03/08/2026
SELAMAT MENYAMBUT HARI PERKEP KE-58 TAHUN
YBhg. Puan Sofea Alliya Jane binti Abdullah, Pengerusi PERKEP IPD Kota Tinggi dan YBhg. Puan Shanur Ain binti Ahmad Shah, Naib Pengerusi PERKEP IPD Kota Tinggi menzahirkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan penghargaan kepada seluruh warga Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) sempena ulang tahun ke-58 penubuhannya.
Sejak 3 Ogos 1968, PERKEP telah memainkan peranan penting dalam memperkukuh institusi kekeluargaan PDRM, menyokong kebajikan dan memelihara keharmonian warga PDRM serta keluarga mereka.
Semoga PERKEP terus maju, relevan serta menjadi tulang belakang yang kukuh kepada keluarga besar PDRM.
'Keluarga Bahagia, Pasukan Sejahtera'