Muslimat Dun Sura Official

Muslimat Dun Sura Official Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Muslimat Dun Sura Official, Political organisation, Kampung Molek, Kuala Dungun.

21/05/2026

πŸ”₯ GEN Z DUNGUN, INI BUKAN SEKADAR BRISK WALK… INI PALING HAVOC TAHUN 2026! πŸ”₯

Jom turun beramai-ramai ke GEN Z Brisk Walk @ Pantai Teluk Lipat, Dungun dan rasai pengalaman paling meriah, sihat dan penuh hadiah! πŸƒβ€β™‚οΈπŸƒβ€β™€οΈβœ¨

πŸ’₯ Dengan hanya RM10 anda akan dapat:
βœ… BAJU EKSKLUSIF PROGRAM
βœ… Suasana paling happening bersama anak muda Dungun
βœ… Peluang menang cabutan bertuah GEMPAAAAK! 🎁

πŸŽ‰ ANTARA HADIAH MENARIK MENANTI ANDA:
🏍 1 UNIT MOTOSIKAL AVETA VIPER 180
πŸ“± 2 UNIT IPHONE 17 PRO
πŸ’» 5 UNIT IPAD

‼️ KHAS UNTUK PENGUNDI DUNGUN BERUMUR 17-25 TAHUN ‼️

πŸ“ Pantai Teluk Lipat, Dungun
πŸ“… 27 Jun 2026 (Sabtu)
⏰ 7.30 Pagi

⚑ Tempat TERHAD kepada 3000 peserta terawal sahaja!
Siapa cepat dia dapat! Jangan tunggu last minute πŸ”₯

πŸ“² Scan QR Code & daftar sekarang!
Tag geng korang, ajak ramai-ramai dan kita gegarkan Dungun bersama GEN Z! πŸ’šπŸ’›

Alhamdulillah, dengan rahmat dan kasih sayang mu ya Allah kami dari Kebajikan Muslimat Dun Sura berkesempatan menyantuni...
20/05/2026

Alhamdulillah, dengan rahmat dan kasih sayang mu ya Allah kami dari Kebajikan Muslimat Dun Sura berkesempatan menyantuni beberapa buah rumah di Cawangan Sura Jetty.

Semoga dengan ziarah kami ini dapat memberi sedikit kekuatan, ketenangan dan semangat.
Sakit itu ujian dari Allah dan sakit juga akan menjadi penghapus dosa kita dan Allah akan gantikan dengan kesihatan yang lebih baik insha Allah.

Ψ§Ω„Ω„Ω‡Ω… Ψ±Ψ¨ Ψ§Ω„Ω†Ψ§Ψ³ Ψ£Ψ°Ω‡Ψ¨ Ψ§Ω„Ψ¨Ψ£Ψ³ واشفِ Ψ£Ω†Ψͺ Ψ§Ω„Ψ΄Ψ§ΩΩŠ

Semoga Allah angkat segala kesakitan dan beri kesembuhan yang sempurna. Semoga Allah permudahkan urusan dan kurniakan kesihatan yang baik seperti sediakala.

Sakit ini ujian kasih sayang Allah. Semoga diberi kekuatan sentiasa.

Sempena Hari Raya Aidiladha ini, mari kita sama-sama luangkan sedikit masa hadir ke Ceramah Kuliah Dhuha untuk sama-sama...
18/05/2026

Sempena Hari Raya Aidiladha ini, mari kita sama-sama luangkan sedikit masa hadir ke Ceramah Kuliah Dhuha untuk sama-sama mengambil ibrah tentang pengorbanan, keikhlasan dan cinta kepada Allah 🀍

Tajuk: β€œHayati Pengorbanan, Suburkan Keimanan”.

πŸ—“ 22 Mei 2026 (Jumaat)
πŸ•˜ 9.00 pagi – 10.00 pagi
πŸ“ Surau Sungai Udang
πŸŽ™ Bersama: Ustaz Abdullah Fahim Bin Husin

Muslimat semua dijemput hadir.

Ajak sekali sahabat, jiran, adik-beradik dan ibu tersayang.

Semoga setiap langkah ke majlis ilmu menjadi asbab ketenangan dan keberkatan hidup.

Alhamdulillah terbaik semua.
17/05/2026

Alhamdulillah terbaik semua.

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA PENDIDIK YANG DIHORMATIGuru adalah insan mulia yang menabur ilmu tanpa mengenal penat lelah...
16/05/2026

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA PENDIDIK YANG DIHORMATI

Guru adalah insan mulia yang menabur ilmu tanpa mengenal penat lelah.

Mereka mendidik bukan sahaja akal, tetapi juga hati dan akhlak agar lahir generasi yang beriman, berilmu dan berbakti.

Muslimat DUN Sura mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang telah mencurahkan ilmu dan kasih sayang kepada anak-anak bangsa.

Sesungguhnya jasa seorang guru tidak mampu dibalas dengan harta, tetapi sentiasa dikenang dalam doa dan ingatan sepanjang hayat.

Semoga Allah SWT merahmati setiap langkah para pendidik dan menjadikan segala usaha mereka sebagai saham akhirat yang berkekalan.

Terima Kasih Cikgu ❀️

β€œGuru Bitara, Nadi Negara”

|| π™πˆπ€π‘π€π‡ πŠπ„ππ€π‰πˆπŠπ€π πŒπ”π’π‹πˆπŒπ€π“ 𝐃𝐔𝐍 𝐒𝐔𝐑𝐀 ||Minggu ini, Team Kebajikan Muslimat DUN Sura bersama Pegawai i-MiTS dan Ketua Mu...
12/05/2026

|| π™πˆπ€π‘π€π‡ πŠπ„ππ€π‰πˆπŠπ€π πŒπ”π’π‹πˆπŒπ€π“ 𝐃𝐔𝐍 𝐒𝐔𝐑𝐀 ||

Minggu ini, Team Kebajikan Muslimat DUN Sura bersama Pegawai i-MiTS dan Ketua Muslimat Dun Sura, Kak Ros berkesempatan menziarahi beberapa buah rumah di Cawangan Teluk Lipat yang diuji sakit dan susah.

Sedikit sumbangan telah disampaikan sebagai tanda prihatin dan sokongan. Kami mendoakan agar Allah SWT mempermudahkan segala urusan mereka serta mengurniakan kesembuhan kepada semua yang sedang sakit.

12 Mei merupakan tarikh istimewa untuk kita menzahirkan penghargaan kepada seluruh jururawat yang telah menabur bakti de...
11/05/2026

12 Mei merupakan tarikh istimewa untuk kita menzahirkan penghargaan kepada seluruh jururawat yang telah menabur bakti dengan penuh dedikasi dalam bidang kesihatan.

Dalam setiap saat getir dan sukar, jururawat hadir dengan kelembutan, kesabaran dan keprihatinan.

Mereka bukan sahaja merawat tubuh yang sakit, tetapi turut menyuntik kekuatan emosi dan harapan kepada para pesakit serta keluarga.

Tema Hari Jururawat Sedunia tahun ini masih kekal, β€œOur Nurses, Our Future. Caring for Nurses Strengthens Economies”, mengingatkan kita bahawa menjaga kebajikan jururawat adalah satu pelaburan besar kepada masa depan negara.

Peranan mereka amat penting dalam membina sistem kesihatan yang mantap dan masyarakat yang sejahtera.

Muslimat DUN Sura mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua jururawat atas khidmat bakti yang dicurahkan dengan penuh amanah, kasih sayang dan profesionalisme.

Selamat Hari Jururawat Sedunia 2026.

Semoga Allah SWT memberkati setiap usaha dan pengorbanan kalian dalam menjaga kesihatan ummah. 🌷🀍

Sempena Sambutan Hari Pekerja 1 Mei 2026 baru-baru ini, Lajnah Pekerja & Modal Insan dan Pengguna & Kepenggunaan (REGU/P...
10/05/2026

Sempena Sambutan Hari Pekerja 1 Mei 2026 baru-baru ini, Lajnah Pekerja & Modal Insan dan Pengguna & Kepenggunaan (REGU/PEKA) Muslimat DUN Sura telah mengadakan Program Santuni Pekerja Salon Wanita melibatkan 8 orang pekerja salon sekitar DUN Sura dengan penglibatan AJK Lajnah REGU/PEKA Muslimat DUN Sura.

Alhamdulillah, kunjungan ini bukan sekadar menyampaikan penghargaan buat para pekerja, bahkan menjadi ruang mengeratkan silaturrahim dan menyebarkan nilai kasih sayang dalam masyarakat.

Semoga setiap usaha kecil ini menjadi asbab kebaikan dan memberi manfaat buat semua. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini 🀍

Kak Ros, Ketua Muslimat DUN Sura bersama Pegawai Hal Ehwal Wanita i-MiTS dan AJK Kebajikan Muslimat DUN Sura sempat ziar...
06/05/2026

Kak Ros, Ketua Muslimat DUN Sura bersama Pegawai Hal Ehwal Wanita i-MiTS dan AJK Kebajikan Muslimat DUN Sura sempat ziarah Kak Dah (nama panggilan) di rumahnya selepas kedai makan beliau di Kampung Nibong terbakar Jumaat lepas.

Difahamkan masa kejadian, Kak Dah tengah memasak sebelum gas habis dan berlaku kebocoran. Tiba-tiba api menjulang dan menyambar, sampai dapur kedai terbakar. Kak Dah juga melecur di muka dan kedua-dua tangan, dan terus dibawa ke hospital oleh orang awam untuk rawatan.

Ziarah ini tanda keprihatinan Muslimat, dan sedikit sumbangan disampaikan untuk bantu ringankan beban Kak Dah.

Doakan Kak Dah cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan. Semoga Allah gantikan setiap ujian ini dengan yang lebih baik.

|| π™πˆπ€π‘π€π‡ πŠπ„ππ€π‰πˆπŠπ€π πŒπ”π’π‹πˆπŒπ€π“ 𝐃𝐔𝐍 𝐒𝐔𝐑𝐀 ||Minggu ini, Team Kebajikan Muslimat DUN Sura bersama Pegawai i-MiTS dan Ketua Mu...
06/05/2026

|| π™πˆπ€π‘π€π‡ πŠπ„ππ€π‰πˆπŠπ€π πŒπ”π’π‹πˆπŒπ€π“ 𝐃𝐔𝐍 𝐒𝐔𝐑𝐀 ||

Minggu ini, Team Kebajikan Muslimat DUN Sura bersama Pegawai i-MiTS dan Ketua Muslimat Dun Sura, Kak Ros berkesempatan menziarahi empat buah rumah di Cawangan Bunga Raya yang diuji sakit, susah dan kematian suami.

Sedikit sumbangan telah disampaikan sebagai tanda prihatin dan sokongan. Kami mendoakan agar Allah SWT mempermudahkan segala urusan mereka serta mengurniakan kesembuhan kepada semua yang sedang sakit.

Address

Kampung Molek
Kuala Dungun
23000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muslimat Dun Sura Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share