01/08/2026
SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YAS Dato' Haji Nordin bin Pauzi, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, atas Pengurniaan Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.) yang membawa gelaran "Dato'".
Pengurniaan ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna terhadap jasa, kepimpinan serta sumbangan cemerlang beliau dalam memperkasakan perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan negara.
Semoga YAS Dato' terus dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta terus cemerlang memimpin JBPM ke arah kecemerlangan yang lebih gemilang.
Ikhlas daripada
YS PKPjB Siti Rohani binti Nadir
Pengarah
serta seluruh warga
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor