Yayasan Islam Terengganu Daerah Hulu Terengganu

Yayasan Islam Terengganu Daerah Hulu Terengganu Page Rasmi Pejabat Yayasan Islam Terengganu Daerah Hulu Terengganu

23/06/2026

SIARAN LANGSUNG TERGENDALA SEKETIKA. MOHON BERSABAR.

SELAMAT MENYAMBUT NUZUL AL-QURAN 1446H 2025Al-Syahid Hasan al-Banna berkata: "Al-Quran al-Karim adalah sebuah perlembaga...
17/03/2025

SELAMAT MENYAMBUT NUZUL AL-QURAN
1446H 2025

Al-Syahid Hasan al-Banna berkata: "Al-Quran al-Karim adalah sebuah perlembagaan yang lengkap merangkumi seluruh hukum Islam. Al-Quran adalah sumber yang mencurahkan segala kebaikan dan ilmu ke dalam hati yang beriman. Al-Quran adalah sumber yang terbaik untuk para ahli ibadat mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan cara membacanya.

* 21-22 November 2024* *‼️JEMPUTAN KEPADA SEMUA UNTUK HADIR MEMERIAHKAN PROGRAM JELAJAH MAHABBAH YAYASAN ISLAM ZON TENGA...
20/11/2024

* 21-22 November 2024*

*‼️JEMPUTAN KEPADA SEMUA UNTUK HADIR MEMERIAHKAN PROGRAM JELAJAH MAHABBAH YAYASAN ISLAM ZON TENGAH‼️*

Terbuka kepada semua penduduk sekitar/kampung berdekatan & seisi keluarga. Jom hadir beramai-ramai meriahkan lagi program Jelajah..😊

*🌹Pengisian Menarik 21/11/2024*Khamis
🔈Kem Bestari Solat
🔈Forum Perdana selepas Maghrib

*🌹Pengisian Menarik 22/11/2024*Jumaat
➡️Qiamullail
➡️Bengkel Pengurusan Jenazah
➡️Klinik Surah Al-Fatihah
➡️Pameran tadika dan Pertandingan Mewarna
➡️Usrah Perdana sebelum Solat Jumaat
➡️Jamuan Mahabbah
➡️Sukaneka Mahabbah

📍Masjid Felda Bukit Bading, Ajil, Hulu Terengganu

✅Pakat mari belaka,Jgn lepas peluang untuk dakwah, Erat silaturahim🤝🏻

ZON TENGAH


17/11/2024

Permohonan Kemasukan Pelajar Tingkatan 1 Sesi 2025/2026 Pondok Darul Iman (PDI) Kini Dibuka!

Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Kemasukan Pelajar Tingkatan 1 Sesi 2025/2026 PDI kini dibuka mulai 17 November 2024 hingga 19 Disember 2024.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman rasmi PDI: www.pdi.yit.gov.my

Jom bersama-sama kami di Pondok Darul Iman Banin dan Pondok Darul Iman - Banat .

Yayasan Islam Terengganu HQ
Bahagian Pendidikan Yayasan Islam Terengganu


Taniah wakil KAFA dari YIT HULU TERENGGANU
27/09/2024

Taniah wakil KAFA dari YIT HULU TERENGGANU

KURSUS PEMANTAPAN BAHASA ARAB GURU KAFA  DAERAH HULU TERENGGANU26 SEPTEMBER  2024Khamis---------------------------Yayasa...
26/09/2024

KURSUS PEMANTAPAN BAHASA ARAB GURU KAFA DAERAH HULU TERENGGANU
26 SEPTEMBER 2024
Khamis
---------------------------
Yayasan Islam Terengganu Daerah Hulu Terengganu telah mengadakan satu Kursus Pemantapan Bahasa Arab Tahun 2024 bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Kampung Butut, Kuala Berang.Majlis ini dirasmikan oleh YB DR.Haji Mamat Bin Putih Manakala Penceramah telah disampaikan oleh Ustaz Mohamad Syafiq bin Roslan. Majlis perasmian penutup diakhiri kata - kata aluan oleh Dr.Haji Ahmad Fadluldin bin Mohamad .

Selain itu, bengkel penataran ini diharapkan menjadi titik mula kepada para guru untuk lebih bersemangat menyusun strategi baru bagi memastikan kecemerlangan para pelajar dalam UPKK pada tahun ini dalam bahasa Arab.

Pihak Yayasan Islam Terengganu Daerah Hulu Terengganu mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama dan semangat jitu yang ditunjukkan oleh para guru sepanjang bengkel berjalan. Didoakan agar para calon UPKK Daerah Hulu Terengganu bagi tahun 2024 akan memperoleh kejayaan dalam peperiksaan yang bakal menjelang tidak lama lagi.

PROGRAM SMART SOLAT BULAN OGOS 2024TARIKH  : 28. Ogos . 2024MASA    : 2.30 petangTEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN LANGGAR----...
29/08/2024

PROGRAM SMART SOLAT BULAN OGOS 2024
TARIKH : 28. Ogos . 2024
MASA : 2.30 petang
TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN LANGGAR
----------------------------------------------------
Yayasan Islam Terengganu Daerah Hulu Terengganu telah mengadakan program Smat Solat di Sekolah Kebangsaan Langgar , Hulu Terengganu disertai oleh pelajar 1 hingga darjah 5.

Ceramah ini disampaikan oleh,Pegawai Yayasan Islam Terengganu Daerah Hulu Terengganu iaitu Ustaz Ahmad Solahuddin Al Ayyubi bin Ahamad bertajuk tentang cara-cara solat dan rukun solat kemudian ceramah ini diakhiri dengan amali solat dimana semua pelajar diajarkan cara solat yang betul.

Pihak Yayasan Islam Terengganu Daerah Hulu Terengganu mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Sekolah Kebangsaan Langgar dan tidak lupa juga kepada PKMK DUN Ustaz Amran bin Mahari dan dibantu oleh Penyelia KAFA iaitu Ustazah Norhelima bt A.Razak,Ustazah Nur Khayrin bt Muhamad Safri dan Ustazah Nurhafiza bt Sulaini atas kerjasama untuk menjayakan program ini. semoga program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang bagi memantapkan lagi ilmu tentang solat.



Address

240-241, Tingkat Atas, Bangunan Yayasan Islam, , Jalan Astaka
Kuala Berang
21700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6096811455

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Islam Terengganu Daerah Hulu Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Yayasan Islam Terengganu Daerah Hulu Terengganu:

Shortcuts

Share