06/08/2026
📍 KOTA TINGGI, 5 Ogos 2026 –
RELA Daerah Kota Tinggi telah menganjurkan Program RELA Sihat yang berlangsung di Tapak Parkir Titian Laksamana, Kota Tinggi pada jam 5.00 petang.
Program ini dianjurkan bagi membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan anggota RELA, di samping menjadi platform untuk mengeratkan ukhuwah, memupuk semangat berpasukan serta meningkatkan tahap kecergasan fizikal.
Penganjuran program ini selaras dengan aspirasi jabatan dalam melahirkan anggota yang sihat, cergas dan sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada masyarakat serta negara.
Program ini turut disertai oleh 1 xPPRD, 1 PT serta 11 orang anggota RELA yang bersama-sama memeriahkan aktiviti dengan penuh semangat dan komitmen.
Semoga usaha seperti ini dapat diteruskan bagi memastikan warga RELA Daerah Kota Tinggi sentiasa kekal sihat, cergas dan berdaya tahan dalam menjalankan tugas.
💪 Badan Cergas, Ukhwah Erat, RELA Hebat!