Polis IPD Kuala Kangsar

Polis IPD Kuala Kangsar Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Polis IPD Kuala Kangsar, Government Organization, IPD KUALA KANGSAR, Kuala Kangsar.

14/08/2026

Latihan Amali Gemparan Am - Serangan Ke Atas Balai Polis Manong Peringkat IPD Kuala Kangsar.

Latihan Amali Gemparan Am Serangan Ke Atas Balai Polis ManongKUALA KANGSAR, 14 Ogos 2026 – Satu Latihan Amali Gemparan A...
14/08/2026

Latihan Amali Gemparan Am Serangan Ke Atas Balai Polis Manong

KUALA KANGSAR, 14 Ogos 2026 – Satu Latihan Amali Gemparan Am Berkaitan Serangan Ke Atas Balai Polis Manong telah dilaksanakan sebagai langkah persediaan bagi menguji tahap kesiapsiagaan, kecekapan serta keupayaan anggota dalam menghadapi sebarang ancaman keselamatan terhadap balai polis.
Latihan yang dijalankan secara simulasi tersebut melibatkan situasi serangan ke atas Balai Polis Manong dan dilaksanakan mengikut prosedur serta tindakan yang ditetapkan. Ia bertujuan memastikan setiap anggota memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing ketika berdepan situasi kecemasan serta mampu bertindak dengan pantas, teratur dan berkesan.

Selain menguji tindak balas anggota bertugas, latihan turut memberi penekanan terhadap aspek komunikasi, pengaktifan sistem gemparan, kawalan keselamatan kawasan, pergerakan anggota serta penyelarasan tindakan antara elemen yang terlibat.

Pelaksanaan latihan ini juga merupakan salah satu usaha berterusan PDRM dalam memperkukuh tahap kesiapsiagaan warga pasukan serta memastikan keselamatan balai, anggota dan orang awam sentiasa diberi keutamaan.
Secara keseluruhannya, latihan amali tersebut berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.

Penilaian selepas latihan turut dilaksanakan bagi mengenal pasti sebarang kelemahan serta ruang penambahbaikan untuk memastikan tahap kesiapsiagaan anggota sentiasa berada pada tahap optimum.

“SIAP SIAGA, TANGKAS DAN PROFESIONAL DALAM MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB.”


14/08/2026

Program General Rollcall Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar Bulan Ogos 2026.

https://www.facebook.com/share/p/1DaHQuVKcQ/
11/08/2026

https://www.facebook.com/share/p/1DaHQuVKcQ/

MO: PINJAMAN TIDAK WUJUD‼️‼️‼️

Pinjaman mudah di hujung jari, wang lesap kemudian hari‼️‼️‼️

Tanda-tanda Pinjaman Tidak Wujud

✅ Kelulusan pinjaman terlalu mudah dan cepat.
✅ Meminta bayaran sebelum wang pinjaman dikeluarkan.
✅ Berurusan hanya melalui WhatsApp atau Telegram.
✅ Mendesak mangsa membuat pembayaran segera.
✅ Menggunakan akaun peribadi untuk menerima wang.

Nasihat Pencegahan

✅Pinjaman sah tidak pernah meminta bayaran pendahuluan.
✅Semak lesen syarikat kewangan dengan Bank Negara Malaysia.
✅Jangan kongsi maklumat perbankan atau TAC kepada sesiapa.
✅Semak maklumat syarikat melalui sumber rasmi.
✅Jika telah membuat pembayaran, segera hubungi NSRC 997 untuk tindakan pantas.


Address

IPD KUALA KANGSAR
Kuala Kangsar
33000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis IPD Kuala Kangsar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share