - 23 April 2026 melibatkan 40 penghuni.

Program ini bertujuan bagi meningkatkan motivasi penghuni untuk terus berdaya saing dan membuat anjakan paradigma untuk terus berjaya seterusnya kekal pulih.

Pelbagai pengisiaan meliputi aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan Sahsiah diberi penekanan untuk dijadikan bekalan sebelum penghuni tamat mengikuti Rawatan Pemulihan dalam Institusi (RPDI) di PUSPEN Kota Tinggi.
_______________________________________________________________________

Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-6262233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.







HARI KEUSAHAWANAN PUSPEN KOTA TINGGI, JOHOR.28 APRIL 2026 - Pada hari berkenaan telah dijalankan Hari Keusahawanan anjur...
29/04/2026

HARI KEUSAHAWANAN PUSPEN KOTA TINGGI, JOHOR.

28 APRIL 2026 - Pada hari berkenaan telah dijalankan Hari Keusahawanan anjuran Kelab Kebajikan & Sukan PUSPEN Kota Tinggi.

๐Ÿ“… Tarikh: 28 April 2026
๐Ÿ•˜ Masa: 9:00 Pagi โ€“ 12:00 Tengah Hari
๐Ÿ“ Tempat: Halaman Luar Dewan Serbaguna, PUSPEN Kota Tinggi

Alhamdulilah, selesai sudah Hari Keusahawanan anjuran Kelab Kebajikan & Sukan PUSPEN Kota Tinggi. Terima kasih kepada semua Jawatankuasa menyelaras bagi mewakili setiap Unit.

Terima kasih kepada semua kakitangan, pegawai yang hadir serta semua penghuni yang terlibat bagi bersama-sama menjayakan program yang berlangsung sehingga penghujung program yang diadakan.
_______________________________________________________________________

Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-6262233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.









&Sukan

LATIHAN KAWAD BULANAN PUSPEN KOTA TINGGI BAGI BULAN APRIL TAHUN 2026.17 APRIL 2026 - Pada pagi ini, Telah dijalankan Lat...
17/04/2026

LATIHAN KAWAD BULANAN PUSPEN KOTA TINGGI BAGI BULAN APRIL TAHUN 2026.

17 APRIL 2026 - Pada pagi ini, Telah dijalankan Latihan Kawad Bulanan peringkat PUSPEN Kota Tinggi bagi bulan April 2026. Sesi latihan Kawad melibatkan seluruh warga kerja PUSPEN Kota Tinggi.
serta kakitangan yang bertugas pada hari ini.
Sesi latihan yang dijalankan bertempat di Padang Kawad PUSPEN Kota Tinggi yang dikendalikan oleh Unit Keselamatan. Latihan Kawad Kaki telah dijalankan seperti yang dirancang.
Sepanjang latihan, semua pegawai telah memberi tumpuan serta menunjukkan disiplin dan kerjasama yang baik dalam setiap pergerakan kawad.
_______________________________________________________________________

Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-6262233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.







8 April 2026 - Pada hari berkenaan, Ketua Unit dan pegawai-pegawai dari Unit Pemulihan selaku penyelaras Program yang be...
09/04/2026

8 April 2026 - Pada hari berkenaan, Ketua Unit dan pegawai-pegawai dari Unit Pemulihan selaku penyelaras Program yang berlangsung pada hari rabu yang lepas telah menjalankan dan mengendalikan Program Aidilfitri - Bersama Raikan Lebaran iaitu Pertandingan Marhaban Raya "Pentas Marhaban" antara asrama Akasia, Bougainvillea, Camelia, Dahlia dan Exora.
Antara lain, diteruskan dengan slot kedua iaitu Pertandingan Pop Kuiz "Raya Lebih Meriah' yang dijalankan di Dewan Serbaguna PUSPEN Kota Tinggi. Juga bersambungan dengan slot terakhir iaitu Pertandingan Karaoke antara asrama "Aidilfitri Mengamit Memori. penghuni mendendangkan lagu-lagu raya pilihan untuk dipertandingkan.
Terima Kasih tidak terhingga kepada semua yang sama-sama menjayakan Program yang berlangsung pada hari berkenaan sehingga selesai.
_______________________________________________________________________

Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-6262233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.







Address

Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Kota Tinggi, Agensi Antidadah Kebangsaan, PTD 11070 LADANG JAYA SRI PERANI
Kota Tinggi
81900

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik - Puspen Kota Tinggi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share