30/08/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐ โ ๐๐๐๐ | ๐๐ โ ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ | ๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐
Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI: Penggerak Komuniti Negeri Perak telah berlangsung pada 28 hingga 30 Ogos 2026 bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan (PLK) Ulu Kenas dengan kerjasama Akademi Kepimpinan Malaysia.
Program anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Perak ini bertujuan memperkukuh penghayatan kenegaraan, jati diri serta pemahaman terhadap nilai-nilai teras Malaysia MADANI dalam kalangan penggerak komuniti Negeri Perak.
Sepanjang kursus, para peserta mengikuti pelbagai pengisian seperti Interaktif Kenegaraan, latihan dalam kumpulan dan Kembara Jiwa Merdeka yang menekankan aspek sejarah Malaysia, Rukun Negara, Perlembagaan Persekutuan serta gagasan kerajaan semasa iaitu Malaysia MADANI.
Majlis Penutup kursus dimulakan dengan ucapan aluan yang penuh inspirasi oleh YBrs. Encik Haslizar bin Rozally, Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Perak.
Seterusnya, ucapan Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri. Dalam ucapan Perasmian Penutup, beliau menegaskan tentang kepentingan membentuk kepimpinan yang berteraskan nilai, amanah dan tanggungjawab, dengan setiap amanah yang diberikan dilaksanakan dengan penuh kesungguhan, kejujuran dan sebaik mungkin.
Semoga pengisian sepanjang kursus ini dapat diterjemahkan dalam kehidupan bermasyarakat serta memperkukuh peranan penggerak komuniti sebagai pemangkin perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan masyarakat, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan Rukun Negara.