Program Kebajikan TIM USTAZ

Program Kebajikan TIM USTAZ Menjalankan dan menguruskan aktiviti-aktiviti kebajikan di dalam dan luar negara.

07/12/2022

TIADA KEBAIKAN YANG SIA SIA...

Apabila tiba masa kita melelapkan MATA,
Pada suatu masa yang pasti TIBA,
Moga akan terbukalah pintu-pintu kebaikan untuk kita..

Dari makhluk yang kita TOLONG tanpa mengharapkan BALASAN,,
Dari makhluk yang kita berikan SEDEKAH,,
Dari makhluk yang kita GEMBIRAkan ketika ia SEDIH,,
Dari makhluk yang SUSAH kita BANTU..

Tanpa kita TAHU,,
Dalam DIAM mereka turut menDOAkan kita,,

Yakinlah,,
Tiada sekecil apa pun KEBAIKAN yang menjadi SIA-SIA..
Kelebihan buat WAKAF TELAGA dengan NUSRAH ni:
โœ…Proses yg cepat dan mudah
โœ…Sentiasa di update
โœ…Dapat gambar, video sebagai bukti & sijil
โœ…Kos yg berpatutan
INFO LENGKAP, TEKAN LINK SEKARANG๐Ÿ‘‡๐Ÿป
https://wa.me/60186646094?text=WAKAF%20AIR

HIDUPLAH DENGAN FALSAFAH PERIGIJika sebuah Perigi ditimba airnya, maka setiap hari airnya akan menjadi jernih dan tidak ...
05/10/2022

HIDUPLAH DENGAN FALSAFAH PERIGI

Jika sebuah Perigi ditimba airnya, maka setiap hari airnya akan menjadi jernih dan tidak akan pernah kering, akan selalu ada air di dalamnya.

Namun anehnya, jikalau didalam satu hari sahaja airnya tidak ditimba, ketinggian air yang ada didalam Perigi itu tidak pernah akan meningkat, ia sama seperti semula.

Perigi yang tidak pernah lagi diambil airnya, bahkan akan cenderung airnya akan menjadi kotor dan beracun sehingga ia tidak lagi layak untuk diminum.

"๐‘ฐ๐’๐’Š๐’๐’‚๐’‰ ๐‘ฏ๐’–๐’Œ๐’–๐’Ž ๐‘จ๐’๐’‚๐’Ž"

Di mana, ramai yang tidak tahu bahawa didalam alam terdapat misteri (Qada dan Qadar) yang bertujuan untuk selalu Memberi dan Keseimbangan.

"๐‘ป๐’‰๐’† ๐‘ท๐’๐’˜๐’†๐’“ ๐’๐’‡ ๐‘ฉ๐’‚๐’๐’‚๐’๐’„๐’†"

Sesungguhnya kehidupan kita juga sama dan serupa dengan seperti Perigi ini.

Pada umumnya, orang hanya berpikir bahawa, jikalau kita memberi apa yang kita telah miliki, pasti ia akan berkurang dari apa yang di miliki semula.

Tetapi jikalau kita mahu belajar dari Falsafah Perigi ini, maka semakin banyak dan sering kita memberi, akan semakin banyak air yang mengalir kepadanya.

Didalam hal memberi tidak seharusnya dalam bentuk duit atau barang. Kita boleh sahaja memberi didalam bentuk apa saja yang kita miliki.

Saat kita mengajarkan dan memberikan ilmu, maka dengan sendirinya kemampuan kita akan semakin meningkat.

Sebaiknya kita memberi kerana kita menginginkan orang lain agar boleh berbahagia atau boleh hidup yang lebih baik dan selayaknya.

Manfaat langsung yang dapat kita rasakan saat memberi adalah perasaan Kepuasan Batin. Dan inilah sebenarnya kebahagiaan yang sejati.

"๐‘ฒ๐’‚๐’•๐’‚๐’Œ๐’‚๐’๐’๐’‚๐’‰ : ๐‘บ๐’†๐’”๐’–๐’๐’ˆ๐’ˆ๐’–๐’‰๐’๐’š๐’‚ ๐‘ป๐’–๐’‰๐’‚๐’๐’Œ๐’– ๐’Ž๐’†๐’๐’‚๐’‘๐’‚๐’๐’ˆ๐’Œ๐’‚๐’ ๐’“๐’†๐’›๐’†๐’Œ๐’Š ๐’ƒ๐’‚๐’ˆ๐’Š ๐’”๐’Š๐’‚๐’‘๐’‚ ๐’š๐’‚๐’๐’ˆ ๐’…๐’Š๐’Œ๐’†๐’‰๐’†๐’๐’…๐’‚๐’Œ๐’Š๐‘ต๐’š๐’‚ ๐’…๐’Š๐’‚๐’๐’•๐’‚๐’“๐’‚ ๐’‰๐’‚๐’Ž๐’ƒ๐’‚-๐’‰๐’‚๐’Ž๐’ƒ๐’‚๐‘ต๐’š๐’‚ ๐’…๐’‚๐’ ๐’Ž๐’†๐’๐’š๐’†๐’Ž๐’‘๐’Š๐’•๐’Œ๐’‚๐’ ๐’ƒ๐’‚๐’ˆ๐’Š (๐’”๐’Š๐’‚๐’‘๐’‚ ๐’š๐’‚๐’๐’ˆ ๐’…๐’Š๐’Œ๐’†๐’‰๐’†๐’๐’…๐’‚๐’Œ๐’Š-๐‘ต๐’š๐’‚. ๐‘ซ๐’‚๐’ ๐’ƒ๐’‚๐’“๐’‚๐’๐’ˆ ๐’‚๐’‘๐’‚ ๐’”๐’‚๐’‹๐’‚ ๐’š๐’‚๐’๐’ˆ ๐’Œ๐’‚๐’Ž๐’– ๐’๐’‚๐’‡๐’Œ๐’‚๐’‰๐’Œ๐’‚๐’, ๐’Ž๐’‚๐’Œ๐’‚ ๐‘จ๐’๐’๐’‚๐’‰ ๐’‚๐’Œ๐’‚๐’ ๐’Ž๐’†๐’๐’ˆ๐’ˆ๐’‚๐’๐’•๐’Š๐’๐’š๐’‚ ๐’…๐’‚๐’ ๐‘ซ๐’Š๐’‚๐’๐’‚๐’‰ ๐‘ท๐’†๐’Ž๐’ƒ๐’†๐’“๐’Š ๐’“๐’†๐’›๐’†๐’Œ๐’Š ๐’š๐’‚๐’๐’ˆ ๐’”๐’†๐’ƒ๐’‚๐’Š๐’Œ-๐’ƒ๐’‚๐’Š๐’Œ๐’๐’š๐’‚."

(QS. Saba : 39)

Subhanallah...

"Kerana keupayaan memberi itu ditentukan oleh kualiti jiwa dan bukan kualiti harta"

InsyaAllah...

MaasyaaAllah...

Allahuakbar...

06/09/2022

Alhamdulillah. Telah selesai,
TELAGA AFRIKA dengan kod (A006)

Kami dari tim Nusrah mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada pewakaf pewakaf yang telah menjayakan program wakaf ini.
Mudah mudahan wakaf yang telah dilaksanakan dapat manfaatnya baik dari penerima dan juga yang memberi.

Dalam sebuah hadits dari Saโ€™ad bin โ€˜Ubadah radhiallahuโ€™anhu, ia berkata: โ€œWahai Rasulullah, sesungguhnya ibu saya telah meninggal. Bolehkah saya bersedekah atas nama beliau?โ€. Nabi Shallallahuโ€™alaihi wa sallam menjawab: โ€œBolehโ€. Saโ€™ad bertanya lagi: โ€œSedekah apa yang paling utama, wahai Rasulullah?โ€. Nabi Shallallahuโ€™alaihi wa sallam menjawab: โ€œSedekah berupa air minumโ€ (HR. An Nasaโ€™i no.3666, dihasankan Al Albani dalam Shahih An Nasaโ€™i).

SETIAP HARI DIUJIIslam adalah agama menyeluruh, lengkap dan fleksibel. Agama kita telah melengkapi segala keperluan hidu...
30/08/2022

SETIAP HARI DIUJI

Islam adalah agama menyeluruh, lengkap dan fleksibel. Agama kita telah melengkapi segala keperluan hidup. Serta fitrah kejadian makhluk.

Islam juga telah mengajar kita untuk menghadapi segala situasi. Tidak kira sedih,gembira, takut, syukur, down, dan sebagainya. Situasi ini adalah sememangnya kita akan rasa.

Hari ni kita sedih, Mungkin esok hari gembira untuk kita. Boleh jadi seseorang itu berada dalam ketakutan, gelisah namun tak sangka esok esoknya dialah org yg Tenang.

Itulah normal kehidupan kita di alam dunia. Kebiasaan yg manusia kena hadap. Tapi kena ingat dalam keadaan mana kita sekali pun. Itulah ujian bagi kita. Dunia ni tempat ujian.

Kenapa semua tu di anggap ujian?

Ye, bukan kesusahan, ketakutan, kegelisahan dan kemiskinan sahaja yg dianggap ujian. Bahkan dalam keadaan gembira, senang dan kaya raya juga dianggap ujian.

Yg sebenarnya hidup kitalah ujian bagi kita. Orang kaya pun diuji dengan kekayaan sampai tidak tahu nak guna kearah yg betul. Diuji dengan perbalahan saudara mara contohnya.

Sebab itu boleh dikatakan. Dalam keadaan mana sekalipun. Itulah ujian bagi kita. Tapi Islam telah mengajar kita bagaimana nak hadapinya.

InshaaAllah, cuba amalkan satu doa ini untuk menghadapi ujian. Agar kita mampu untuk melepasi ujian tersebut. Dan dipermudahkan.

ุฑูŽุจูŽู‘ู†ูŽุง ุขุชูู†ูŽุง ู…ูู†ู’ ู„ูŽุฏูู†ู’ูƒูŽ ุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู‹ ูˆูŽู‡ูŽูŠูู‘ุฆู’ ู„ูŽู†ูŽุง ู…ูู†ู’ ุฃูŽู…ู’ุฑูู†ูŽุง ุฑูŽุดูŽุฏู‹ุง

Ya Allah, berikanlah kami rahmat dari sisiMu. Dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yg lurus dalam urusan kami.

Semoga kita semua berjaya menghadapi segala ujian yg mendatang dengan baik. Dan berkumpul di syurgaNya kelak. Yg menjadi impian kita semua.

CUKUP MULIAKAH KITA?Memang mudah, melihat kedutnya baju orang lain daripada koyaknya baju sendiri. Bercakap tentang kebu...
25/08/2022

CUKUP MULIAKAH KITA?

Memang mudah, melihat kedutnya baju orang lain daripada koyaknya baju sendiri. Bercakap tentang keburukan orang daripada kesedaran tentang aib sendiri.

Sebenci-bencinya kita pada seseorang, kita tak pernah tahu bagaimana pandangan ALLAH terhadap orang tersebut. Siapa tahu dia lebih mulia dari kita?

Sebanyak mana pun kebaikan yg kita buat, jangan pernah rasa dihati kita baik. Jangan pernah bangga dengan kebaikan yg kita buat itu.

Jika ada perasaan itu, istighfarlah cepat-cepat. Kerana perasaan itu mampu menghapuskan pahala kebaikan yg kita buat.Jangan pernah rasa bangga dengan kebaikan kita.

Ikhlaskan diri buat kebaikan kerana ALLAH. Jika dalam kebaikan ada sekelumit rasa bangga dan dahagakan pujian. Nauzubillah.. sia-sialah kebaikan kita.

Mungkin di setiap sepertiga malamnya dia bangun bertahajjud. Dalam sujudnya yg panjang dia memohon keampunan ALLAH, dan mendoakan kebaikan.

Sedangkan kita dibuai mimpi indah, dalam tidur yg nyenyak. Mungkin di setiap harinya secara tersembunyi bersedekah dan memberi seikhlasnya.

Sedangkan kita sibuk bershopping dan ke tempat-tempat makan enak. Semata-mata untuk mengikut nafsu kita sendiri.

Tanpa kita tahu, orang yg kita benci sedang menyiapkan bekalan yg banyak, buat akhiratnya. Sedangkan kita hanya nampak macam orang soleh solehah.

Walhal, bekalan Akhirat kita belum tentu di terima ALLAH. Oleh itu, sembunyikan kebaikan yg dibuat, sucikan hati dengan sifat redha dan ikhlas kerana ALLAH.

Semoga ALLAH membimbing kita ke jalan kebenaran, diberi taufik dan hidayah.

BERWAKAF UNTUK ORANG LAIN ??Wakaf bermaksud seseorang yang menyerahkan hak miliknya kepada pengguna wakaf. Dari mula har...
27/07/2022

BERWAKAF UNTUK ORANG LAIN ??

Wakaf bermaksud seseorang yang menyerahkan hak miliknya kepada pengguna wakaf. Dari mula harta diwakafkan hingga ke akhirnya semata-mata kerana Allah SWT.

Dan ianya tidak boleh diambil kembali atau dimiliki oleh mana-mana individu. Wakaf sangat penting bagi menyumbang kepada pembangunan masyarakat.

Dan paling utama pewakaf akan menerima ganjaran pahala yang berkekalan sehingga hari akhirat. Tujuan berwakaf sebenarnya adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

โ€œKamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangiโ€. (Ali-Imran: 92)

Adakah Berwakaf Untuk Orang Lain Dibenarkan?

Ya, juga boleh berwakaf untuk sesiapa sahaja yang dikehendaki. Samada untuk yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

Amalan wakaf ini membolehkan seseorang terus menerus meraih pahala walaupun telah meninggal. Dan itulah yang dinamakan dengan sedekah jariah.

Kini, anda boleh memulakan wakaf anda melalui Wakaf Nusrah Prihatin. Kami sekarang ini masih dalam usaha membina telaga air buat masyarakat Islam di Afrika.

Ada lagi telaga yang diperlukan oleh mereka untuk dijadikan sumber bekalan air bersih demi meneruskan kehidupan seharian.

Kepada yg berminat kalau nak booking bahagian dulu pun boleh. Ada rezeki boleh buat pembayaran nanti. InsyaAllah.

Jangan Jemu Melakukan Kebaikan=======1. Didik hati kita agar tidak jemu melakukan kebaikan kerana sesungguhnya rahmat Al...
13/07/2022

Jangan Jemu Melakukan Kebaikan
=======
1. Didik hati kita agar tidak jemu melakukan kebaikan kerana sesungguhnya rahmat Allah itu sangat dekat kepada orang yang sentiasa melakukan amal kebaikan dan bersifat dengan sifat orang yang muhsinin. Firman Allah:

ุฅูู†ู‘ูŽ ุฑูŽุญู’ู…ูŽุชูŽ ูฑู„ู„ู‘ูŽู‡ู ู‚ูŽุฑููŠุจูŒ ู…ู‘ูู†ูŽ ูฑู„ู’ู…ูุญู’ุณูู†ููŠู†ูŽ

"Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang muhsinin." (Surah al-A'raf: 56)

2. Perhatikan dalam ayat ini bagaimana Allah menyebutkan bahawa rahmat Allah itu sangat dekat dengan orang muhsinin. Timbul persoalan di sini, siapakah dia golongan muhsinin? Golongan muhsinin adalah golongan yang melakukan kebaikan benar-benar ikhlas kerana Allah.

3. Dalam al-Quran, terdapat beberapa ciri golongan muhsinin antaranya mereka adalah golongan gemar menyumbangkan harta di jalan Allah. Firman Allah:

ูˆูŽุฃูŽู†ู’ููู‚ููˆุง ูููŠ ุณูŽุจููŠู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽู„ูŽุง ุชูู„ู’ู‚ููˆุง ุจูุฃูŽูŠู’ุฏููŠูƒูู…ู’ ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ุชู‘ูŽู‡ู’ู„ููƒูŽุฉู ูˆูŽุฃูŽุญู’ุณูู†ููˆุง ุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ูŠูุญูุจู‘ู ุงู„ู’ู…ูุญู’ุณูู†ููŠู†ูŽ

โ€œDan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang muhsinin.โ€ (Surah al-Baqarah: 196)

4. Begitu juga antara ciri-ciri golongan muhsinin yang disebutkan juga dalam al-Quran adalah golongan yang s**a memaafkan orang lain. Firman Allah:

ูˆูŽุงู„ู’ูƒูŽุงุธูู…ููŠู†ูŽ ุงู„ู’ุบูŽูŠู’ุธูŽ ูˆูŽุงู„ู’ุนูŽุงูููŠู†ูŽ ุนูŽู†ู ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู ูˆูŽุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูŠูุญูุจู‘ู ุงู„ู’ู…ูุญู’ุณูู†ููŠู†ูŽ

โ€œdan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.โ€ (Surah Ali Imran: 134)

5. Dan yang paling utama, golongan muhsinin ini adalah orang yang bertakwa yang dekat jiwanya dengan Allah. Firman Allah:

ุซูู…ู‘ูŽ ุงุชู‘ูŽู‚ูŽูˆู’ุง ูˆูŽุขู…ูŽู†ููˆุง ุซูู…ู‘ูŽ ุงุชู‘ูŽู‚ูŽูˆู’ุง ูˆูŽุฃูŽุญู’ุณูŽู†ููˆุง ูˆูŽุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูŠูุญูุจู‘ู ุงู„ู’ู…ูุญู’ุณูู†ููŠู†ูŽ

โ€œkemudian mereka tetap bertaqwa dan berbuat kebajikan; kerana Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.โ€ (Surah al-Maidah: 93)

6. Oleh yang demikian, dalam musim pandemic ini, ramai dalam kalangan kita ditimpa kesusahan, bantulah mereka. Jangan jemu melakukan kebaikan di samping berdoa agar Allah menerima amal soleh kita.

Semoga Allah membimbing kita.

CATAT PAHALA SENDIRISang burung kecil yg tidak putus asa berulang-alik mengambil air dalam paruhnya. Untuk memadam api y...
07/06/2022

CATAT PAHALA SENDIRI

Sang burung kecil yg tidak putus asa berulang-alik mengambil air dalam paruhnya. Untuk memadam api yg membakar Nabi Ibrahim.

Kelakuan burung kecil tadi menyebabkan makhluk lain berasa hairan. Mereka bertanya:-

Kenapa nak penat-penat ambil air. Api yg membakar Nabi Ibrahim tu takkan terpadam dengan air yg kau siramkan tu. Jawab burung kecil:-

'Ya, api ini tak akan padam dengan air ini. Tapi aku lebih takut kepada Tuhanku. Aku akan disoal apa yg aku telah lakukan untuk agama ini. Bukan ditanya samada aku berjaya padamkan api ini ataupun tidak'.

Allah mengetahui apa yg berlaku pada setiap HambaNya. Kita sakit, sihat, sedih, gembira, putus asa, bersemangat, semuanya Dia tahu.

Banyak kali kita rasa putus asa apabila kita dah buat sehabis baik. Tetapi usaha tersebut bukan sahaja tidak dihargai malah kena condemn p**a.

Sesungguhnya kita punya Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. RahmatNya sangat luas sehingga tidak terhitung apa yang telah dikurniakan kepada kita.

Sekiranya kita nak mensyukuri setiap kurniaan yg diberikan kepada hidup ini. Sepanjang hayat pun kita tidak akan mampu berbuat demikian.

Teruslah berjuang untuk agama ini. Bersedekah ketika banyak itu biasa, tetapi bersedekah ketika sedikit itu luar biasa. Dengan sedekah ikhlas ini menjadi saksi kita di sana nanti.

Ayuh bersama kita bantu saudara muslim di KEMBOJA dan AFRIKA. Sumbangan pembinaan telaga wakaf untuk kelangsungan hidup mereka yg tiada sumber air bersih.

Pahalanya terus mengalir kepada kita seperti air.

AHLI SUFI DENGAN TAKDIRSeorang wali Allah, Ibrahim Al-Khauwash telah mengembara di bumi syria. Dalam perjalanan, Ibrahim...
30/05/2022

AHLI SUFI DENGAN TAKDIR

Seorang wali Allah, Ibrahim Al-Khauwash telah mengembara di bumi syria. Dalam perjalanan, Ibrahim terasa ingin memakan buah delima yg manis.

Tiba-tiba, dia melihat pokok delima yg berbuah lebat. Ibrahim pun mencuba sebiji buah delima tersebut. Namun rasanya sangat masam.

Dia sangat kecewa lalu mencuba beberapa biji lagi. Namun rasanya tetap sama. Dengan perasaan hampa, dia meninggalkan tempat itu.

Lalu dia menuju ke sebuah lembah. Semasa berjalan, dia melihat seorang lelaki terbaring disengat lebah. Ulat-ulat juga merayap ditubuhnya.

Ibrahim segera berhenti dan menegur orang itu. "Saudaraku, izinkan aku mendoakanmu agar terlepas daripada dugaan berat ini".

"Terima kasih saja.Tapi aku rela dengan penderitaan ini". Balas lelaki tersebut. Jawapan tersebut mengejutkan Ibrahim Al-Khauwash.

"Mengapa engkau menolak pertolonganku ini?". Soalnya kepada lelaki itu.

Kesembuhan adalah keinginanku sedangkan penderitaan ini kehendakNya.

"Apakah perasaanmu semasa disengat oleh lebah lebah ini?". Aku berasa bahagia dengan sengatan lebah lebah ini.

Kalian,

Begitulah juga dengan kehidupan kita. Belajarlah berdamai dengan takdir. Nikmatilah setiap ujian dengan bersangka baik kepada Allah.

Ya, walaupun kadang-kadang ianya tidak memihak kepada kehendak kita.

ุฑูŽุจู‘ูŽู†ูŽุง ุขุชูู†ูŽุง ูููŠ ุงู„ุฏู‘ูู†ู’ูŠูŽุง ุญูŽุณูŽู†ูŽุฉู‹ ูˆูŽูููŠ ุงู„ู’ุขุฎูุฑูŽุฉู ุญูŽุณูŽู†ูŽุฉู‹ ูˆูŽู‚ูู†ูŽุง ุนูŽุฐูŽุงุจูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุฑู

Wahai Tuhan kami, berikan kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Lindungilah kami dari siksa neraka.

Address

Kampung Raja
Kuala Besut
22200

Telephone

+60186646094

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Program Kebajikan TIM USTAZ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share