12/08/2026
πππππππππππ ππππππππ ππππ πππππ πππππππ ππππππ, ππππππππ ππππππ πππππ ππππ ππππππ ππππ ππππππ
11 OGOS 2026 | SELASA
Pentadbiran Pejabat Daerah Kota Tinggi menjunjung kasih ke atas Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor kepada penduduk Daerah Kota Tinggi. Kurniaan ini merupakan inisiatif untuk membantu golongan yang memerlukan terdiri daripada masyarakat fakir dan miskin, golongan warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) serta mereka yang memerlukan bantuan.
Yang Berusaha Encik Mohamad Zainul Ariffin bin Azhar, Penolong Pegawai Daerah Kota Tinggi wakil rasmi Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor bagi bulan Julai tahun 2026 kepada beberapa keluarga di Mukim Ulu Sungai Sedili Besar pada 11 Ogos 2026. Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini ialah Penghulu Mukim, wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kota Tinggi, Ketua Kampung, Pengurus Felcra Berhad Sg. Ara, Pengurus Ladang UM dan Pengerusi KOPEMA Berhad.
Penerima juga menerima bungkusan berupa barangan harian daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor Daerah Kota Tinggi. Semoga Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dapat memudahkan urusan dan meringankan beban penerima. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang membantu dalam menjayakan penyerahan ini.
ππππππππππ πππππ πππππ
πππππ πππππππππππ ππππππ