Balai Polis Bandar Tenggara,kota Tinggi

Balai Polis Bandar Tenggara,kota Tinggi “POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA”

25/04/2026
PERTANDINGAN ANUGERAH PENGURUSAN PERUMAHAN TERBAIK PDRM BAGI TAHUN 2026 , 16 April 2026 (Khamis) - YDH Supt. Mohd Hurriy...
16/04/2026

PERTANDINGAN ANUGERAH PENGURUSAN PERUMAHAN TERBAIK PDRM BAGI TAHUN 2026

, 16 April 2026 (Khamis) - YDH Supt. Mohd Hurriyatulfikri bin Sairin Karno, Ketua Cawangan Operasi Pencegahan Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Johor selaku Pengerusi Panel Penilaian Perumahan PDRM telah hadir membuat Lawatan dan Penilaian bagi Anugerah Pengurusan Perumahan Terbaik PDRM bertempat di Perumahan Balai Polis Bandar Tenggara pada jam 9.00 pagi tadi.

Lawatan dimulakan dengan menandatangani buku lawatan dan seterusnya mendengar sesi taklimat Pengurusan Perumahan Balai Polis Bandar Tenggara yang disampaikan oleh ASP Khairil Azdha bin Rahman selaku Pengerusi Perumahan Balai Polis tersebut.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk menilai pengurusan perumahan terbaik bagi Pertandingan Anugerah Pengurusan Perumahan Terbaik PDRM Tahun 2026.

Sesi lawatan diakhiri dengan melawat persekitaran perumahan dan pemeriksaan dokumen - dokumen persatuan penduduk perumahan Balai Polis Bandar Tenggara.

Turut hadir, DSP Mohamad Syamsuri bin Mohamad - Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, ASP Azri bin Ya'acob - Ketua Bahagian Pengurusan Daerah Kota Tinggi, wakil KBLogD, ahli- ahli panel dan AJK perumahan Balai Polis Bandar Tenggara, IPD Kota Tinggi.

09/03/2026
PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK SEMPENA RAMADAN BERSAMA KOMUNITIBandar Tenggara, 6 Mac 2026 – Balai Polis Bandar Tenggara t...
06/03/2026

PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK SEMPENA RAMADAN BERSAMA KOMUNITI

Bandar Tenggara, 6 Mac 2026 – Balai Polis Bandar Tenggara telah menganjurkan Program Memasak Bubur Lambuk sempena bulan Ramadan yang berlangsung di Surau Balai Polis Bandar Tenggara.
Program ini disertai oleh anggota polis bersama wakil komuniti setempat dan agensi kerajaan. Turut hadir memeriahkan program ialah YB Tuan Manndzri bin Hj Nasib, Ahli Parlimen Tenggara, wakil-wakil ketua kampung serta pihak Bomba.

Aktiviti memasak bubur lambuk secara gotong-royong ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak polis dan masyarakat setempat di samping menyemarakkan semangat kebersamaan sepanjang bulan Ramadan. Bubur lambuk yang telah dimasak kemudiannya diagihkan kepada penduduk di sekitar kawasan pentadbiran Bandar Tenggara.

Program berlangsung dengan lancar dalam suasana harmoni dan penuh semangat kerjasama.
Semoga program seumpama ini dapat terus memperkukuhkan hubungan erat antara pihak polis dan komuniti setempat.




PDRM BANDAR TENGGARA JAYAKAN PROGRAM WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN CILIK DI SK LKTP LINGGIUBandar Tenggara, 6 Februari 202...
06/02/2026

PDRM BANDAR TENGGARA JAYAKAN PROGRAM WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN CILIK DI SK LKTP LINGGIU

Bandar Tenggara, 6 Februari 2026 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Balai Polis Bandar Tenggara telah menyertai Program Watikah Pelantikan Pemimpin Cilik Tahun 2026 di Sekolah Kebangsaan LKTP Linggiu, di sini hari ini.

Program berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi dan dihadiri oleh ASP 15253 Khairil Azdha bin Rahman, Ketua Polis Balai Bandar Tenggara, bersama L/Kpl 220603 Muhammad Amirul Syukran bin Abdul Aziz. Turut hadir wakil PIBG, Encik Arjuna bin Jamian.

Menurut ASP Khairil Azdha, kehadiran pihak polis bertujuan mengukuhkan kerjasama antara sekolah dan PDRM serta berbincang mengenai isu-isu berkaitan murid yang dihadapi pihak sekolah. Beliau turut menegaskan agar pihak sekolah segera melaporkan kepada polis sekiranya terdapat sebarang permasalahan atau keraguan berkaitan keselamatan murid.

Majlis diteruskan dengan penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Cilik kepada pelajar yang dilantik sebagai pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, serta ketua dan penolong kelas.

Program berjalan lancar dalam suasana terkawal dan kondusif. PDRM Balai Polis Bandar Tenggara komited meneruskan kerjasama erat bersama komuniti sekolah bagi membentuk generasi muda yang berdisiplin dan bertanggungjawab.


📌 PROGRAM PPS SEMPENA 1ST DAY SCHOOL 2026 📌Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Balai Polis Bandar Tenggara telah melaks...
12/01/2026

📌 PROGRAM PPS SEMPENA 1ST DAY SCHOOL 2026 📌

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Balai Polis Bandar Tenggara telah melaksanakan Program Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) sempena 1st Day School Tahun 2026 di enam (6) buah sekolah rendah di bawah pentadbiran balai bagi memastikan suasana persekolahan yang selamat dan kondusif.

Sekolah-sekolah terlibat ialah:
🏫 SK Bandar Tenggara 1 – SJN Zulkefli & Kpl Azihan
🏫 SK Bandar Tenggara 2 – SM Norsimah & L/Kpl Fazlina
🏫 SK Felda Pengeli Timur – KPB Asp Khairil Azdha bin Rahman & L/Kpl Muhammad Amirul Syukran
🏫 SK Felda Sungai Sibol – Kpl Norzaidi & L/Kpl Khairi
🏫 SK Felda LKTP Linggiu – Kpl Asrik & Badzli
🏫 SK Orang Asli Sayong Pinang – Kpl Amry & L/Kpl Yusri

Program ini diketuai oleh KPB ASP Khairil Azdha bin Rahman selaku Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS). Antara pengisian program termasuk sambutan kehadiran murid, ucapan perasmian di perhimpunan sekolah serta lawatan ke kawasan sekolah.

Pelaksanaan program ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan antara PDRM dan pihak sekolah di samping memberi keyakinan serta rasa selamat kepada murid-murid pada hari pertama sesi persekolahan.

Keseluruhan program telah berjalan dengan lancar dan berjaya hasil kerjasama erat pihak sekolah dan warga PDRM.

📸 Gambar-gambar sekitar program seperti dilampirkan.




PDRM BANDAR TENGGARA PERKASA KESEDARAN PENCEGAHAN JENAYAH DAN DADAH DI GIATMARA BANDAR TENGGARA.Bandar Tenggara, 7 Janua...
07/01/2026

PDRM BANDAR TENGGARA PERKASA KESEDARAN PENCEGAHAN JENAYAH DAN DADAH DI GIATMARA BANDAR TENGGARA.

Bandar Tenggara, 7 Januari 2026 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Balai Polis Bandar Tenggara telah melaksanakan Program Ceramah Jenayah dan Penyalahgunaan Dadah sempena Program Orientasi GIATMARA Bandar Tenggara, di sini hari ini.

Program tersebut telah disampaikan oleh ASP Khairil Azdha bin Rahman, Ketua Polis Balai Bandar Tenggara, dengan penyertaan seramai 25 orang pelajar serta empat orang tenaga pengajar GIATMARA.

Menurut ASP Khairil Azdha, program ini bertujuan memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran golongan muda terhadap bahaya jenayah serta penyalahgunaan dadah, di samping menerangkan jenis-jenis dadah, kesan kepada individu dan masyarakat, serta tindakan undang-undang yang akan dikenakan ke atas pesalah.

“Pendedahan awal ini amat penting bagi mengelakkan golongan belia terjebak dalam aktiviti jenayah dan gejala dadah yang boleh menjejaskan masa depan mereka,” katanya.

Sepanjang program berlangsung, suasana didapati berjalan dengan lancar, terkawal dan kondusif tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. Pihak PDRM Balai Polis Bandar Tenggara akan terus komited melaksanakan program pencegahan melalui pendekatan pendidikan dan kerjasama bersama komuniti setempat.


PROGRAM “SEMARAK SUBUH” DEKATKAN PDRM & KOMUNITI DI BANDAR TENGGARABandar Tenggara, 12 Disember 2025 – Surau Balai Polis...
12/12/2025

PROGRAM “SEMARAK SUBUH” DEKATKAN PDRM & KOMUNITI DI BANDAR TENGGARA

Bandar Tenggara, 12 Disember 2025 – Surau Balai Polis Bandar Tenggara menjadi lokasi penganjuran Program Semarak Subuh Daerah Kota Tinggi yang menghimpunkan warga polis, serta masyarakat setempat dalam usaha memupuk ukhuwah dan pengukuhan nilai kerohanian dalam komuniti.

Program bermula seawal 5.30 pagi hingga 8.00 pagi, menampilkan kehadiran ASP Khairil Azdha Bin Rahman - Ketua Polis Balai Bandar Tenggara bersama 37 anggota dan warga Balai Polis Bandar Tenggara.

Turut hadir sebagai tetamu kehormat ialah Al-Faqeer Ilallah Hazreen Bin Hj Hussin, Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau, Pejabat Kadi Daerah Kota Tinggi mewakili YB Hahasrin bin Hashim, DUN Panti. Seramai 80 orang jemaah turut serta dalam program ini.

Pengisian utama melibatkan solat Subuh berjemaah diikuti jamuan makan bersama masyarakat sebagai platform mengukuhkan hubungan polis dan komuniti. Program turut dihadiri dua pegawai Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS) iaitu Ustaz Mohd Syarifuddin bin Md Saad dan Ustaz Muhammad bin Hashim daripada IPD Kota Tinggi.

Program berjalan lancar tanpa sebarang insiden dan mendapat sambutan memberangsangkan daripada masyarakat setempat.


Program Motivasi “Holiday Power-Up” dekatkan Polis dan Komuniti Bandar Tenggara.Bandar Tenggara, 10 Disember 2025 – Pert...
11/12/2025

Program Motivasi “Holiday Power-Up” dekatkan Polis dan Komuniti Bandar Tenggara.

Bandar Tenggara, 10 Disember 2025 – Pertubuhan Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Bandar Tenggara telah menganjurkan Program Kemasyarakatan Komuniti dan Ceramah Motivasi ‘Holiday Power-Up’ khusus untuk anak-anak yatim bagi menyemarakkan semangat mereka sepanjang musim cuti sekolah.

Program yang berlangsung dari jam 9.00 malam hingga 11.00 malam di Dewan Terbuka rumah kebajikan tersebut menampilkan kehadiran ASP Khairil Azdha Bin Abdul Rahman dan L/Kpl Muhammad Amirul Syukran Bin Abdul Aziz sebagai wakil Polis Diraja Malaysia, yang turut menyampaikan ceramah motivasi kepada para pelajar.

Pihak penganjur diketuai YDP Peyara, Hj Baharuddin Bin Hj Md Sham, bersama Timbalan YDP, Pn Hjh Saadiah Binti Ismail dan Bendahari, Tuan Hamzah Rahman Bin Soriah. Seramai 3 orang guru serta 18 murid rumah kebajikan tersebut terlibat dalam menjayakan program ini.

Ceramah motivasi yang disampaikan memberi penekanan kepada kepentingan mengisi masa cuti dengan aktiviti bermanfaat demi perkembangan sahsiah dan persediaan menghadapi sesi persekolahan akan datang.

Program ini juga membuka ruang kepada perkongsian elemen pencegahan jenayah serta pemupukan hubungan erat antara pihak polis dan komuniti. Menurut penganjur, program berjalan dengan jayanya dan terkawal, selain berjaya mengeratkan silaturahim serta menyuburkan kerjasama antara warga PDRM dan institusi kebajikan setempat.

Kenangan abadi YDH Tuan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi - Supt Hj. Yusof bin Hj Othman  bersama warga Balai Polis Bandar ...
18/11/2025

Kenangan abadi YDH Tuan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi - Supt Hj. Yusof bin Hj Othman bersama warga Balai Polis Bandar Tenggara di Perumahan Polis Taman Kota selepas ujian larian 2.4 kilometer pada 18/11/2025 jam 8.00 pagi sehingga selesai.

Info saman trafik bermula 1 Januari 2026.
23/10/2025

Info saman trafik bermula 1 Januari 2026.

Pemberian diskaun saman kesalahan jalan raya berasaskan program atau kempen khas akan digantikan dengan kaedah pembayaran kompaun "the less you delay, the less you pay", bermula 1 Jan 2026.

Info berguna untuk semua.
14/10/2025

Info berguna untuk semua.

"Food For Thought 💭"

Kebanyakan penipuan dalam talian menggunakan faktor emosi — tamak, takut ketinggalan, simpati atau ingin kaya cepat.

Address

Jalan Tun Ibrahim
Kota Tinggi
81440

Telephone

+6078961122

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Polis Bandar Tenggara,kota Tinggi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share