15/10/2016
Assalammalaikum Selamat Pagi
Salam 1 APM
Salam Muafakat Johor
Fenomena air pasang besar dijangka akan berlaku bermula 16-21.10.2016 di perairan Pantai Barat Semenanjung.
Sekiranya berlaku hujan lebat ketika air pasang, kawasan rendah akan ditenggelami air dan akan menyebabkankan banjir. Jika keadaan ini terjadi segeralah berpindah dan memaklumkan kepada pihak berkuasa.
Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berhati hati dan mengelakkan dari melakukan aktiviti riadah di persisiran pantai dan sungai.