Jabatan Kerja Raya Dungun

Jabatan Kerja Raya Dungun Pejabat Jurutera Daerah
Jabatan Kerja Raya Dungun
Jalan Yahya Ahmad
23000 Dungun, Terengganu Darul Iman

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜-๐Ÿฒ๐Ÿต ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Pada 31 Ogos 2026, seluruh rakyat Malaysia menyambut Hari Kebangsaan sebag...
30/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜-๐Ÿฒ๐Ÿต ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Pada 31 Ogos 2026, seluruh rakyat Malaysia menyambut Hari Kebangsaan sebagai wadah untuk menyemarakkan semangat patriotisme serta menghayati erti dan nilai sebuah kemerdekaan.

๐ŸŒบ Marilah kita terus menghargai nikmat kebebasan dengan memelihara keharmonian, menyemai kasih sayang dan memperkukuh perpaduan, demi bersama-sama membina Malaysia MADANI yang sejahtera dan gemilang.

๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ, ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ต๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ถ๐—ป๐—ถ๐—ธ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ถ.

Ikhlas Daripada Jurutera Daerah dan Seluruh Warga JKR Daerah Dungun.







Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
JKR Terengganu

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—”๐—™๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐— ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ž๐—”๐—Ÿ ๐——๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ก๐—š๐—›๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—•๐—ข๐—ง ๐—๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก (๐—ฆ๐—›/๐—๐—ž๐—ฅ๐——/๐—๐Ÿฏ๐Ÿฌ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ)KERJA-KERJA MEMBEKAL DAN MENGHANTAR PERALATAN ...
30/08/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—”๐—™๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐— ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ž๐—”๐—Ÿ ๐——๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ก๐—š๐—›๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—•๐—ข๐—ง ๐—๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก (๐—ฆ๐—›/๐—๐—ž๐—ฅ๐——/๐—๐Ÿฏ๐Ÿฌ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ)

KERJA-KERJA MEMBEKAL DAN MENGHANTAR PERALATAN DAN PERABOT JALAN UNTUK PENYELENGGARAAN JALAN-JALAN NEGERI SERTA LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI DAERAH DUNGUN TERENGGANU.

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—”๐—™๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก : ๐Ÿฏ๐Ÿฌ ๐—ข๐—š๐—ข๐—ฆ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (๐—”๐—›๐—”๐——) ๐—๐—”๐—  ๐Ÿต.๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฃ๐—”๐—š๐—œ ๐˜€๐—ฒ๐—ต๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ ๐Ÿฌ๐Ÿญ ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—ง๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฆ๐—”) ๐—๐—”๐—  ๐Ÿญ๐Ÿฎ.๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ง๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—› ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ. ๐—ง๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—› ๐—ง๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฃ ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—จ๐—ง๐—›๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐Ÿฌ๐Ÿฏ ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—ง๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (๐—ž๐—›๐—”๐— ๐—œ๐—ฆ)

PAUTAN PENDAFTARAN:
https://forms.gle/jEJwzhTNrQF2sqjZ8







Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
JKR Terengganu

Jabatan Kerja Raya Daerah Dungun merakamkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada Irsya Darwanish binti Zailani da...
29/08/2026

Jabatan Kerja Raya Daerah Dungun merakamkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada Irsya Darwanish binti Zailani dan Tengku Muhammad Aqil Darwisy bin Tengku Zainuddin yang telah berjaya menamatkan latihan industri di JKR Dungun bagi program Diploma Teknologi Elektrik pada 28 Ogos 2026.

Semoga segala ilmu, pengalaman dan pendedahan yang diperoleh menjadi bekalan berharga untuk alam kerjaya kelak. Warga JKR Dungun sentiasa mendoakan semoga terus maju jaya, cemerlang dalam pengajian, dan berjaya mencapai cita-cita yang diimpikan.





๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—™๐—จ๐—ก ๐—›๐—œ๐—ž๐—œ๐—ก๐—š ๐—ž๐—œ๐—•๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ž๐—” ๐——๐—œ ๐—•๐—จ๐—ž๐—œ๐—ง ๐—Ÿ๐—จ๐—•๐—จ๐—ž ๐—•๐—”๐—ง๐—จ, ๐— ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š27 Ogos 2026 | KhamisKelab Sukan dan Kebajikan (KSK) JKR D...
27/08/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—™๐—จ๐—ก ๐—›๐—œ๐—ž๐—œ๐—ก๐—š ๐—ž๐—œ๐—•๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ž๐—” ๐——๐—œ ๐—•๐—จ๐—ž๐—œ๐—ง ๐—Ÿ๐—จ๐—•๐—จ๐—ž ๐—•๐—”๐—ง๐—จ, ๐— ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š

27 Ogos 2026 | Khamis

Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) JKR Dungun telah berjaya menganjurkan Program Gaya Hidup Sihat Siri 3/2026: Fun Hiking Kibaran Merdeka yang berlangsung di Bukit Lubuk Batu, Marang, Terengganu pada hari ini.

Program pendakian riadah ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga JKR Dungun dengan penyertaan seramai 83 orang peserta. Laluan pendakian sejauh kira-kira 4 kilometer yang mencabar tidak sedikit pun melunturkan semangat para peserta untuk terus melangkah dan menamatkan pendakian sehingga ke puncak Bukit Lubuk Batu.

Selain menjadi platform untuk meningkatkan tahap kecergasan dan mengamalkan gaya hidup sihat, program ini turut memberikan peluang kepada warga JKR Dungun untuk meluangkan masa bersama dalam suasana santai, sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kerjasama dan kekitaan dalam kalangan warga jabatan.

Lebih bermakna, aktiviti ini turut disemarakkan dengan Kibaran Jalur Gemilang sebagai tanda kecintaan dan semangat patriotisme sempena sambutan Bulan Kebangsaan. Kibaran Jalur Gemilang di sepanjang pendakian dan di puncak bukit menjadi simbol semangat kebersamaan serta kecintaan warga JKR Dungun terhadap negara.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah berjaya menyempurnakan pendakian. Setinggi-tinggi penghargaan turut dirakamkan kepada KSK JKR Dungun serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.







Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
JKR Terengganu

26/08/2026

๐Š๐„๐‘๐‰๐€-๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐๐„๐๐˜๐„๐‹๐„๐๐†๐†๐€๐‘๐€๐€๐ ๐‹๐€๐Œ๐๐” ๐‰๐€๐‹๐€๐

Dimakluman bahawa kerja - kerja penyelenggaraan lampu jalan di laluan FT 03, Jalan Kuantan - K.Terengganu berhampiran persimpangan Bukit Senyamuk ke Kuala Abang, Dungun ๐“๐„๐‹๐€๐‡ ๐’๐ˆ๐€๐ ๐’๐„๐๐„๐๐”๐‡๐๐˜๐€.

๐“๐ž๐ซ๐ข๐ฆ๐š ๐ค๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐ฌ๐ž๐ฆ๐ฎ๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฆ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ๐ข ๐ค๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐ฌ๐ž๐ฆ๐š๐ฌ๐š ๐ค๐ž๐ซ๐ฃ๐š - ๐ค๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐๐ข ๐ฃ๐š๐ฅ๐š๐ง๐ค๐š๐ง.







Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
JKR Terengganu
JKR Elektrik Terengganu Page

26 Ogos 2026 | Rabu๐“๐€๐™๐Š๐ˆ๐‘๐€๐‡ ๐๐”๐‹๐€๐๐€๐ ๐‰๐Š๐‘ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐ƒ๐”๐๐†๐”๐.Alhamdulillah, JKR Daerah Dungun telah mengadakan Tazkirah Bulanan...
26/08/2026

26 Ogos 2026 | Rabu
๐“๐€๐™๐Š๐ˆ๐‘๐€๐‡ ๐๐”๐‹๐€๐๐€๐ ๐‰๐Š๐‘ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐ƒ๐”๐๐†๐”๐.

Alhamdulillah, JKR Daerah Dungun telah mengadakan Tazkirah Bulanan Siri 07/2026 yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Ikram bin Ghazali.

Tazkirah yang bertajuk โ€œMaulidur Rasul: Menyemai Cinta kepada Baginda Rasulullah SAWโ€ mengajak kita untuk menghayati erti sebenar kecintaan kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Cinta kepada Rasulullah ๏ทบ bukan sekadar ungkapan di bibir, tetapi perlu diterjemahkan melalui selawat, penghayatan terhadap sirah Baginda, akhlak yang mulia serta kesungguhan untuk mengikuti sunnah dan ajaran Baginda dalam kehidupan.

Tazkirah diakhiri dengan bacaan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, sebagai tanda kasih dan kecintaan kita kepada Baginda.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW terus subur di hati dan menjadi pendorong untuk kita memperbaiki diri serta mengamalkan ajaran Baginda dalam kehidupan.

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ูˆุณู„ู… ุนู„ู‰ ู†ุจูŠู†ุง ู…ุญู…ุฏ ๏ทบ







Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
JKR Terengganu

๐Ÿšฆ ๐— ๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐— ๐—ฃ๐—จ ๐—œ๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐Ÿšฆ25 Ogos 2026 | SelasaDimaklumkan kepada semua pengguna jalan raya bahawa lampu i...
25/08/2026

๐Ÿšฆ ๐— ๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐— ๐—ฃ๐—จ ๐—œ๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐Ÿšฆ

25 Ogos 2026 | Selasa

Dimaklumkan kepada semua pengguna jalan raya bahawa lampu isyarat di Persimpangan MR.DIY Paka โ€“ FT03, Jalan Kemamanโ€“Dungun akan mula beroperasi sepenuhnya seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ“… ๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต: ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (๐—ฅ๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚)
๐Ÿ• ๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ: ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐˜‚๐—น๐—ฎ ๐Ÿญ.๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฝ๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด

Sehubungan itu, semua pengguna jalan raya dinasihatkan agar mematuhi arahan lampu isyarat, sentiasa peka terhadap perubahan aliran trafik serta memandu dengan berhati-hati ketika melalui persimpangan berkenaan.

Kerjasama dan perhatian semua pengguna jalan raya amat dihargai demi memastikan kelancaran trafik dan keselamatan bersama.







Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
JKR Terengganu

๐ŸŒ™๐’๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐Œ๐š๐ฎ๐ฅ๐ข๐๐ฎ๐ซ ๐‘๐š๐ฌ๐ฎ๐ฅ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡ / ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Œ๐ŸŒ™ _"๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐ƒ๐ข๐ก๐š๐ฒ๐š๐ญ๐ข, ๐”๐ฆ๐ฆ๐š๐ก ๐ƒ๐ข๐›๐ž๐ซ๐ค๐š๐ญ๐ข"_ Salam Maulidur Rasul 1448H/2026M kepada seluru...
24/08/2026

๐ŸŒ™๐’๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐Œ๐š๐ฎ๐ฅ๐ข๐๐ฎ๐ซ ๐‘๐š๐ฌ๐ฎ๐ฅ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡ / ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Œ๐ŸŒ™

_"๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐ƒ๐ข๐ก๐š๐ฒ๐š๐ญ๐ข, ๐”๐ฆ๐ฆ๐š๐ก ๐ƒ๐ข๐›๐ž๐ซ๐ค๐š๐ญ๐ข"_

Salam Maulidur Rasul 1448H/2026M kepada seluruh umat Islam yang meraikannya.

Tanggal 12 Rabiulawal 1448H bersamaan 25 Ogos 2026 merupakan hari memperingati ulang tahun kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW ๏ทบ.

Bersempena dengan Maulidur Rasul, marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran insan agung, Nabi Muhammad SAW ๏ทบ, yang membawa cahaya keimanan, rahmat dan petunjuk kepada seluruh umat manusia.

Semoga sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini terus menyemarakkan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW ๏ทบ, serta memperteguh usaha untuk membina ummah yang berakhlak mulia, berilmu dan sejahtera, selari dengan nilai-nilai Malaysia MADANI.

Ikhlas daripada:
Jurutera Daerah dan seluruh warga kerja
Jabatan Kerja Raya Daerah Dungun (JKR)







Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
JKR Terengganu

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฅ๐—œ๐——๐—˜ ๐—จ๐—ž๐—›๐—ช๐—”๐—› ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜-๐Ÿญ๐Ÿฎ ๐—ž๐—˜ ๐—๐—”๐—ก๐——๐—” ๐—•๐—”๐—œ๐—ž, ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—š 24 Ogos 2026 | IsninKelab Bikers' JKR Dungun telah menganjurkan Pro...
24/08/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฅ๐—œ๐——๐—˜ ๐—จ๐—ž๐—›๐—ช๐—”๐—› ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜-๐Ÿญ๐Ÿฎ ๐—ž๐—˜ ๐—๐—”๐—ก๐——๐—” ๐—•๐—”๐—œ๐—ž, ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—š

24 Ogos 2026 | Isnin

Kelab Bikers' JKR Dungun telah menganjurkan Program Ride Ukhwah Siri Ke-12 ke Janda Baik, Pahang pada 21 hingga 22 Ogos 2026. Program ini disertai seramai 15 orang kakitangan JKR Dungun dan diketuai oleh Jurutera Daerah, Ir. Mohd Al Azhar bin Ali.

Program Ride Ukhwah ini bukan sahaja menjadi platform untuk para peserta menikmati pengalaman menunggang motosikal dan menerokai keindahan alam semula jadi Janda Baik, malah turut menjadi wadah untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat setiakawan serta memperkukuhkan ukhwah dalam kalangan warga JKR Dungun.

Semoga penganjuran Ride Ukhwah Siri Ke-12 ini terus menyemarakkan semangat persaudaraan dan kebersamaan dalam kalangan warga JKR Dungun, di samping menjadi kenangan yang bermakna buat semua peserta.







JKR Terengganu

๐—ž๐—˜๐—๐—ข๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—•๐—ข๐—Ÿ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ž ๐Ÿณ ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—๐—ž๐—ฅ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ21 Ogos 2026 | JumaatKelab Sukan dan Kebajikan (KSK) JKR Dungun telah ...
21/08/2026

๐—ž๐—˜๐—๐—ข๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—•๐—ข๐—Ÿ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ž ๐Ÿณ ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—๐—ž๐—ฅ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—”๐—ก๐—จ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

21 Ogos 2026 | Jumaat

Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) JKR Dungun telah menyertai Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah JKR Terengganu 2026 anjuran KSK JKR Setiu yang telah berlangsung pada 20 Ogos 2026 bertempat di KTC 7, Kuala Nerus, Gong Badak.

Kejohanan ini merupakan salah satu platform bagi memperkukuhkan semangat kesukanan, kerjasama dan ukhuwah dalam kalangan warga JKR Terengganu, di samping menjadi persediaan dan medan pemilihan pemain bagi menghadapi Sukan JKR Se-Malaysia (SURYA) 2026.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh ahli pasukan JKR Dungun di atas komitmen, semangat juang dan kesungguhan yang ditunjukkan sepanjang kejohanan.

Semoga pengalaman yang diperoleh dapat menjadi pemangkin kepada prestasi yang lebih baik serta terus menyemarakkan budaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan warga kerja JKR Dungun.







JKR Terengganu

Address

Kuala Dungun

Telephone

+6098481657

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kerja Raya Dungun posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Kerja Raya Dungun:

Shortcuts

Share