28/05/2026
๐๐๐๐๐
๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
Merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih atas limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah; Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor; serta seluruh Keluarga DiRaja Johor di atas kurniaan lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M, yang telah disampaikan melalui YAB Menteri Besar Johor dan ADUN Kawasan Tanjung Surat.
Kurniaan yang amat bermakna ini bukan sahaja menyemarakkan syiar Islam dan semangat ibadah korban, malah turut memperkukuhkan nilai perpaduan, kasih sayang serta keprihatinan terhadap rakyat. Sesungguhnya, sumbangan ini amat dihargai dan menjadi lambang kasih Tuanku kepada rakyat jelata.
Program penuh kesyukuran dan kebersamaan ini berlangsung di perkarangan Masjid Thoriq Ibnu Ziad, KD SULTAN ISMAIL, serta dirasmikan oleh Pegawai Memerintah, YBhg Kepten Hazlan bin Hazumi TLDM serta telah disertai oleh warga dan Perajurit Muda TLDM Siri 230/25.
Patik sekalian mendoakan agar DYMM Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan, umur yang panjang, serta terus berada dalam lindungan, rahmat dan keberkatan Allah SWT.
๐๐ฎ๐๐น๐ฎ๐ ๐ง๐๐ฎ๐ป๐ธ๐