PPBM P156

PPBM P156 Kembalikan hak rakyat dan bersama kita bersatu membina negara bangsa,
Malaysia ini untuk generasi kita,
Bersatu kita teguh,bangsa, kuat negara,BERSATU KITA

30/08/2022

BENAR TIDAK BENAR & TIDAK BENAR YANG BENAR

1. Satu lagi kejayaan Najib menukar budaya dan nilai hidup Melayu ialah berkenaan menolak bukti yang jelas dan menerima kenyataan yang tidak berasas.

2. Selama empat tahun Najib dibicara di mahkamah tinggi (high court), appeal court dan Federal Court, berasas dokumentasi dan cek yang didedah berkenaan duit SRC (anak syarikat 1MDB) yang dimasukkan ke dalam akaun Najib dalam Ambank dan dibelanja olehnya kononnya tidak benar. Dia tidak tahu akan adanya duit ini. Dia belanja duit tanpa mengetahui adanya duit ini.

3. Jika ada duit ini, ia adalah sumbangan dari Raja Arab. Apa bukti? Tidak perlu.

4. Percaya sahajalah dakwaan Najib. Bukti tidak perlu. Bukti adalah penipuan. Tanya AG. Najib tidak salah.

5. Yang benar ialah Mahathir memiliki duit berbillion. Duit ini ada di Switzerland dan Taiwan. Apa bukti? Bukti tidak perlu. Najib tahu. Percayalah sahaja.

6. Yang benar ialah semua anak Mahathir menjadi billionaire semasa Mahathir jadi Perdana Menteri. Apa bukti. Tidak ada. Tetapi Najib tahu.

7. Ada surat dari Mahathir kepada Kementerian Kewangan. Mana dia surat ini. Ada pada Najib. Tunjuk. Tunggu. Akan ditunjuk. Percaya sahajalah. Bukti tidak perlu.

8. Selama empat tahun Najib dibicara. Puluhan saksi memberi maklumat akan kesalahan Najib. Dokumen dan bukti lain dipamer. Hakim menulis 800 muka surat berkenaan yang didedah oleh saksi, bukti, hasil siasatan. Bagi Najib semua yang dicatit oleh hakim tidak benar. Hakim ada conflict of interest. Hakimnya berat sebelah.

9. Yang benar ialah penafian oleh Najib, oleh anaknya dan peguam upahannya. Sembilan orang hakim, tiga mahkamah, bicara empat tahun, semua tidak betul, fitnah.

10. Apa dia yang betul. Dakwaan oleh Najib dan peguam upahannya. Ini yang betul. Bukti, saksi, dokumentasi tidak perlu, semua tidak betul.

11. Ini ialah satu kejayaan Najib. Menjadi yang benar tidak benar dan yang tidak benar diterima sebagai benar.

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
30 OGOS 2022

https://www.facebook.com/285441958608631/posts/1290527498100067/
19/03/2022

https://www.facebook.com/285441958608631/posts/1290527498100067/

Projek Maharani Energy Gateway bakal rancakkan kembali ekonomi negeri Johor

Ramai yang salah faham dan menganggap Projek Maharani Energy Gateway tidak memberi apa- apa manfaat kepada rakyat Johor mahupun negeri Johor amnya.

Perlu kita faham sebelum sesuatu projek dilakukan tentunya akan mengadakan perbincangan yang holistik dengan pelbagai pihak berkepentingan sebelum meneruskan projek ini. Yang pasti, pertimbangan projek ini tentunya akan dibuat mengikut proses yang sepatutnya.

Termasuklah mengambil kira laporan penilaian kesan alam sekitar (EIA) bagi projek Maharani Energy Gateway ini. Jadi tidak ada perkara yang perlu dibimbangkan apabila projek ini dijalankan kelak.

Untuk pengetahuan semua projek Maharani Energy Gateway ini bertujuan mewujudkan hab tenaga dan pelabuhan laut dalam. Ini adalah salah satu usaha kerajaan negeri untuk merangsang kembali ekonomi negari Johor selepas pandemik COVID-19.

Sewajarnya kita perlu lihat dari sudut yang lebih luas terutamanya impak positif projek ini kepada penduduk setempat dan seterusnya kepada negeri Johor.

Kewujudan projek berimpak tinggi ini mampu memenuhi tuntutan semasa seterusnya meningkatkan daya saing industri minyak dan gas di negara ini. Lebih utama lagi, projek ini bakal menarik pelaburan baharu dan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi menerusi pelbagai sektor ekonomi.

Situasi ini akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan yang baharu kepada rakyat khususnya penduduk setempat dan generasi muda. Pekerjaan yang lebih baik akan memberi pendapatan yang setimpal. Secara tidak langsung mampu memenuhi aspirasi rakyat dalam mengembangkan potensi mereka.

Justeru amat sesuai projek Maharani Energy Gateway ini dilaksanakan di Muar, Johor dalam memantapkan lagi ekonomi di daerah berkenaan seterusnya negeri Johor. Tidak mustahil pada masa depan projek ini mampu menjadi aset penting negeri dalam memperkukuhkan ekonomi negeri ini.

Sekian.

27/02/2022

Alhamdulillah kesemua 42 calon Pejuang diterima kertas pencalonan.

Selamat berkempen. Semoga kemenangan milik Pejuang TanahAir Malaysia.


02/11/2021
14/10/2021

PULAU BATU PUTIH - Liyana Marzuki

1. Baru ni keluar kenyataan PM, dia set up satu Task Force. Tujuannya nak check balik kes Pulau Batu Putih yang Malaysia kalah dengan Singapura. Isunya, kenapa semakan kes tak dibuat oleh Kerajaan PH pada tahun 2018? Bagi mereka yang tertinggal keretapi, saya cuba ulas kes ni, supaya tak ramai yang spin untuk kepentingan politik.

2. Kisahnya bermula pada tahun 1979, bila Malaysia keluarkan peta rasmi sempadan laut negara. Singapura tak puas hati dan bantah tindakan tersebut. Katanya Pulau Batu Putih dia yang punya. Mulalah pertelingkahan antara negara. Nego punya nego, ketemu jalan buntu. Makanya, pada tahun 2003 dua2 negara setuju nak rujuk kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

3. Syarat ICJ senang, bila negara nak rujuk kes, segala keputusan kes oleh ICJ akan jadi “final dan binding” atau “muktamad dan mengikat”. So, tiada istilah “rayuan” untuk kes yang diputuskan oleh ICJ. Kalau nak kes naik ke ICJ, dua-dua pihak kena berlapang dada untuk terima keputusan.

4. Makanya, kes pun berjalan sehingga tahun 2008. Dalam 5 tahun tu, dua2 pihak bentang segala hujah dan dokumen. Alih2 pada 23 Mac 2008, ICJ putuskan Singapura menang. Sebab keputusan memang dah muktamad, Malaysia diberi 10 tahun dari tarikh keputusan untuk buat semakan. Dengan syarat ada bukti lain yang dikemukakan dan semakan tidak boleh mengungkit dan menyanggah keputusan yang telah dibuat.

5. Keputusan ICJ ni simple nak paham. Dia kata Singapura menang kerana—

(i) Ada surat pada tahun 1953 oleh “Acting State Secretary of Johor” yang kata Kerajaan Negeri Johor tidak menuntut hak ke atas Pulau Batu Putih; dan
(ii) Tindakan Kerajaan Singapura yang menjaga p**au tersebut selama 130 tahun termasuk dengan mendirikan rumah api di situ.

6. Makanya selama 9 tahun, Malaysia rilex je terima keputusan ICJ. Alih2, pada February 2017, masa tempoh semakan nak hampir tamat (patut tamat Mei 2018), kita masukkan permohonan semakan. Sebabnya kita jumpa 3 dokumen baru yang boleh kuatkan kes.

7. Singapore bantah permohonan semakan ini. Katanya Malaysia cuai, sebab dokumen2 ini memang tersedia di UK National Archives dan UK Foreign and Commonwealth Office. Kenapa masa kes mula2 dibicara di ICJ pada tahun 2003-2008 ia tidak dikemukakan?

8. Seperkara lagi Singapura kata, permohonan ini bukan berbentuk semakan tetapi rayuan. Sebab tiada hujah baru yang dikemukakan. Negara kita membantah, katanya dokumen2 ini penting bagi tentukan hak negara. ICJ patut teruskan bicara kes.

9. Namun, sebulan sebelum bicara nak diteruskan, Kerajaan PH di bawah pimpinan Tun M tarik balik semakan. Alasannya, kes tidak kuat untuk diteruskan dan disebabkan kekangan kos. Malaysia kurang duit nak menanggung. Makanya, kes tersebut dikeluarkan dari senarai kes ICJ dan ia tidak boleh lagi disangkal. Singapore menang dan Pulau Batu Putih jadi hak mereka, selamanya.

10. Fast forward 2021, sekarang kita nak buat Task Force nak semak balik kes ni. Pada saya dah jadi moot (takde faedah) kerana (1) kita dah terlepas keretapi nak menang kes, it is water under the bridge. 2) banyaknya isu salah menyalah BN vs PH and it’s over politicised tanpa bawa manfaat pada Rakyat.

11. Kalau betul pun nak kaji balik, mungkin bolehlah untuk jadi rujukan kes antarabangsa lain yang Malaysia ada overlapping claim. Bukannya nak pointing fingers for political mileage. Benda yang perlu ditanya:

a. Berapa kos keseluruhan kes bicara dan semakan kes ini termasuk bayaran kepada peguam antarabangsa, ini terpakai bawah zaman bawah BN (Najib) dan PH (Tun M);
b. Kenapa 3 dokumen ketika proses semakan tidak dikemukakan pada peringkat awal bicara?
c. Kenapa zaman BN ambil masa 9 tahun untuk buat semakan?
d. Kenapa zaman PH senang2 tarik balik semakan? Kalau kes tak kuat atas alasan apa?

12. Satu lagi yang saya tak berapa berkenan, AG yang putuskan semakan kes pada tahun 2017 dulu ialah Tan Sri Apandi Ali. La ni, dia jugak yang jadi Pengerusi Task Force. Bukankah ada conflict of interest di situ? Dia pengerusikan benda yang dia ada kepentingan. Kalau betul2 nak telus untuk Rakyat dan negara, lantik la orang lain yang tiada kena mengena. Barulah orang boleh percaya.

13. Kalau macam ni punya Task Force, we know the answer already. Ni semua tanda PRU nak dekat. Geng UMNO nak tunjuk champion bela negara lawan Singapura. Ni modal berabad lama yang Rakyat dah muak.

14. Kalau betul nak championkan Rakyat, ini bukan isu yang perlu diangkat. Apa kepentingan tanah sekangkang kera. Yang hanya ada rumah api dan batu-buatan. Bolehkah dibuat makan? Lagi afdal dilihat, kes perjanjian air Malaysia-Singapura.

15. Dalam Perjanjian ini Malaysia memberi hak kepada Singapura untuk mengeluarkan 250 juta gelen sehari air mentah dari Sungai Johor pada kadar TIGA SEN bagi setiap 1,000 gelen. Johor kemudiannya membeli semula air terawat daripada republik itu pada kadar LIMA PULUH sen. Ini bukan bayar pakai Singapore Dollar ya, pakai Ringgit Malaysia! Tak ke bahana?

16. Perjanjian ni dari tahun 1962 sampai tahun 2061 tuan puan. Tengoklah betapa teruknya Malaysia mendapat. Maka, masa zaman BN Najib tiada usaha yang jitu dibuat nak naikkan harga bekalan air ke Singapura. Tu sebab Singapore s**a dia. Zaman PH bawah Tun kita nampak dia gung-ho nak ajar Singapura. Tahun 2019 dah start berunding kembali. Namun dengan adanya Langkah Sheraton, the rest is history.

17. Pada saya antara kes Pulau Batu Putih dan Kes Perjanjian Air Malaysia-Singapura, the latter yang banyak ada kepentingan Rakyat dan hasil ekonomi negara pun boleh meningkat. Makanya, kalau UMNO nak sangat sembang pasal kes dengan Singapura, lagi afdal ditengokkan kes air ni. Jadi champion kita, betulkan niat. Jangan lagi digunakan divisive politic tak bertempat.

18. Kena juga ingat masa zaman PH takat hutang negara hanya 60% dari KDNK. Sekarang dah naik 65%. Dulu cabutan judi 8 kali setahun, bukan macam zaman BN dan PN sekarang yang sampai 22 kali. PN peroleh hampir 3 kali ganda, untung judi semata-mata. Berpuluh billion juga. Makanya, bersikap adil la. Ada beza cara penjimatan PH dan PN dalam banyak perkara.

19. Lagi p**ak nak habis bermillion atas kes yang kita pun tak sure boleh menang. Lagi elok la duit tu diguna untuk dapatkan bayaran lebih tinggi untuk air yang disalurkan ke Singapura.

20. Pada saya, dari habiskan duit buat Task Force dan melantik segala jenis Penasihat, eloklah dana tu digunakan untuk beli komputer riba pelajar untuk PdPr. Yang dah dekat dua tahun tak kunjung tiba…

Wallahu a’lam.

Salam hormat,
Liyana Marzuki

SALAM HARI KEMERDEKAAN...  (SEJARAH)TAHUKAH ANDAKisah Dato' Seth Said menderhaka Kepada Sultan Johor Demi Kemerdekaan Ta...
29/08/2021

SALAM HARI KEMERDEKAAN... (SEJARAH)

TAHUKAH ANDA

Kisah Dato' Seth Said menderhaka Kepada Sultan Johor Demi Kemerdekaan Tanah Melayu

Baru-baru ni menonton dokumentari "Road to Nationhood" di History Channel. Dokumentari 2 jam yang menyaksikan liku-liku perjuangan kemerdekaan dari 1946 sehingga 1957. Cerita-cerita biasalah, Jepun kalah, British datang balik, komunis, darurat, Malayan Union, raja-raja Melayu, Umno, MCA, MIC, merdeka.

Antara anekdot menarik dalam dokumentari tersebut ialah sikap Sultan Ibrahim Johor yang tidak menyokong kemerdekaan.Hal ini kerana baginda Sultan merasakan bahawa Tanah itu harus dimantapkan dahulu oleh British. ini adalah pandangan dan ijtihad sultan. hatta dato' Onn juga lebih s**a kemerdekaan dilambatkan agar kemajuan orang Melayu difokuskan terlebih dahulu. Maka janganla kita bersangka buruk akan niat sultan, baginda termasuk kelompok berpandangan kemajuan dahulu sebelum merdeka
Ini dimulakan dengan Sultan Johor sebagai monarki pertama yang menandatangani perjanjian Malayan Union. Kemuncaknya, rombongan Merdeka ke London pada Januari 1956 untuk menuntut kemerdekaan. Rombongan disertai oleh Tunku, Tun Razak, Tun Dr Ismail, Tun HS Lee, TH Tan & Datuk Bahaman Shamsuddin mewakili parti-parti politik. Raja-raja Melayu p**a diwakili oleh MB Kelantan Dato' Nik Ahmad Kamil, MB Perak Dato' Panglima Bukit Gantang, MB Selangor Tun Aziz Majid & yang paling utama pemangku MB Johor Dato' Seth Saaid.

Dato' Seth Saaid diberi arahan spesifik oleh Sultan Johor untuk menggagalkan rundingan kemerdekaan. Tunku susah hati kerana takut bila British tanya sorang-sorang, yang lain semua setuju nak merdeka tapi bila tanya Johor, Johor kata tak setuju - dan ini dijadikan alasan oleh British supaya Tanah Melayu tak merdeka.

Sepanjang tempoh perjalanan dari Malaya ke London menaiki kapal laut, Tunku cuba merisik-risik, memujuk & meminta Dato' Seth supaya bersetuju dengan kemerdekaan yang ingin dicapai tapi Dato' Seth hanya berkata "Nanti kat London saya akan cakap apa yang saya perlu cakap". Lagi Tunku susah hati.

Bila waktu rundingan di London, seperti dijangka British tanya sorang-sorang, satu demi satu. Selangor setuju, Perak setuju, Kelantan setuju, akhir sekali Johor.

Semua mata memandang Dato' Seth. British berharap Dato' Seth kata tak setuju sebab mereka tahu Sultan Ibrahim tak setuju untuk kemerdekaan, Tunku p**ak berharap sebaliknya.

Dato' Seth membuat kejutan dengan mengatakan Johor juga setuju untuk merdeka. The rest is history.

Selesai rundingan & dapat tarikh 31 Ogos 1957, Tunku pergi mendapatkan Dato' Seth. Dato' Seth kata kepada Tunku "Balik ni kalau Sultan nak terajang saya pun biarlah".

Sekembalinya Dato' Seth ke Johor beliau meletakkan jawatan beliau dalam perkhidmatan awam Johor. Tunku kemudiannya melantik Dato' Seth sebagai pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Keretapi.

Setiap kali merdeka kita ulangkan kisah Dato' Seth supaya kita tahu siapa hero yang tidak didendangkan.

Hari ini kita merdeka, sebab ada orang yang sudi diterajang oleh orang lain. Ada orang berkorban untuk semua rakyat Malaysia.

oleh



Cnp

Address

Kota Tinggi
81900

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PPBM P156 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share