30/07/2026
PROGRAM GOTONG-ROYONG.
30 Julai 2026 Khamis - Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Langkawi telah menganjurkan Program Gotong-Royong di Anak Sungai Kuah, Taman Berlian, Mukim Kuah, Langkawi bermula pada jam 8.30 pagi.
Program ini diadakan sebagai usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan sungai, di samping memupuk semangat kerjasama, tanggungjawab bersama serta mengeratkan ukhuwah antara agensi kerajaan, komuniti setempat dan semua pihak yang terlibat.
Sepanjang program, peserta berganding bahu menjalankan kerja-kerja pembersihan kawasan anak sungai dan persekitarannya bagi memastikan aliran sungai sentiasa bersih, terpelihara serta bebas daripada sampah yang boleh menjejaskan fungsi saliran dan alam sekitar.
JPS Daerah Langkawi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan demi kelestarian sungai dan kesejahteraan masyarakat.
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah (JPS Kedah)