JPS Kuala Kangsar

JPS Kuala Kangsar Laman Facebook Rasmi Jabatan Pengairan Dan Saliran Kuala Kangsar

01/09/2026
30/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 TAHUN 2026 🇲🇾

Seluruh warga kerja Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak merakamkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Bersempena sambutan tahun ini yang bertemakan “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan terhadap tanah air.

Semoga keamanan, keharmonian dan kemakmuran yang dikecapi terus dipelihara serta menjadi asas kepada usaha kita dalam membangunkan negara ke arah masa depan yang lebih maju, sejahtera dan gemilang.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾


🇲🇾 HOORA HOORAY MERDEKA! 🇲🇾Jom raikan semangat kemerdekaan bersama-sama di Sambutan Kemerdekaan Padang Rengas! ❤️💙💛Pelba...
29/08/2026

🇲🇾 HOORA HOORAY MERDEKA! 🇲🇾

Jom raikan semangat kemerdekaan bersama-sama di Sambutan Kemerdekaan Padang Rengas! ❤️💙💛

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda! 🔥

📅 30 Ogos 2026 (Ahad)
📍 Denai Kafe, JPS Kuala Kangsar
⏰ 12.00 Tengah Hari – 12.30 Malam

Bawa keluarga, kawan-kawan dan raikan semangat Merdeka bersama kita! 🇲🇾✨

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Jumpa anda di sana! ❤️🤍💙💛

24/08/2026

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H

Hari Maulidur Rasul disambut bertujuan untuk memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, seorang insan mulia yang membawa cahaya hidayah dan petunjuk kepada umat manusia. Semoga kita terus berusaha mencontohi akhlak dan sunnah baginda dalam kehidupan seharian kita.

“Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat contoh teladan yang terbaik.” (Surah Al-Ahzab: 21)

Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat dan doa agar kita menjadi umat yang sentiasa dirahmati.

Ikhlas daripada seluruh warga kerja JPS Negeri Perak


Jabatan Pengairan dan Saliran Kuala Kangsar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan terima kasih dan selamat...
17/08/2026

Jabatan Pengairan dan Saliran Kuala Kangsar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan terima kasih dan selamat maju jaya kepada:

Encik Muhammad Ariff bin Abdul Khalid, Penolong Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran Kuala Kangsar yang akan bertukar ke Pejabat Projek Persekutuan Negeri Perlis, JPS Malaysia.

Pihak jabatan mendoakan agar Tuan akan terus maju jaya serta cemerlang dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab di tempat baharu.

Ikhlas daripada seluruh warga kerja Jabatan Pengairan dan Saliran Kuala Kangsar.


PERSIDANGAN TEKNIKAL DAN HARI INOVASI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI PERAKSekalung tahniah diucapkan kepada para p...
17/08/2026

PERSIDANGAN TEKNIKAL DAN HARI INOVASI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI PERAK

Sekalung tahniah diucapkan kepada para peserta diatas kejayaan merangkul Naib Juara Hari Inovasi Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Perak 2026. Persidangan Teknikal dan Hari Inovasi ini telah berlangsung selama tiga hari bermula pada 11 hingga 13 Ogos 2026 yang lalu.

Kejayaan ini bermula daripada satu penghasilan Sistem Lampu Bollard Sungai Pintar dengan ciri yang sistematik, praktikal serta berinovasi tinggi. Pencapaian ini mencerminkan komitmen, kreativiti dan kesungguhan para peserta dalam menghasilkan inovasi yang berdaya guna serta berpotensi memberikan impak yang positif pada masa akan datang.

Syabas dan Tahniah!


Address

Jabatan Pengairan Dan Saliran Kuala Kangsar, Jalan Raja Chulan
Kuala Kangsar
33000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6057761177

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPS Kuala Kangsar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share