Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Kota Tinggi

Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Kota Tinggi halaman rasmi Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Kota Tinggi
-untuk makluman dan hebahan berkaitan

13/05/2026
πŸ“’ PEMAKLUMAN RASMIDimaklumkan bahawa nombor telefon rasmi Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Kota Tinggi telah bertuk...
05/05/2026

πŸ“’ PEMAKLUMAN RASMI

Dimaklumkan bahawa nombor telefon rasmi Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Kota Tinggi telah bertukar kepada:

πŸ“ž 07-8835510

Sehubungan itu, segala urusan dan pertanyaan boleh dibuat melalui nombor baharu ini.

Sekian, harap maklum. Terima kasih.

28/04/2026

πŸ“£πŸ“£ HEBAHAN PERMOHONAN BANTUAN BAHAN BINAAN πŸ“£πŸ“£

Khas untuk pengusaha Industri Asas Ternakan (IATN) makanan (produk hasilan makanan) di negeri Johor! πŸ„πŸ“πŸ

Anda memerlukan bantuan bahan binaan utk menaiktaraf premis anda?
Jangan lepaskan peluang untuk memohon sekarang! πŸ’ͺ✨

βœ… Syarat utama permohonan:
πŸ”Ή Warganegara Malaysia (keutamaan anak Johor)
πŸ”Ή Berumur 21 hingga 60 tahun
πŸ”Ή Premis berdaftar dengan JPV Daerah
πŸ”Ή Sedang menjalankan perusahaan melebihi 1 tahun
πŸ”Ή Bersedia mengikuti kursus & pemantauan jabatan

πŸ“… Tarikh tutup permohonan:
🚨 8 Mei 2026 🚨

πŸ“² Permohonan boleh dibuat di:
🌐 http://jets.johor.gov.my

πŸ“Œ Mohon segera sebelum tarikh tutup!
Peluang ini terbuka kepada pengusaha yang layak bagi membantu meningkatkan kemajuan perusahaan produk makanan anda.

πŸ“’ PERHATIAN PENTERNAK DAERAH KOTA TINGGIPermohonan Bantuan Pam Air dan Bantuan Pagar Cyclone kini dibuka kepada penterna...
22/04/2026

πŸ“’ PERHATIAN PENTERNAK DAERAH KOTA TINGGI

Permohonan Bantuan Pam Air dan Bantuan Pagar Cyclone kini dibuka kepada penternak yang layak di Negeri Johor.

Bantuan ini bertujuan membantu penternak meningkatkan pengurusan ladang serta kemudahan bekalan air dan kawalan kawasan ternakan. πŸ„πŸπŸ‘

πŸ“… Tarikh tutup permohonan: 30 April 2026

Penternak yang berminat dan memenuhi syarat boleh membuat permohonan dengan mengimbas kod QR pada poster atau melayari:
🌐 http://jets.johor.gov.my

Sebarang pertanyaan boleh hubungi atau hadir ke Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Kota Tinggi.

⚠️ Makluman: Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang makluman sehingga 31 Disember 2026, permohonan dianggap tidak berjaya.

20/04/2026

🐾 HARI VETERINAR SEDUNIA 2026

Setiap tahun pada 25 April, sambutan Hari Veterinar Sedunia diadakan bagi menghargai peranan penting profesion veterinar dalam memastikan kesihatan haiwan, kesejahteraan awam serta keselamatan makanan negara terus terpelihara.

Di Negeri Johor, perkhidmatan veterinar terus komited dalam memperkukuh kesihatan haiwan, mengawal penyakit zoonotik serta menyokong pembangunan industri penternakan yang selamat dan mampan selaras dengan pendekatan One Health.

Sempena sambutan ini, marilah kita bersama-sama menghargai jasa dan dedikasi seluruh warga veterinar yang sentiasa berusaha memastikan kesejahteraan haiwan dan kesihatan masyarakat sentiasa terjamin.

πŸ“… 25 April 2026

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor✨





15/04/2026

Program Kesihatan Ternakan πŸπŸ’‰

Pada 7 April 2026 dan 15 April 2026, pihak Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Kota Tinggi telah menjalankan Program Bebas Brucella serta vaksinasi Penyakit Kuku dan Mulut (FMD) di Razak Plus Goat Farm.

Program ini bertujuan memastikan ternakan sentiasa sihat serta membantu mencegah penularan penyakit Brucellosis dan FMD dalam kalangan ternakan.

Terima kasih atas kerjasama pihak ladang sepanjang program dijalankan. 🀝🐐

πŸ“’ Makluman kepada pelangganTalian telefon Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Kota Tinggi sedang mengalami kerosakan.πŸ™Ž...
14/04/2026

πŸ“’ Makluman kepada pelanggan

Talian telefon Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Kota Tinggi sedang mengalami kerosakan.

πŸ™ŽπŸ»β€β™‚οΈβ“Sebarang pertanyaan boleh datang terus ke kaunter pejabat.

πŸ‘¨πŸΌβ€βš•οΈπŸ± Rawatan kucing masih diterima secara walk-in seperti biasa.
Namun vaksinasi kucing πŸ’‰tidak dapat dilakukan buat sementara waktu kerana stok vaksin habis.

Sebarang pertanyaan penting boleh emel:
πŸ“§ [email protected]

Segala kesulitan amat dikesali. Terima kasih atas kerjasama anda.

29/03/2026
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026M πŸŒ™βœ¨Pihak Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Kota Tinggi ingin mengucapkan S...
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026M πŸŒ™βœ¨

Pihak Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Kota Tinggi ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam khususnya warga penternak dan pelanggan yang dihargai πŸ„πŸπŸ“

Di kesempatan yang mulia ini, kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan, kekurangan dan kelemahan sepanjang memberikan perkhidmatan πŸ€²πŸ»πŸ’š Semoga Syawal yang hadir membawa sinar keinsafan, keberkatan serta memperkukuh nilai kerohanian dalam diri kita semua πŸŒΏπŸ•Œ

Moga Aidilfitri ini juga menjadi titik penyatuan dalam memupuk keharmonian, mempererat silaturahim serta menyemai semangat kebersamaan dalam komuniti 🀝✨ Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang diberkati serta terus maju dalam segala usaha πŸ’«

Maaf Zahir dan Batin 🌸

PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK RAMADAN 2026Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Kota Tinggi akan mengadakan Program Agihan...
13/03/2026

PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK RAMADAN 2026

Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Kota Tinggi akan mengadakan Program Agihan Bubur Lambuk sempena bulan Ramadan bagi berkongsi rezeki bersama masyarakat setempat.

πŸ“… Tarikh: 13 Mac 2026 (Jumaat)
πŸ•‘ Masa: 2.00 Petang
πŸ“ Tempat: Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Kota Tinggi

Orang ramai dijemput hadir untuk bersama-sama memeriahkan program ini dan menerima bubur lambuk yang akan diagihkan.

Agihan adalah terhad, oleh itu orang ramai digalakkan hadir lebih awal.

Semoga program ini dapat mengeratkan silaturahim serta menyemarakkan lagi semangat berkongsi di bulan Ramadan yang mulia.





22/01/2026

πŸ“’ MAKLUMAN KEPADA ORANG RAMAI – KEMPEN PROMOSI PEMVAKSINAN KUCING πŸ±πŸ’‰

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor akan mengadakan Kempen Promosi Pemvaksinan Kucing di Klinik Veterinar Johor Bahru dan semua Pusat Rawatan Veterinar di setiap daerah bermula:

πŸ—“ 1 Februari 2026 hingga 31 Mac 2026

🎯 Istimewa sempena kempen ini:
βœ… Pengecualian caj pendaftaran bagi setiap pemvaksinan kucing
βœ… Pendaftaran boleh dibuat secara temujanji dan juga walk-in
βœ… Terbuka kepada semua pemilik kucing di Negeri Johor

Pemilik kucing adalah digalakkan untuk mengambil peluang ini bagi memastikan kucing peliharaan sentiasa sihat, dilindungi daripada penyakit berjangkit serta menyokong kesejahteraan kesihatan awam.

πŸ“ Sila hadir ke Pusat Rawatan Veterinar Daerah berhampiran anda
πŸ“ž Untuk maklumat lanjut, hubungi pusat rawatan veterinar masing-masing.

Veterinar Kompeten, Masyarakat Sejahtera
πŸΎπŸ’š

Address

PEJABAT PERKHIDMATAN VETERINAR DAERAH KOTA TINGGI
Kota Tinggi
81900

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 15:30
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Kota Tinggi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Kota Tinggi:

Shortcuts

Share