27/07/2026
Dalam mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Tenggara 2026 semalam. Daripada ramai-ramai yg membuat ucapan penggulungan, ada satu ucapan yg sangat menyentuh perasaan. Dalam pada bersorak, sebenarnya ada perasaan terharu melihat susuk pemimpin yg sangat berjiwa besar, apabila sanggup mengenepikan kepentingan diri sendiri, demi melihat rakyat tenggara terus terbela di bawah pemimpin yg sedia ada.
Walaupon semua orang tahu, jika beliau sendiri mahu, beliau boleh, tapi beliau taknak. Kerana apa? Kerana beliau sendiri saksikan gerak kerja seorang Ahli Parlimen Tenggara iaitu Yb Hj Manndzri Hj Nasib yg selama sepenggal pentadbirannya tidak pernah melupakan janji dan tanggungjawab yg dia galas.
Siapa p**a beliau yg kami maksudkan? Beliau yg berjiwa besar ini adalah Datin Hjh Salasiah Binti Idris, Ketua Wanita UMNO Tenggara, kami pemuda tenggara memanggilnya Bonda, Dalam ucapan penggulungannya semalam, dalam nada sebak, Bonda menyatakan pendiriannya serta membuat cadangan supaya calon Ahli Parlimen utk PRU akan datang DIKEKALKAN kepada YB MANNDZRI.
Kami, PEMUDA TENGGARA menyokong penuh kenyataan Bonda Datin Hjh Salasiah Binti Idris.
Sememangnya, Yb Hj Manndzri Hj Nasib, telah melaksanakan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen Tenggara dengan sangat baik dan selayaknya meneruskan kepimpinan beliau utk penggal yg akan datang. Kami melihat masa hadapan tenggara yg lebih cerah pada masa hadapan. Inilah pemimpin yg kami sendiri menyaksikan bagaimana dia bekerja. Tak pernah mengeluh, tak kira siang atau malam, tak kira hari bekerja atau cuti, mudah didekati dan sangat santai, tegas dalam membuat keputusan, jujur dan berintegriti. Yg paling membanggakan kami, Yb Manndzri sebagai pemimpin, berkat tunjuk ajar dan bimbingan beliau telah melahirkan seorang lagi pemimpin iaitu Ketua Pemuda kami Yb Dr Muhammad Naqib ADUN PANTI.
Semoga Allah melindungi pemimpin2 kami dan permudahkan segala urusan mereka.