Friends of Pribumi Bersatu Kota Tinggi

Friends of Pribumi Bersatu Kota Tinggi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Friends of Pribumi Bersatu Kota Tinggi, Political Party, Kota Tinggi.

03/04/2018

MENJEJAKI KEMURNIAN
Mukhriz Mahathir
2 April 2018

1. Umum sedia mengetahui prinsip Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menyandang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun. Kaum keluarga, khususnya anak-anak beliau tidak boleh terlibat dalam politik, pegang sebarang jawatan Kerajaan, mahupun mendapat kontrak Kerajaan.

2. Apabila ditanya mengapa begitu tegas sekali pendiriannya itu, Tun Mahathir menjelaskan bahawa ia adalah untuk mengelak dari berlaku konflik kepentingan antara keluarganya dan Rakyat. Jika sebagai Perdana Menteri beliau terpaksa memilih antara kedua-dua kepentingan itu, sudah tentu beliau akan memilih untuk mengutamakan kepentingan Rakyat. Maka apa akan jadi kepada keluarganya? Untuk mengelak dari situasi itu timbul sama sekali, maka ahli-ahli keluarga ditegah dari terlibat dengan ketiga-tiga perkara tersebut di atas.

3. Begitulah prinsip yang dipegang kuat oleh Tun Mahathir sewaktu menerajui negara.

4. Sudah menjadi sikap manusia (yang mungkin nipis imannya) akan luntur semangat juang jika kaum keluarganya terancam akibat dari perjuangannya itu. Kalaupun seseorang itu bersemangat untuk melawan kebathilan, semangat itu mungkin akan menjadi lemah jika pihak yang dilawannya itu mengugut untuk melakukan sesuatu terhadap anak-anak si-pejuang. Begitulah naluri manusia; jika kepentingan keluarga terancam, yang hak juga boleh dikorban.

5. Dalam konteks zaman sekarang, sudah menjadi pengetahuan umum bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan konco-konco mereka terpalit dengan skandal yang memberi kesan yang teramat buruk kepada negara.

6. Saya dimaklumkan bahawa terdapat beberapa tokoh politik dan pegawai tinggi Kerajaan (yang masih berkhidmat dan juga yang telah bersara) yang sanggup tampil ke hadapan untuk membongkar penyelewengan yang dilakukan oleh pihak Najib. Namun apabila menerima ugutan bahawa kepentingan anak-anak mereka yang mungkin berniaga atau bekerja dengan Kerajaan akan terjejas teruk akibat tindakan menentang Najib, maka mereka pun patah semangat dan membatalkan hasrat itu. Ada yang diugut akan dibatalkan kontrak, dituntut bayaran cukai pendapatan tambahan, dipindah tempat perkhidmatan ke negeri-negeri yang jauh dari keluarga, dan macam-macam lagi.

7. Itulah antara ancaman yang menyebabkan tokoh-tokoh tersebut menarik diri dari barisan hadapan dalam perjuangan bagi menegakkan keadilan. Begitulah sikap manusia yang walaupun memahami kemelut yang negara sedang hadapi, namun tidak sanggup untuk ​ketepikan kepentingan keluarga demi kepentingan negara. Kita doakan agar Allah SWT memberi keberanian kepada mereka untuk menegakkan kebenaran.

8. Namun, bagi Tun Dr Mahathir Mohamad, tiada perkara yang lebih penting dari kesejahteraan negara. Legasinya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, sanjungan di kalangan Rakyat terhadap kejayaannya memimpin negara, malah kedudukan saya sendiri sebagai Menteri Besar Kedah; kesemuanya sanggup dikorbankan semata-mata untuk negara.

9. Walaupun jelas beliau pada awalnya tidak bersetuju dengan beberapa keputusan Najib Razak, dan kemudiannya terus menolak kepimpinan Najib apabila bukti-bukti penyelewengan mulai terdedah, tidak sekalipun beliau beri pertimbangan kepada kepentingan keluarga mengatasi kepentingan negara. Ini termasuk kemungkinan saya kehilangan jawatan sebagai Menteri Besar.

10. Kalau biasanya seorang Ayah akan terkesan juga jika tindak-tanduk dirinya akan menjejas kepentingan kaum keluarga walaupun dia berada di pihak yang benar sekalipun, bagi Tun Mahathir pegangan kepada kebenaran itu mengatasi segalanya. Kalaupun ada sesiapa yang “menasihati” Tun Mahathir untuk menghentikan kritikannya terhadap Najib demi jawatan saya sebagai Meteri Besar, “nasihat” itu langsung tidak diendahkannya.

11. Walaupun begitu, mungkin atas sebab saya sendiri juga dibesarkan dengan prinsip-prinsip hidup yang sama, maka saya langsung tidak terkejut, jauh sekali kecewa dengan pendirian Ayahanda Tun. Malah saya juga mengambil pendirian tidak bimbang akan risiko kehilangan jawatan tertinggi di Negeri Kedah demi kebenaran dan kesejahteraan Rakyat. Maka apabila saya dipaksa melepaskan jawatan Menteri Besar, saya lakukan tanpa ragu-ragu kerana saya juga berpegang kepada hakikat bahawa jawatan di dunia ini hanya sementara. Allah SWT boleh mengangkat kita ke satu darjat yang tinggi, Allah jua boleh menurunkan kita pada bila-bila masa.

12. Rakyat tentunya faham bahawa Najib akan cuba lakukan apajua untuk mempertahankan kedudukannya sebagai Perdana Menteri. Skandal demi skandal yang melibatkannya cuba ditutup dengan habuan bersiri yang ditaburkan kepada Rakyat bagi mengaburi penglihatan mereka. Sepertimana tentunya Tun Mahathir percaya, saya juga sangat percaya bahawa Rakyat tidak akan terpedaya dengan taktik kotor Najib itu.

13. Di sebalik setiap cabaran yang negara terpaksa harungi ketika ini, wujud suatu keyakinan bahawa Rakyat akan membuat keputusan yang murni walaupun ditawar pelbagai habuan oleh Kerajaan Najib. Kepercayaan bahawa Rakyat juga seperti Tun Mahathir berazam untuk menjejaki kemurnian demi negara yang sama-sama kita cintai ini mendorong Tun untuk ketepikan perkara-perkara lain yang boleh mengalih perhatian dari perjuangan murni ini.

14. Setentunya Malaysia mempunyai potensi yang sangat baik untuk menjadi negara yang memberikan kesejahteraan hakiki kepada seluruh warganya. Walaupun Najib sudah menghancurkan segala kemajuan yang telah dicapai oleh negara sebelum kepimpinannya, namun negara masih boleh diselamatkan dari terjerumus kedalam kancah rasuah dan kegagalan. Yang diperlukan ialah suatu kesedaran yang tinggi di kalangan Rakyat bahawa perubahan drastik perlu dilakukan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 yang bakal berlangsung nanti.

15. Hanya dengan memenangkan Pakatan Harapan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Parti Warisan Sabah boleh kita saksikan Malaysia benar-benar mencapai kemurnian yang diidam-idamkan, in shaa Allah.

16. Sempena Pilihanraya Umum yang bakal menjelang, saya mendoakan seluruh Rakyat Malaysia akan berjaya menjejaki kemurnian agar masa depan anak cucu kita kembali terjamin. Kepada seluruh warga pengundi, saya ucapkan selamat melaksanakan tanggungjawab dalam menentukan Malaysia terselamat dari kehancuran sekiranya rasuah dan penyelewengan terus menjadi budaya akibat contoh buruk yang ditunjukkan oleh Najib. Sama-samalah kita berjuang untuk menjejaki kemurnian demi negara tercinta ini.

01/04/2018

Ayah saya orang UMNO,
Emak saya ahli kaum ibu UMNO.
Kedua2 dah tak ada.
Kawan2 dan jiran sekampung ramai ahli UMNO totok.
Belajar hingga ke Universiti pun atas atas dasar2 pendidikan UMNO.
Kampung pun membangun di bawah bantuan UMNO.
Tapi itu cerita dulu. Era Tun Razak, THO, Tun M dan TAB.
8 tahun ke belakang UMNO mendukung dan menjulang Bapa Pelingkup Negara.

Raja adil Raja disembah,
Raja Zalim Raja disanggah.

Masadepan anak cucu kita semakin malap jika wang negara dicuri dan ahli parti komunis masuk mudah tanpa disanggah. Tanah kita pun dah diangkut ke China dan sykt2 China mula bertapak di sini.

DULU UMNO PAYUNG.
LA NI BAGAI PATUNG.
NAJIB TERUS DIAGUNG,
AHLI DICUCUK HIDUNG.

Perlukah terus mendukung si pelingkup negara walaupun bapanya dulu BAPA PEMBANGUNAN MALAYSIA ?

Bukan tak kenang jasa2 UMNO, tetapi jika tak gulingkan NAJIB melalui PRU 14 nasib kita dan anak2 cucu2 kita akan bertambah malang.
Tun M tak disangkal dan TUA, tetapi beliau masih BERBISA.

Umno Tenggara sendiri sudah tak percaya dengan kepimpinan Najib.. mereka pun minta penjelasan tentang 1MDB..duit RM2.6 B...
18/03/2018

Umno Tenggara sendiri sudah tak percaya dengan kepimpinan Najib..
mereka pun minta penjelasan tentang 1MDB..duit RM2.6 B dlm akaun Najib.. mereka sendiri mengatakan UMNO pelingkup FELDA...
mereka ini adalah kepimpinan bahagian dan cawangan UMNO Tenggara...
Adakah orang Tenggara masih mahu percaya orang UMNO lagi...yang merosakkan maruah Negara dan bangsanya sendiri...
Sedarlah perjuangan UMNO bukan lagi untuk memartabatkan bangsa dan negara sebaliknya mereka hanya dipergunakan oleh kepimpinan atasan yang terpalit dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa bagi menutup mata rakyat...supaya tidak nampak kesalahan dan kemungkaran yang dilakukan oleh Pemimpin UMNO...

Oleh itu kami menyeru kepada orang Tenggara dan Kota Tinggi supaya buka mata dan lihatlah dengan jelas... selama mereka ini berkuasa apakah kemajuan dan pembangunan yang kita rasa betul memberi manfaat kepada rakyat...

Sebaliknya setiap projek yang dibangunkan... lebih memberi laba kepada pemberi projek daripada rakyat...jalan diturap berkali...sampai lubang lubang longkang pun tersumbat... muzium Kota... dah bertahun tahun tak siap siap masih dalam renovation...

balai polis lama dah ditukar kepada pusat informasi pelancongan... kalu pergi tanya... mana tempat pelancongan bersejarah kat Kota nie... pun tak tahu...

ini dikatakan mereka hanya pandai membina sahaja...untuk menghabiskan duit bajet sahaja...untuk penuhkan kocek kocek mereka... tapi mengurus untuk memberi manfaat kepada rakyat tak tahu....

sama macam ketua mereka hanya pandai curi duit rakyat je... tak cukup....ditambah p**a dengan GST... dan yang terbaru.. nak cukai lagi peniaga online... Facebook dan Google....

Cukup cukuplah menyokong UMNO nie...kerana pemimpin mereka gagal mengurus negara dengan baik dan beramanah...hanya pandai tambah hutang negara dan membawa masuk orang asing ke negara kita...je... dan menyusahkan rakyat dengan pelbagai cukai....

Mereka ini perlu diberi kesedaran dengan menolak mereka dalam PRU ini... bahawa rakyat lebih berkuasa dalam menentukan kepimpinan negara...yang mampu membina semula Negara dengan beramanah dan bermaruah....




Dijemput Hadir...
24/02/2018

Dijemput Hadir...

24/01/2018

*🔥PILIHANRAYA SEMAKIN DEKAT*

*Panduan memilih di setiap Pilihanraya yang ada ✍🏻*

Referensi dari 3 (tiga) tokoh :

*1. Ali bin Abi Thalib ra*

_“Kezhaliman akan terus ada, bukan karena banyaknya orang-orang jahat, tapi karena diamnya orang-orang baik.”_

*2. Syaikh Yusuf Qardhawi (Ketua Asosiasi Internasional Cendekiawan Muslim)*

Setidaknya ada 3 (tiga) cara dalam mempertimbangkan pilihan:

• Jika semuanya baik, pilihlah yang paling banyak kebaikannya.

• Jika ada yang baik dan ada yang buruk, pilihlah yang baik.

• Jika semuanya buruk, pilihlah yang paling sedikit keburukannya.

*3. Dr. Hamid Fahmy Zarkasyi, MA. M. Phil. (Ketua MIUMI Pusat, putra Pendiri Pesantren Gontor)*

_"Jika anda tidak mau ikut pilihanraya karena kecewa dengan pemerintah & anggota Dewan Pewakilan Rakyat, atau parti politik Islam. Itu hak anda. Tapi ingat jika anda & jutaan yang lain tidak ikut pilihanraya maka jutaan orang fasik, sekuler, liberal, atheis akan ikut pilihanraya untuk berkuasa dan menguasai kita. Niatlah berbuat baik meskipun hasilnya belum tentu sebaik yang engkau inginkan.”_

*Selamat memilih*
*Jangan x mengundi*

26/12/2017

Rancangan Jahat merompak wang rakyat Najib BN sudah dapat dikesan. Cara-caranya:

1-Felda berpakat dengan Sykt Swasta untuk cipta satu masalah dengan pindah milik secara haram tanah felda.

2-Bila dekat PRU14 Najib BN perlukan dana dan buka kes kononnya sykt swasta merompak tanah felda. Kes yang dicipta penyamun BN.

3- Felda berpura-pura menuntut kembali tanahnya dari Sykt swasta.

4- Kes dibuka masuk mahkamah. Hakim dan pendakwaraya menjadi talibarut BN beri kemenangan pada sykt swasta dan felda kena bagi pampasan gantirugi kepada sykt swasta sebanyak rm2 billion. Tanah dip**angkan kepada felda.

5-Duit rm2 billion masuk ke akaun sykt swasta kemudian masuk ke akaun peribadi penyamun Najib BN. Maka berjayalah merompak rm2 billion wang felda untuk dedak BN PRU14.

6-Beberapa orang pegawai felda jadi kambing hitam dijatuhkan hukuman denda dan penjara. Kemudian barua BN datang bayar denda kambing hitam dilepaskan dan dapat harbuan. Taktik lapuk BN ini sudah diketahui rakyat.

27/11/2017

Episod 76: NAJIB TAK YAKIN MENANG, LAPORAN PELBAGAI AGENSI SENDIRI MASIH TAK MEMIHAK KEPADANYA DAN BN.

ADAKAH ORANG2 UMNO TAHU?? Dari tahun lepas hingga lh ke tahun ini Najib dan konconya2 telah melakukan sebanyak 6 kali kaji selidik dan penilaian terhadap sokongan rakyat terhadapnya dan BN? TAHU KAH ANDA, pada 2 kali kaji selidik awal yg di buat pd tahun lepas, kajian mendapati yg BN masih menerima "sebahagian" sokongan rakyat dan pengundi. Najib kembang hidung lah sikit waktu itu. Malang nya 4 kali kajiselidik seterusnya secara berturut2 termasuk yg terbaru telah mendapati sokongan rakyat terhadap najib dan BN telah merudum teruk dan berpihak kpd PAKATAN HARAPAN. Ini lh fakta dan bukannya auta, yang telah di buat oleh ejen2 najib sendiri. Mungkin ada macai2 UMNO di peringkat bawah yg tahu tentang ini. Kemungkinan juga ramai yg tak tahu. Mungkin akan ada yg mempertikaikan kenyataan saya ini. Ye lah, orang Umno mana boleh percaya yg parti keramat mereka semakin lemah dan tidak kuat. Maklumat ini adalah rahsia pd kem najib, ye lah siapa yg nk mendedahkan kelemahan sendiri kan?. Tapi ia tidak menjadi rahsia lg bila ia di dedahkan oleh org najib sendiri. INILAH YANG MERISAUKAN NAJIB. RISAU BERADA DI AMBANG KEKALAHAN..!!!

Jika kita membuat perkiraan matematik mudah brapakah peratusan undi yg akan BN raih kali ini? Jangkaannya mungkin membuat kn najib makin senak perut terkepit2 memikirkan berapakah kerusi Parlimen yg BN akan hilang pada PRU 14 nanti. Ini makin menakutkan najib hingga terbayang2kn dn termimpi2kan Sg. Buloh. Begitu jugalh dgn rosmah, walaupun tidur bantal asing2 tp mimpi mereka mimpi yg sama.

Jika pada PRU13 lepas yg tiada isu besar, UMNO dan BN agak sakit dengan hanya meraih 48% undi pop**ar maka dgn pelbagai isu dan skandal yg najib hadapi kini berapa p**a peratusan undi yg BN akan dapat? Dan yg paling ngeri berapa undi yg UMNO/BN akan hilang? Perlu di ingat juga pada PRU 13 di beberapa tempat baik Parlimen dan DUN banyak kemenangan UMNO adalah dgn kemenangan yg tipis. Adakah dgn kebangkitan dan mood rakyat yg berkobar2 ingin menumbangkan BN sekarang ini mampukah mereka mengekalkan kerusi2 berlenaan?

Mari kita berfikir secara matametik sekali lagi, soalan saya mudah, JIKA LAH PADA PRU 13 LALU PENGUNDI2 YG TELAH MENGUNDI PAKATAN RAKYAT ATAS PERASAAN TIDAK S**A DENGAN UMNO DAN PENTADBIRAN NAJIB, ADAKAH DENGAN SUASANA POLITIK YANG LEBIH TERUK SEKARANG INI MEREKA AKAN BERALIH MENGUNDI BN PADA PRU 14 NANTI? ATAU KEKAL MENGUNDI PEMBANGKANG? Saya tidak ingin memberi jawapannya, kerana dgn terlalu banyak isu dan salah laku najib dan konco2 menterinya yg akan menjejaskan lg undi BN, anda PASTI mendapat jawapannya.

YANG KEDUA, bagaimana p**a dgn undi2 dari ahli2 Umno yg terang2 sudah lari dari Umno kerana bencikan Kerajaan Najib? Adakah mereka2 ini MASIH akan memberi undi kpd BN seperti yg mereka berikan pada PRU yg lalu?
DENGAN MENGAMBIL KIRA PENGUNDI2 INI BERADA DI SEGENAP PELOSOK NEGARA, SECARA WARAS ADAKAH KITA TIDAK BOLEH MENJANGKAKAN KEPUTUSANNYA?

YANG KE TIGA soalan saya, bagaimana p**a dengan undi protes di kalangan ahli Umno sendiri yg selama ini memendam rasa ibarat di telan pahit di buang sayang. Di luah mati mak di telan mati bapak. Mereka2 ini hampir mati dan tidak bergerak dlm apa juga program Umno atas rasa kecewa dn marah terhadap najib tetapi masih di dalam UMNO atas pelbagai faktor dan kesetiaan pd parti UMNO tp bkn kpd najib. Ada atau tidak kemungkinan mereka2 ini akan mengundi pembangkang atas faktor Tun M dn memprotes najib?
Atau pun mereka2 ini tidak akan keluar mengundi lansung, ataupun mereka membuat undi rosak. Bukan kah dgn yg sedemikian akan memberi kelebihan kpd PAKATAN HARAPAN?

Soalan KE EMPAT saya, BAGAIMANA P**A DENGAN UNDI KAUM CINA? BUKANKAH PADA PRU 13 MEREKA TERANG2 TELAH MENOLAK BN. JADI, dengan iklim politik dan ekonomi yg ada seperti sekarang mereka akan beralih mengundi BN? Orang Umno rasanya masih boleh berfikir dan membuat perkiraan sendiri dlm hal ini. Jangan lh tipu diri sendiri. TOLONG FIKIR DAN JAWABLAH SENDIRI DGN JUJUR DAN IKHLAS.!

SOALAN TAMBAHAN SAYA, bagaimana p**a dgn undi kaum India? Walaupun di katakan di sesetengah tempat undi kaum India masih berpihak kpd BN tetapi senario itu pasti akan berubah pada kali ini. Begitu juga di Sabah dan Sarawak. Angin perubahan sedang berlaku di sana khususnya Sabah dan di jangkakan 15 kerusi Parlimen BN akan berpindah kepada pembangkang kali ini. JIKA ANDA SEORANG PERDANA MENTERI ADAKAH SEMUA GAMBARAN INI AKAN MEMBUATKAN ANDA AKAN TIDUR LENA?

NAJIB DAN KONCO2NYA MEMANG TELAH MENJANGKAKAN SEMUA INI. TETAPI SEBAGAI PANGLIMA PERANG YG SEDANG BERUSAHA KERAS MENGERAHKAN ANAK BUAH DAN TENTERA BAWAHANNYA BERPERANG UNTUK DIRINYA MAKA SEBARANG KEGUSARAN MESTI DI SOROK DAN DI SEMBUNYIKAN DARI PENGLIHATAN AHLI UMNO. NAJIB TERPAKSA BERLATIH TERSENYUM DALAM APA KEADAAN PUN. SENYUM DAN BUAT2 SEPERTI TIDAK ADA APA YG BERLAKU. Semua ini sedang menghimpit najib dan konco2 penyamunnya. Sesuatu perlu di lakukan dan mereka memang sedang berusaha keras meningkatkan imej najib sebagai panglima Bugis yg tak takut berperang. Najib harus kelihatan steady, sentiasa tersenyum walaupun hakikatnya najib sangat ketakutan dan hampir kering darah dalam diri

Maka tidak hairanlah sekarang ini najib akan melakukan apa saja tindakan terdesak, untuk nampak dia lh yg baik, untuk nampak dia lh lebih hebat dari Tun M, untuk nampak prihatin, untuk nampak budiman dan sebagainya. Semua sandiwara2 ini akan terus berlaku, di susun dan di atur oleh konco2 dn pelobi2 najib. Contoh terbaru adalah lawatan najib ke atas Anwar Ibrahim di hospital. Adakah anda fikir ianya ikhlas? Atau anda fikir ianya hanya utk keuntungan politik? Najib juga melawat sebuah Hospital yg katanya tidak pernah di lawati oleh Tun. Apa semua ini ? Politik matang? Bagi saya ia sekadar sandiwara yg di cipta oleh konco2 dan penjaga imej Najib. Kononnya najib lh pemimpin berjiwa besar dan politik matang. Skrip seterusnya berlumba2 menteri2 najib memuji najib. di akhbar2, seolah2 dgn lawatan itu terhapuslah segala dosa najib terhadap rakyat dan negara ? Jangan mempersendakan rakyat. Rakyat tidaklah sebodoh itu. SEBAB APA SAYA KATAKAN SEMUA ITU TIDAK IKHLAS DAN SANDIWARA?
Tahukah anda, 2 hari selepas najib melawat Anwar, Rizal Mansor orang kepercayaan najib dan rosmah telah menulis kepada Nurul Izzah yg antara kandungan nya menyoal Nurul Izzah, "siapa kah musuh sebenar keluarga Anwar di antara Tun M dan Najib yg melawat Anwar". Dan Rizal juga membuka persoalan kpd Izzah, "Diantara zaman pemerintahan Tun M dan najib yg manakah lebih baik dan tidak zalim terhadap Anwar". Rizal juga mengungkit dan membandingkan, "zalimnya zaman Tun M hingga menyebabkan mata Anwar lebam, tetapi di zaman pemerintahan Najib, Anwar telah di layan dgn baik dan di lawati oleh PM". Itu lh antara kandungan tulisan Rizal Mansor kpd Nurul Izzah. Jika saya silap Rizal Mansor boleh hubungi saya. Soalan saya, inikah tindakbalas politik yg dikatakan matang dan lawatan ikhlas silatulrahim? Siapa yg berpura2 sebenarnya? Ada udang di sebalik mee rupanya!!

Sandiwara akan terus berlaku selepas ini dan semua ini semata2 untuk meningkatkan imej najib supaya nampak baik, bersih lagi suci.
Dan jangan hairan atau terkejut kalau pada musim tengkujuh nanti pas**an najib akan menyiapkan najib memakai baju SUPERMAN yg di pinjam dari sahabat "baiknya" Trump untuk terbang menjadi penyelamat mangsa2 banjir. Begitulah tahap kemungkinan betapa terdesaknya najib sekarang ini. Tetapi biar apa pun tindakan najib dan konco2nya bersandiwara selepas ini, ia tetap berdosa dan kotor di mata dan hati rakyat selamanya. Dosa najib selama menjadi PM sangat besar dan s**ar di maafkan. Lainlah jika setiap kali najib berbuat baik harga ikan akan turun, sekali buat baik minyak turun tiap2 minggu, sekali p**ak rosmah buat baik, habis segala gula , tepung, bawang , telur turun harga. Namun andainya itu benar2 terjadi saya tetap yakin rakyat masih tak akan memaafkan segala dosa kerosakan dan kemungkaran yg najib dan rosmah dah buat. Jadi, anda2 konco2 najib yg mungkin membaca tulisan saya ini fikir2lah sendiri bagaimana perasaan rakyat terhadap najib dan rosmah sekarang ini.

Pertembungan sebenar PRU 14 kali ini adalah perlawanan "kalah mati" antara pengundi Najib dgn pengundi Tun M, di mana siapa yg kalah akan mati dunia politiknya, manakala yg menang terus hidup masa depannya.

Di belakang Najib ada ahli UMNO yg mungkin dah tinggal 1 atau 2 juta serta komponen BN yg ragu2 undi mereka terutama GERAKAN dan MCA. Manakala di belakang Tun M ada Bersatu serta Pakatan Harapan bersama rakyat yg berjuta2 yg kebanyakannya mojoriti senyap yg telah bersedia memberi undi kpd PAKATAN HARAPAN.

Di bahu Najib dn konco2nya terpikul isu2 seperti 1MDB, Jho Low, Riza, Rosmah, GST, FELDA, MARA, PROTON, pelaburan China, kedudukan ekonomi, kos sara hidup, minyak dn pelbagai isu beban yg lain. Ini yg membezakan antara PRU13 dn 14.
Di bahu Tun M p**a beliau sedang kelihatan tk trbeban utk menjawab isu2 lama semasa kepimpinannya dahulu seperti forex, ISA, kronisme, nepotisme, kekayaan anak2nya, selain berkaitan kepentingan Melayu, kedudukan DAP dn pelbagai lagi. Realitinya Tun M sedia menjawab semua itu dan penyokong pun dah tak kisah dgn semua itu dan yg lebih penting lg rakyat memihak kepada Tun M. Tun M agak selesa menanganinya. Berbanding kedua2 isu tersebut jelas sekali najib lh yg nmpk lebih tertekan dan tidak tentu arah menepis dan bersilat sehingga kan di Parlimen pun najib turut ketakutan. Lain yg di soal lain yg di jawab. Di mana lah kebijaksanaan najib yg di katakan bijak oleh orang Umno. Patut lh, masa belajar pun dapat ijazah tipu, bekerja pun asyik dgn tipu dan menyamun. Mak bapak kita pun ada pesan, lembut dan halus lagi..." siakap senohong, gelama ikan duri, selalu cakap bohong dah sah2 dia pencuri."

Walapun Tun Mahathir dan Pakatan Harapan mahu menang dalam pilihanraya akan datang, khususnya dgn tujuan utk mnyelamatkan negara drpd pelbagai kebobrokan yg sdng melanda, Tun M sebaliknya tidaklah takut kpd kekalahan.

Menang atau kalah Pakatan Harapan, Tun M masih akan tetap mcm biasa saja. Beliau tetap bekas PM dan negarawan terulung negara. Padamkan lah, luputkanlah dari pandangan mata apa juga legasi Tun M, rakyat tetap ingat dan dunia tetap mengiktiraf sumbangan Tun M terhadap Malaysia dan dunia.

Berbeza dengan Najib, beliau bukan saja sngt mahu menang, tetapi amat takut kepada kekalahan. Kerana najib sedar,
sebaik kalah dan hilang kuasa, Najib dan segala rangkaian konco2nya yg ada kaitan dgn nya pasti akan berdepan dgn proses tangkapan, perbicaraan dan mungkin penjara sebagai tempat kediaman mereka. Menyeramkan tak?

Tun M dan Pakatan Harapan sudah berkali2 mnjanjikan, dlm 100 hari mereka berkuasa, antara perkara yg menjadi keutamaan ialah menangkap MO1 dan mereka2 yg bersetongkol dgn nya termasuk lh menteri2 bonekanya. JADI INGAT, JIKA ANDA GERAM DAN MARAH DGN KERAJAAN HARI INI DAN INGIN SANGAT MELIHAT PEMBALASAN YG SETIMPAL ATAS KEROSAKAN YG TELAH MEREKA LAKUKAN...MAKA SAYA SYORKAN ANDA UNDI LAH PAKATAN HAPAPAN.

Perkara2 yg saya sebutkan di atas memang dgn sendirinya menimbulkan keghairahan kpd rakyat utk memberi kemenangan kpd PH, selain kerana tidak sabar utk menikmati kehidupan baru tanpa GST, tanpa tol, tidak tiap2 minggu dibebankan dengan kenaikan petrol dan macam2 pembaharuan lagi tp jgn lalai, berilah undi kpd PH.

Sebaliknya, jika BN kekal berkuasa, kebosanan sudah boleh dibayangkan. Kerosakan pasti berterusan ibarat tikus membaiki labu, di samping muka Najib dn Rosmah yg mungkin lebih kerap muncul di TV dan tiada isu untuk memenjarakan Tun M, kadar GST, tol dan harga bawang pun pasti akan meningkat lagi harganya. Jadi apa pilihan yg rakyat nak? Najib atau Tun M?

Oleh kerana pertembungan itulah, maka usaha membunuh karektor Tun M dn parti Bersatu tidak akan habis2 dan satu demi satu dilakukan sehingga skrng.

Semakin Tun M dan Bersatu diserang, baik berkaitan isu lama atau isu baru yang sekadar dicipta utk didongengkan, tidak kira sama ada oleh pemimpin UMNO atau bekas sampah-sarap dalam BERSATU yang sedang syok membaham dedak yg di tabur oleh Umno, semuanya adalah gambaran bahawa Najib, UMNO dan BN masih tiada keyakinan untuk menang dan semakin menghampiri detik kekalahan.

Meskipun ramai yang s**a dan menaruh harapan kpd Tun M dan Pakatan, yg lebih nyata ialah semakin ramai yg meluat, benci dan menyampah kepada Najib.

Kecuali ahli UMNO, itu pun bukan semuanya, susah benar untuk kita mendengar dan melihat ada rakyat biasa yg jatuh s**a kepada Najib dan Rosmah skrng ini.

Najib bukan tidak sedar hakikat ini. Najib juga sedar ada maklumat syok sendiri drpd org2 UMNO di Bahagian2 yg mengatakan sokongan rakyat kpd Najib masih kuat dan ini tidak lah mnggembirakan najib kerana ianya hanyalah laporan pemakan dedak malas dan tangkap muat utk penyedap hati sahaja yg tidak memberi jaminan ke arah kemenangan najib. Najib lebih memandang dn percaya terhadap 6 kajian yg di lakukan oleh agensi yg najib arahkan. Dikatakan, di sebalik kerap menampakkan wajah selalu senyum dan seolah-olah yakin, Najib sebenarnya masih belum dan tk akan menemui tarikh sesuai untuk dia mengadakan pilihanraya. Dengan laporan-laporan yang masih kelabu, drpd agensi2 yg di tugaskan, najib rasanya akan buntu dan terpaksa menarik masa hingga ke tempoh terakhir utk mngadakan PRU.

Dengan undi bukan Melayu secara nyatanya tidak berubah dan kekal berpihak kepada DAP, manakala Melayu urban p**a lebih condong kepada PKR, Tun M dan Bersatu adalah wadah, naungan serta harapan baru bagi Melayu kampung dan luar bandar yang sudah putus harapan kepada UMNO untuk beralih arah. Ingat, undi cina tk akan berganjak walaupun najib telah menghulurkan 3 juta kpd hospital mereka. Sejarah PRU13 telah membuktikan pkra ini. Najib begitu bersemangat memberi itu dan ini, berjuta2 nilainya, bergema dewan dgn sorokan orang cina dan najib pun senyum bangga kononnya undi cina akan berpihak kpd BN. Tiba PRU 13 najib terlopong, bak kata orang Penang, BALIK P**AU BAYAN LEPAS, SANA TEPELAU SINI TERLEPAS. PRU 14 akan mengulangi perkara yg sama malah lebih teruk lagi in sya Allah.

Sebab itu, selagi semua laporan pelbagai agensi itu masih kelabu, serangan yg semakin aktif akan terus dihalakan kepada Tun M dan Bersatu.

Tun M tidak saja ancaman dan mimpi ngeri buat Najib, malah sudah menguasai seluruh ketakutan yang ada dalam diri Najib. Di ketika ini tidak mustahil ada di antara konco2 najib dan pemakan2 dedak tegar Umno yg berdoa agar Tun M cepat mati. Tak tahu lh samada najib dan rosmah pun berdoa begitu. Hanya Allah yg Maha Mengetahui.

Jadi apa daya dan usaha najib lg untuk menghalang kebangkitan rakyat yg semakin hari semakin menolak kerajaan pimpinannya? Sudah jelas sokongan tidak lg memihak kpd nya.

Cakap2 dari pokok yg di tiup angin lalu bergoyang....kata pokok.."Najib akan menggunakan MAGERAN" sebagai nyawa terakhir nya supaya tidak mengadakan PRU atau menangguhkan PRU. Najib akan mencari sebab dan alasan walau sekecil batu utk melaksanakannya jika itulh penyelamat nyawa politiknya. Ini lh cakap2 pokok yg di bawa angin lalu yg sedang bertiup.
Jadi, jika ini mungkin menjadi Plen B, C, D atau E najib maka kita di PAKATAN HARAPAN dan rakyat yg menentang kerajaan penyamun ini harus berwaspada dan berjaga2. JANGAN SESEKALI MENCETUSKAN SEBARANG PROVOKASI MENENTANG YG BERLEBIHAN. JANGAN MERUSUH, JANGAN LAKU KAN KEKACAUAN. Kita biarkan saja pihak najib melakukan apa saja bentuk sekatan dan ugutan yg mungkin membuatkan kita marah. Kita jangan marah dan kita jangan melatah. Biar mereka haramkan BERSATU, BIAR MEREKA TIDAK LULUSKAN LOGO HARAPAN, tetapi mereka tentunya tidak boleh mengharamkan kita dari mengundi. Kita masih lg boleh mengundi di bawah satu logo iaitu logo KEADILAN. Kita biarkan saja masa berjalan sehinggalah najib tidak punya lg alasan samada utk menangguhkan lg PRU atau melaksanakan MAGERAN. Kita tunggu dgn sabar..!!!

KITA TENGOK. NAJIB KE YANG PANDAI ATAU KITA RAKYAT KE YANG BIJAK...!!

Ingat sekali lagi saya nk ulang pesan kpd pejuang2 BERSATU dan HARAPAN, jgn cepat melatah walaupun kita marah. BIAR KAN WALAU APAPUN MEREKA NAK HARAMKAN. YG PENTING MEREKA TAK BOLEH NAK HARAMKAN KITA MENGUNDI. MASA TU KITA AJAR MEREKA...!!!

Lagi satu harus di ingat dan waspada, jgn sesekali mencetuskan kekecohan di mana2 perhimpunan. Kejadian2 seperti yg tercetus di Nothing To Hide 2 sedang di nantikan selepas ini. Mereka hanya menunggu pihak pembangkang mencetuskan sedikit kehangatan, tp waspada orang2 mereka yg ada di sekeliling kita yg berpura2 menyokong kita dan memakai baju kita akan mencetuskan huru hara. Waktu itu kita jangan terkejut jika tiba2 pihak polis membuat sidang media khas yg memaklumkan bahawa pihak mereka telah menjumpai sejumlah bom di sekian tempat, menjumpai sejumlah besar senjata api di sekian tempat dan menjumpai sejumlah pedang dan parang di sekian tempat dan lain2 kemungkinan hingga di umumkan DARURAT. Awas, ini semua boleh berlaku.!! Lalu mereka akan umum kan negara dalam ancaman dan bahaya, lalu MAGERAN pun akan di laksana.

Ingat, walaupun semua di atas adalah andaian saya semata2, tetapi tidak mustahil ia akan terjadi bila penyamun sudah terdesak. Ingat juga lg, permainan kotor pasti akan terjadi bila nyawa sudah mengeletar di hujung kerongkong.

Kpd sahabat2 seperjuangan dan sahabat fb saya yg menyokong PH, tolong hebahkan dan panjang2kan kenyataan saya ini. Kongsi dan viralkan di seluruh negara agar ramai yg boleh membaca dan memahami keadaan sebenar politik negara hari ini. Harapan saya kita semua kekal tekad dan nekad menumbangkan BN pada PRU14 nanti.

Ingat dan percayalah bahawa perjuangan kita ini adalah jihad kerana Allah demi menyelamatkan maruah agama, bangsa dan negara. Tidak ada dalam mana2 kitab dan mana2 agama yg membenarkan kita mempertahankan pemimpin mungkar, yg menipu, merompak, zalim dan pendosa. TETAPI DI DALAM UMNO BOLEH. DAN KITA TENTU HAIRAN AJARAN AGAMA ISLAM DARI MAHZAB MANA YG MEREKA GUNA? Kita jangan menjadi dayus seperti mereka, tetapi kita bangkit menjatuhkan fahaman sesat mereka melalui pilihanraya.

TERIMA KASIH.

SEKOR NI WAJIB KITA KORBANKAN.

Sambutan Hari Raya bersama Tun Dr Mahathir di Kota Tinggi anjuran Bersama Pakatan HARAPAN Daerah Kota Tinggi Dan ANAK.Ti...
18/07/2017

Sambutan Hari Raya bersama Tun Dr Mahathir di Kota Tinggi anjuran Bersama Pakatan HARAPAN Daerah Kota Tinggi Dan ANAK.
Tiada Lagi Kubu untuk Umno...Daerah Kota Tinggi...sudah dilanda gelombang merah...
Perubahan akan melanda membawa HARAPAN rakyat untuk hidup lebih sejahtera...
Terima Kasih kepada semua yang terlibat S
Semoga segala usaha kita akan dibalas dengan kemenangan DLM PRU ke 14 nanti...
Aaminn....



Address

Kota Tinggi
81###

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Friends of Pribumi Bersatu Kota Tinggi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share