Mini RTC FB Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor

Mini RTC FB Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor Mini RTC FB Sungai Ara telah di bangunkan pada Mei 2010 dan merupakan satu pusat perkhidmatan untuk penduduk setempat.

10/01/2018
09/09/2017
KEMBARA MAHKOTA JOHOR NADI KEAKRABAN BANGSA JOHORPengembaraan rombongan DiRaja Johor iaitu Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2...
09/09/2017

KEMBARA MAHKOTA JOHOR NADI KEAKRABAN BANGSA JOHOR

Pengembaraan rombongan DiRaja Johor iaitu Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2017 yang menjadi nadi keakraban institusi DiRaja dan rakyat akan bermula.pada hari ini 9 september 2017.

DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar akan mengetuai konvoi sejauh 808 kilometer, merentasi kesemua 10 daerah selama empat hari dengan pengisian pelbagai aktiviti bersama rakyat.

Pelancaran edisi ke-20 KMJ yang dicetuskan Tuanku Sultan sejak 2001 akan diadakan di Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru pada jam 8.15 pagi.

Sepanjang program berlangsung, Baginda akan diiringi DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah dan Keluarga DiRaja Johor.

Buat julung kalinya, Tuanku Sultan Ibrahim akan memandu kereta klasik beroda tiga Morgan buatan Britain.

Pelbagai aktiviti disusun sepanjang penjelajahan yang turut disertai Menteri Besar, Dato Mohamed Khaled Nordin, barisan Exco Kerajaan Negeri, pemimpin kerajaan dan pegawai kanan Kerajaan Johor.

KMJ 2017 akan bermula di Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru dan seterusnya merentasi Kota Tinggi dan Mersing pada hari pertama sejauh 195km.

Diikuti Mersing dan Kluang iaitu sejauh 157km pada hari kedua, seterusnya ke Batu Pahat, Segamat, Tangkak dan Muar sejauh 209km pada hari ketiga.

KMJ 2017 akan menutup tirai pada 12 September dengan jarak perjalanan sejauh 247 kilometer di Hutan Bandar, Bandar Putra Kulai.

Sumber : Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Address

Kota Tinggi
81900

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+6078822725

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mini RTC FB Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Mini RTC FB Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor:

Shortcuts

Share