10/01/2026
ππππππ ππππππ πππππ, ππππππ πππ ππππππππππ πππππππππ πππππππ
PENGKALAN HULU - Batalion Ke-3 Rejimen Sempadan telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Qiamullail peringkat pasukan yang diadakan di Surau Al-Aβla, Kem Pengkalan Hulu pada 8 dan 9 Jan 26.
Terdahulu, majlis dimulakan dengan penyampaian tazkirah ringkas yang bertajuk βTajdid Iman, Perbaiki Amalanβ oleh Pegawai Agama Pasukan, Lt Khalid Al Walid bin Ramli dan diteruskan dengan Solat Maghrib berjemaah, bacaan Yasin dan Tahlil. Majlis diakhiri dengan Solat Isyak berjemaah.
Pada keesokan pagi, acara diteruskan dengan program qiamullail seperti Solat Sunat Tahajjud, Solat Sunat Tasbih, Solat Sunat Taubat, Solat Sunat Hajat, Solat Sunat Witir dan diakhiri dengan Solat Subuh berjemaah.
Aktiviti kerohanian yang dilaksanakan ini merupakan program bulanan pasukan dan seiring dengan Hari Ulang Tahun (HUT) Rejimen Sempadan ke-18 pada 12 Januari 2026.
Selain memohon keberkatan dan kelancaran pentadbiran pasukan, majlis yang diadakan ini merupakan salah satu aktiviti kerohanian yang dilaksanakan bagi meningkatkan aspek spiritual di samping mengekalkan Sistem Pemerintahan Rejimental (SPR) di kalangan warga π»ππβππππ3ππ .