Pejabat RISDA Daerah Kuala Kangsar

Pejabat RISDA Daerah Kuala Kangsar PIHAK BERKUASA PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH Adakah Pejabat RISDA beroperasi dalam tempoh PKP? Adakah Kursus/ Latihan Bagi Pekebun Kecil dijalankan semasa PKP?

OPERASI PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH (RISDA) DALAM TEMPOH PKP 1 JUN HINGGA 14 JUN 2021 FASA 1

1. Semua Premis Pejabat RISDA diseluruh negara adalah ditutup dan tetapi operasi perkhidmatan diteruskan oleh Pegawai RISDA secara Bekerja Dari Rumah (BDR) tertakluk kepada arahan PKP yang berkuatkuasa dari 1 Jun hingga 14 Jun 2021.

2. Adakah bantuan โ€“ bantuan RISDA kepada peke

bun kecil diteruskan dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini? Bantuan RISDA masih diteruskan berdasarkan kelulusan serta surat arahan pengoperasian, walaubagaimanapun, operasi dilapangan DITANGGUHKAN dalam tempoh PKP 1 Jun hingga 14 Jun ini bagi mengekang wabak Covid-19.

3. Semua kursus/ latihan pekebun kecil ditangguhkan buat masa ini.

4. Adakah invois tuntutan yang dikemukakan oleh pembekal bagi perkhidmatan yang telah disempurnakan akan diproses dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan? Invois tuntutan bayaran yang telah lengkap akan diproses dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

5. Adakah urusan tender dan sebutharga diteruskan dalamTempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini? Semua urusan tender dan sebutharga baharu ditangguhkan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan bagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

6. Adakah program-program RISDA yang melibatkan perhimpunan ramai diteruskan? Semua program RISDA yang melibatkan perhimpunan ramai ditangguhkan dan sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

7. Adakah RISDA menjalankan penganjuran majlis/ perjumpaan/ Hari Bersama Pelanggan bersama pekebun kecil semasa PKP? Semua penganjuran majlis dan perjumpaan bersama Pekebun Kecil ditangguhkan buat masa ini. Walaubagaimanapun, Hari Bersama Pelanggan dilaksanakan secara online pada setiap hari Selasa setiap minggu pada jam 3.00-4.00 petang.

8. Adakah penggunaan dan penyewaan kemudahan RISDA (dewan/ bilik mesyuarat/ ruang/ asrama/ kawasan lapang) di Premis RISDA dibenarkan semasa PKP? Semua pengunaannya tidak dibenarkan pada masa ini dan semua tempahan yang telah dibuat dibatalkan.

9. Adakah pekebun kecil/ pelawat/ kontraktor dibenarkan masuk ke dalam Premis RISDA semasa PKP? Semua pergerakan masuk dan keluar pekebun kecil/ pelawat/ kontraktor ke premis RISDA adalah TIDAK dibenarkan dan jika terdapat keperluan seperti kerja-kerja pembaikan perlu membuat temujanji terlebih dahulu. Sebarang kemusykilan orang ramai boleh mendapatkan maklumat dengan melayari Laman Sesawang dan saluran media sosial RISDA

13/06/2026

"๐’๐ž๐ฌ๐ฎ๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ก๐ง๐ฒ๐š ๐ค๐š๐ฆ๐ข ๐ฆ๐ข๐ฅ๐ข๐ค ๐€๐ฅ๐ฅ๐š๐ก ๐๐š๐ง ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š-๐๐ฒ๐š ๐ค๐š๐ฆ๐ข ๐ค๐ž๐ฆ๐›๐š๐ฅ๐ข."
(๐’๐ฎ๐ซ๐š๐ก ๐€๐ฅ-๐๐š๐ช๐š๐ซ๐š๐ก: ๐Ÿ๐Ÿ“๐Ÿ”)

Seluruh Warga Kerja RISDA merakamkan ucapan takziah kepada YB Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib, Pengerusi RISDA serta seluruh ahli keluarganya di atas pemergian ibu tercinta, Allahyarhamah Hajah Ngainon binti Haji Kasmoin pada awal pagi ini.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, serta ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Al-fatihah.

RPSB Beli โ€œBarangโ€ Dari Depo... Harga Baikk Punya! ๐Ÿ’ช๐Ÿฝ๐ŸŒณBelian Getah oleh RISDA Plantation Sdn. Bhd. (RPSB)๐Ÿ“ Depo Belian G...
12/06/2026

RPSB Beli โ€œBarangโ€ Dari Depo... Harga Baikk Punya! ๐Ÿ’ช๐Ÿฝ๐ŸŒณ

Belian Getah oleh RISDA Plantation Sdn. Bhd. (RPSB)

๐Ÿ“ Depo Belian Getah Kampung Senggang, Manong

๐Ÿ“… 11 Jun 2026

Alhamdulillah, pihak RISDA Plantation Sdn. Bhd. (RPSB) telah melaksanakan urusan belian getah di Depo Kampung Senggang, Manong dengan menawarkan harga yang kompetitif berdasarkan kualiti getah serta Kandungan Getah Kering (KGK) yang diperoleh.

Usaha ini merupakan komitmen berterusan RISDA Plantation Sdn. Bhd. bersama RISDA dalam memastikan pekebun kecil getah di seluruh Daerah Kuala Kangsar mendapat akses kepada pasaran yang lebih baik serta harga yang adil dan kompetitif.

โœ… Harga tinggi & Kompentetif berasaskan kualiti dan KGK
โœ… Timbangan telus dan tepat
โœ… Pembayaran yang terjamin
โœ… Membantu meningkatkan pendapatan pekebun kecil

Jom jual getah anda kepada RPSB!
"Harga kompetitif, urusan mudah, pekebun kecil lebih untung." ๐ŸŒฑ๐Ÿค

PEJABAT RISDA DAERAH KUALA KANGSAR







BELIAN GETAH BERGERAK OLEH RPSBBelian Getah Bergerak oleh RISDA Plantation Sdn. Bhd. (RPSB) telah berjaya dilaksanakan d...
12/06/2026

BELIAN GETAH BERGERAK OLEH RPSB
Belian Getah Bergerak oleh RISDA Plantation Sdn. Bhd. (RPSB) telah berjaya dilaksanakan di TSK Komres, Sungai Siput pada 11 Jun 2026.
Maklumat Belian ๐Ÿ“ Lokasi: TSK Komres, Sungai Siput
๐Ÿ“… Tarikh: 11 Jun 2026
๐Ÿ’ฐ Harga Belian: RM4.00/kg
๐Ÿ“Š KGK: 50%
โš–๏ธ Jumlah Berat: 1124.2 kg
๐Ÿ‘ฅ Bilangan Peserta: 16 orang
Alhamdulillah, pihak RPSB telah menawarkan harga belian yang kompetitif kepada pekebun kecil getah di TSK Komres berdasarkan kualiti getah serta Kandungan Getah Kering (KGK) yang dijual.
Pejabat RISDA Daerah Kuala Kangsar melalui RPSB sentiasa komited dalam memastikan pekebun kecil getah di seluruh daerah Kuala Kangsar menerima harga yang adil, tinggi dan berbaloi dengan usaha serta titik peluh mereka.
Jom jual getah anda kepada RPSB!
โœ… Harga belian yang kompetitif dan menguntungkan
โœ… Timbangan digital yang telus dan tepat
โœ… Bayaran terus kepada pekebun kecil
โœ… Urusan mudah, cepat dan dipercayai






Belian Getah Harga Bermaruah oleh RISDA Plantation Sdn Bhd (RPSB)๐Ÿ“ Tempat: Kampung Kroh Hilir, Padang Rengas๐Ÿ“… Tarikh: 09...
10/06/2026

Belian Getah Harga Bermaruah oleh RISDA Plantation Sdn Bhd (RPSB)

๐Ÿ“ Tempat: Kampung Kroh Hilir, Padang Rengas
๐Ÿ“… Tarikh: 09 April 2026

Pekebun kecil sekitar kawasan dijemput untuk menjual getah kepada RPSB yang menawarkan harga belian yang lebih bermaruah dan kompetitif.

โœ… Harga ditawarkan tinggi
โœ… Timbangan telus
โœ… Bayaran cepat

Jom jual getah anda kepada RPSB dan nikmati harga yang lebih baik! ๐ŸŒฑ๐Ÿ’ฐ








*KURSUS IN-SITU PEMASARAN HASIL BAGI PESERTA AGROMAKANAN PEJABAT RISDA DAERAH KUALA KANGSAR*๐Ÿ“… Tarikh: 10 Jun 2026๐Ÿ“ Tempa...
10/06/2026

*KURSUS IN-SITU PEMASARAN HASIL BAGI PESERTA AGROMAKANAN PEJABAT RISDA DAERAH KUALA KANGSAR*

๐Ÿ“… Tarikh: 10 Jun 2026
๐Ÿ“ Tempat: IKPK Padang Rengas

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Kursus In-Situ Pemasaran Hasil yang melibatkan peserta Program Agromakanan dari seluruh Daerah Kuala Kangsar.
Kursus ini telah menjemput khas penceramah daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) iaitu En.Ammar Ridhwan bin Ramli yang telah berkongsi pelbagai maklumat berkaitan pemasaran hasil pertanian dan peranan FAMA dalam membantu usahawan serta peserta agromakanan memasarkan produk mereka.

Melalui kursus ini, para peserta telah mendapat pendedahan mengenai fungsi dan peranan FAMA dalam membantu pemasaran hasil bagi pelbagai projek agromakanan seperti tanaman sayur-sayuran, buah-buahan, ternakan dan akuakultur.

Selain itu, pihak FAMA turut memperkenalkan platform jual beli dalam talian *Agrobazaar Online*, iaitu salah satu platform yang membolehkan petani, penternak dan usahawan memasarkan produk mereka secara atas talian. Pendaftaran platform ini juga terbuka kepada orang awam yang berminat untuk memasarkan produk pertanian mereka.

Pejabat RISDA Daerah Kuala Kangsar melalui Unit Usahawan & Program Khas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak FAMA Negeri Perak atas perkongsian ilmu, maklumat pemasaran serta pelbagai bantuan dan peluang yang ditawarkan kepada peserta Program Agromakanan.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua peserta yang telah hadir dan memberikan komitmen sepanjang kursus berlangsung, sekali gus menjayakan program ini dengan cemerlang.

*"Bersama Memperkasa Usahawan Agromakanan Ke Arah Pemasaran Yang Lebih Berdaya Saing."*







BELIAN GETAH BERGERAK OLEH RPSBBelian Getah Bergerak oleh RISDA Plantation Sdn. Bhd. (RPSB) telah berjaya dilaksanakan d...
09/06/2026

BELIAN GETAH BERGERAK OLEH RPSB
Belian Getah Bergerak oleh RISDA Plantation Sdn. Bhd. (RPSB) telah berjaya dilaksanakan di Kampung Orang Asli Kenang dan Kampung Orang Asli Lawai, Sungai Siput (U) pada 8 Jun 2026.
Maklumat Belian ๐Ÿ“ Lokasi: Kampung OA Kenang & Kampung OA Lawai, Sungai Siput (U)
๐Ÿ“… Tarikh: 8 Jun 2026
๐Ÿ’ฐ Harga Belian: RM4.30 โ€“ RM4.80/kg
๐Ÿ“Š KGK: 53% โ€“ 58%
โš–๏ธ Jumlah Berat: 3,071.35 kg
๐Ÿ‘ฅ Bilangan Peserta: 38 orang
Alhamdulillah, pihak RPSB telah menawarkan harga belian yang kompetitif kepada pekebun kecil getah di Kampung OA Kenang dan Kampung OA Lawai berdasarkan kualiti getah serta Kandungan Getah Kering (KGK) yang dijual.
Pejabat RISDA Daerah Kuala Kangsar melalui RPSB sentiasa komited dalam memastikan pekebun kecil getah di seluruh daerah Kuala Kangsar menerima harga yang adil, tinggi dan berbaloi dengan usaha serta titik peluh mereka.
Jom jual getah anda kepada RPSB!
โœ… Harga belian yang kompetitif dan menguntungkan
โœ… Timbangan digital yang telus dan tepat
โœ… Bayaran terus kepada pekebun kecil
โœ… Urusan mudah, cepat dan dipercayai







๐Ÿšœ๐ŸŒฑ TRANSAKSI BELIAN GETAH TERUS DI DALAM KEBUN! ๐ŸŒฑ๐ŸšœPihak RPSB Masuk Terus Ke Kebun AndaBelian getah secara individu oleh ...
09/06/2026

๐Ÿšœ๐ŸŒฑ TRANSAKSI BELIAN GETAH TERUS DI DALAM KEBUN! ๐ŸŒฑ๐Ÿšœ

Pihak RPSB Masuk Terus Ke Kebun Anda

Belian getah secara individu oleh RISDA Plantation Sdn. Bhd. (RPSB) di Kampung Senawar, Manong, Perak.

En. Abdul Samat Bin Mat Noor, seorang pekebun kecil getah RISDA, telah menghubungi pihak RPSB untuk urusan belian getah terus di kebun beliau.

Alhamdulillah, pihak RPSB telah menawarkan harga belian RM3.98/kg dengan jumlah berat keseluruhan 137.05 kg, memberikan pulangan yang lebih baik kepada pekebun kecil.

Pejabat RISDA Daerah Kuala Kangsar melalui RPSB sentiasa komited dalam memastikan pekebun kecil di seluruh Daerah Kuala Kangsar memperoleh harga yang kompetitif, adil dan bermaruah bagi hasil getah mereka.

Kelebihan Menjual Getah Kepada RPSB
โœ… Belian terus dari kebun
โœ… Harga belian yang kompetitif
โœ… Menggunakan penimbang digital yang telus
โœ… Bayaran terus kepada pekebun
โœ… Mudah, cepat dan dipercayai

๐Ÿ“ž Jom jual getah anda kepada RPSB!
"Harga terbaik untuk hasil titik peluh pekebun kecil."







01/06/2026
01/06/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐ƒ๐š๐ฎ๐ฅ๐š๐ญ ๐“๐ฎ๐š๐ง๐ค๐ฎ, ๐๐š๐ฒ๐ฎ๐ง๐  ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š

Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi. ๐Ÿ‘‘๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Semoga Tuanku dikurniakan kesejahteraan, keafiatan dan terus memayungi rakyat serta negara dengan penuh kedaulatan. Daulat Tuanku!

01/06/2026

๐‘บ๐’†๐’๐’‚๐’Ž๐’‚๐’• ๐‘ด๐’†๐’๐’š๐’‚๐’Ž๐’ƒ๐’–๐’• ๐‘ฏ๐’‚๐’“๐’Š ๐‘พ๐’†๐’”๐’‚๐’Œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
๐Ÿ‘๐Ÿ ๐‘ด๐‘ฌ๐‘ฐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Kami seluruh Warga Kerja RISDA Negeri Perak mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua penganut Buddha di Malaysia.

Semoga sambutan Hari Wesak pada tahun ini membawa keberkatan, kedamaian dan keharmonian kepada seluruh rakyat Malaysia. Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat perpaduan, saling menghormati dan menghargai kepelbagaian demi kesejahteraan negara yang tercinta.

๐ˆ๐ค๐ก๐ฅ๐š๐ฌ ๐ƒ๐š๐ซ๐ข๐ฉ๐š๐๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐š๐ก ๐‘๐ˆ๐’๐ƒ๐€ ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐๐ž๐ซ๐š๐ค ๐๐š๐ง ๐’๐ž๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ก ๐–๐š๐ซ๐ ๐š ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐‘๐ˆ๐’๐ƒ๐€ ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐๐ž๐ซ๐š๐ค







Address

No 48-B, Jalan Dato' Sagor
Kuala Kangsar
33000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6057731000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat RISDA Daerah Kuala Kangsar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat RISDA Daerah Kuala Kangsar:

Share