01/10/2026
Sekolah Kebangsaan LKTP Sungai Mas, Kota Tinggi, Sekolah Kebangsaan Sagil, Tangkak dan Sekolah Kebangsaan Jementah, Segamat telah menyertai lawatan sambil belajar ke Petrosains PlaySmart, Johor Bahru.
Program ini memberikan peluang kepada murid untuk meneroka dan memahami konsep sains melalui pelbagai aktiviti interaktif dan menarik. Selain itu, murid turut berkesempatan menyaksikan pertunjukan sains yang informatif dan menghiburkan. Pengalaman ini bukan sahaja menambahkan pengetahuan murid, malah dapat meningkatkan minat, kefahaman dan kesedaran mereka terhadap bidang sains.