Pejabat Felda Air Tawar 3

Pejabat Felda Air Tawar 3 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Felda Air Tawar 3, Government Organization, Kota Tinggi.

25/03/2026

JOHOR MENUJU NEGERI MAJU 2030

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada
Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor atas kepimpinan, komitmen dan usaha berterusan dalam memacu pembangunan negeri Johor ke arah Negeri Maju menjelang 2030.

Di bawah kepimpinan beliau, pelbagai inisiatif pemerkasaan warga FELDA turut dilaksanakan bagi memacu kecemerlangan dan pembangunan secara holistik di sektor sosial dan ekonomi khususnya selari dengan kemajuan yang dicapai oleh Kerajaan Negeri.

Pengarah Wilayah, warga pengurusan dan kepimpinan Peneroka mengucapkan tahniah atas kepimpinan YAB dan mendoakan semoga Kerajaan Negeri terus memacu kecemerlangan dan mencapai kejayaan di bawah kepimpinan YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi serta beroleh keberkatan dari Allah SWT.




Pergi ke pekan membeli selasih,Singgah sebentar membeli peria;Syawal menjelma penuh kasih,Maaf dipohon, Syawal berbahagi...
25/03/2026

Pergi ke pekan membeli selasih,
Singgah sebentar membeli peria;
Syawal menjelma penuh kasih,
Maaf dipohon, Syawal berbahagia.

Raya pertama cantik berseri,
Berbaju kurung bagai puteri;
Duit Raya jangan lupa diberi,
Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Kian berlabuh tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal kian dinanti;
Luhur hati ikhlas kemaafan,
Semoga kesalahan dimaafi.

Lama tak jumpa di alam nyata,
Hanya berbual dalam maya;
Moga Syawal beri cahaya,
Ukhwah kita terus terjaga.

Padi huma di tengah bendang,
Subur tumbuh di bumi Kedah;
Ramadan berlalu Syawal bertandang,
Kemaafan dipohon, silaturahim indah.

Pengurusan Felda Air Tawar 3 mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin!

25/03/2026
7 Mac 2026 (sabtu) |  17 Ramadhan 1447HMajlis Berbuka Puasa bersama YAB Menteri Besar Johor, Dato Onn Hafiz Ghazi
25/03/2026

7 Mac 2026 (sabtu) | 17 Ramadhan 1447H
Majlis Berbuka Puasa bersama YAB Menteri Besar Johor, Dato Onn Hafiz Ghazi



Khamis12 Mac 2026 I 22 Ramadan 1447 Majlis Penyerahan Bantuan Kasih  Johor Fasa 3 melibatkan kawasan DUN Johor Lama kepa...
25/03/2026

Khamis
12 Mac 2026 I 22 Ramadan 1447

Majlis Penyerahan Bantuan Kasih Johor Fasa 3 melibatkan kawasan DUN Johor Lama kepada Ketua Blok Rancaangan FELDA. Antara Rancangan terlibat FELDA Air Tawar 2, Air Tawar 3, Pasak, Lok Heng Selatan, Lok Heng Timur & Lok Heng Barat. Penyerahan BKJ ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Cik Norliza Noh, ADUN Johor Lama bertempat di Dewan Muafakat, Taman Pasak Indah. Majlis berbuka puasa bersama kepimpinan rancangan Dun Johor Lama turut diadakan pada hari tersebut.

Setinggi penghargaan kepada YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dan Kerajaan Negeri Johor.

Onn Hafiz Ghazi
Zahari Sarip.
Norliza Noh




20/03/2026

Ucapan Raya dari YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor untuk warga Felda

3 Februari 2026 (Selasa) 2.30 petangPenilaian Separuh Akhir AKRF Felda Wilayah Johor BahruAlhamdulillah rancangan Felda ...
10/02/2026

3 Februari 2026 (Selasa)
2.30 petang

Penilaian Separuh Akhir AKRF Felda Wilayah Johor Bahru

Alhamdulillah rancangan Felda Air Tawar 3 telah di pilih mewakili Zon Sepakat A Felda Wilayah Johor Bahru bagi Lawatan Penilaian AKRF 2026. Tujuan Lawatan Penilaian ini di adakan bagi menentukan rancangan yang terpilih ke peringkat yang seterusnya.
Terima kasih atas kerjasama dan sokongan semua warga rancangan yang bertungkus lumus dalam memastikan lawatan penilaian berjalan dengaan lancar. Jutaan Terima kasih diucapkan kepada Panel Penilai yang hadir. Terima Kasih atas segala teguran dan cadangan penambahbaikan yang diberi kan oleh pihak juri. Semoga segala cadangan pihak juri dapat membantu pihak rancangan dalam apa juga penambahbaikan di rancangan Felda Air Tawar 3.

Antara Checkpoint yang di lawati adalah
1. Fertigasi Sayur Sejati Madani JKKR (Edible Garden)
2. JNZ Homestay, Blok 12 (Kualiti Komuniti : Pelancongan & Usahawan)
3.Rumah Contoh (Pn Rokiah Ibrahim blok 12) (keceriaan)
4. Kilang Perusahaan Kuih Tradisional Nana Kamal (usahawan)
5. Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) : Edible Garden
6. Chinta Herbs Garden & Nursery (Agropelancongan & Usahawan)
7. Masjid Al- Huda (Kerohanian)

15 DISEMBER 2025 (Isnin) Berlangsung Majlis Penyampaian Inisiatif Bantuan Kasih Johor peringkat DUN Johor Lama kepada Ke...
17/12/2025

15 DISEMBER 2025 (Isnin)

Berlangsung Majlis Penyampaian Inisiatif Bantuan Kasih Johor peringkat DUN Johor Lama kepada Ketua-Ketua Blok FELDA bertempat di Dewan Muafakat, Taman Pasak Indah. Majlis disempurnakan oleh Yang Berhormat Cik Norliza Noh, ADUN Johor Lama.

BKJ merupakan inisiatif prihatin Kerajaan Negeri Johor terhadap Bangsa Johor khususnya Warga FELDA di negeri Johor yang diumumkan oleh YAB Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi dalam Belanjawan Johor 2026.

Pengurusan FELDA Air Tawar 3 mengucapkan setinggi penghargaan kepada YAB Menteri Besar Johor serta Kerajaan Negeri Johor.

“Bangsa Johor Sejahtera”






2 November 2025 (Ahad) Dewan Serbaguna Felda Air Tawar 3Alhamdulillah telah  selesai  Majlis Undian Lot Generasi Rancang...
02/11/2025

2 November 2025 (Ahad)
Dewan Serbaguna Felda Air Tawar 3

Alhamdulillah telah selesai Majlis Undian Lot Generasi Rancangan Felda Air Tawar 3.
Majlis undian ini dihadiri oleh Pegawai dari Pejabat Tanah Daerah Kota Tinggi. Sebanyak 170 lot PGBF bagi calon yang layak bagi Fasa ke 2. Tahniah kepada semua yang layak dan terima kasih pada semua yang hadir.

Lensa Kamera Sepanjang AKRF AT3
19/10/2025

Lensa Kamera Sepanjang AKRF AT3

16 Oktober 2025 (Khamis) Alhamdulillah selesai Lawatan  Penilaian Anugerah Kecemerlangan Rancangan FELDA Peringkat FELDA...
19/10/2025

16 Oktober 2025 (Khamis)

Alhamdulillah selesai Lawatan Penilaian Anugerah Kecemerlangan Rancangan FELDA Peringkat FELDA Wilayah JOHOR BAHRU di rancangan Felda Air Tawar 3. Jutaan terima kasih kepada barisan juri yang hadir dan semua kepimpinan rancangan & semua warga Felda Air Tawar 3 yang bertungkus lumus dalam persediaan menghadapi lawatan penilaian di rancangan Air Tawar 3.

Antara Lokasi lawatan penilaian adalah
1) Wisma JKKR - Komponen Kualiti Komuniti sesi interview bersama pengerusi badan JKKR, GPW, MBFM & KAF

2) Masjid Al- Huda - Komponen Kerohanian

3) Fertigasi Sayur Projek Sejati Madani JKKR Edible Garden

4)Rumah Contoh Blok 21 (Rumah Pn Supiah)- Keceriaan & EG rumah peneroka

5) Kilang Perusahaan Kuih Tradisional Nana Kamal - Usahawan

6) Kebun Sayur Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) - Edible Garden

7) Cinta Garden Herbs & Nursery - Pelancongan & Usahawan Chinta Herbs Garden & Nursery Chinta Rindu Bonfire Campsite

Semoga Felda Air Tawar 3 beroleh peningkatan dalam ranking Wilayah Johor Bahru dan penilaian yang diadakan dapat membantu penambahbaikan dalam rancangan. inshaAllah.. amin

Address

Kota Tinggi

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30

Telephone

+6078931885

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Felda Air Tawar 3 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Felda Air Tawar 3:

Shortcuts

Share