20/08/2026
Nak keluar beli makanan? Jangan lupa bawa bekas makanan sendiri dari rumah.
Bekas makanan sekali guna seperti bekas polistirena biasanya akan dibuang selepas digunakan dan berakhir di tapak pelupusan atau di lautan.
Lebih membimbangkan, plastik yang terurai dan menjadi mikroplastik turut memasuki rantaian makanan dan akhirnya kembali kepada kita melalui makanan dan udara yang kita hirup.
Jadi, bawalah bekas makanan guna semula anda sendiri, tolak penggunaan plastik sekali guna yang tidak perlu dan jadilah sebahagian daripada penyelesaian.