BN Parlimen Baling

BN Parlimen Baling Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from BN Parlimen Baling, Political organisation, Kuala Ketil.

05/07/2026

Semarak Kasih Bersama Ketua Umno BHG Baling DSP Azeez Rahim Di Perkarangan Pejabat Umno Kuala Ketil.
5/7/2026.

02/04/2026
02/04/2026

Selamat bersidang diucapkan kepada sayap sayap cawangan (Wanita, Pemuda & Puteri) dan UMNO cawangan seluruh negeri Kedah dan seluruh negara.

Semoga persidangan kali ini menjadi wadah untuk memantapkan perpaduan, memperkukuh barisan perjuangan serta menyemarakkan semula semangat dalam memberikan khidmat terbaik kepada rakyat. Moga UMNO terus utuh dan kekal relevan sebagai parti keramat yang sentiasa memperjuangkan kepentingan bangsa dan kedaulatan negara. Tugas kita adalah mempastikan UMNO terus menjadi parti perjuangan melayu relevan dimasa yang akan datang.

Seawal pagi, saya sambung semula program Santuni Asnaf di PDM Mukim Tawar, PDM Lubuk Kabu, PDM Kampung Padang dan PDM Ch...
15/03/2026

Seawal pagi, saya sambung semula program Santuni Asnaf di PDM Mukim Tawar, PDM Lubuk Kabu, PDM Kampung Padang dan PDM Charok Kelian, merangkumi 15 kampung dengan seramai 95 penerima.

Ada antara mereka yang uzur dan terlantar sakit, namun tetap tabah menghadapi kehidupan. Ziarah seperti ini amat menyentuh hati, mengingatkan saya betapa besar ujian yang mereka tempuhi setiap hari.

Semoga Allah SWT menganugerahkan kekuatan dan kesihatan yang baik kepada mereka. InsyaaAllah, selagi ada kudrat dan sedikit rezeki pinjaman daripada Allah, saya akan terus menyantuni dan membantu rakyat yang memerlukan.

https://www.facebook.com/share/p/1cxF3mifDd/?mibextid=wwXIfr

12/03/2026
10/03/2026

Baru habis terawih..Datang member konon nak bergurau kasar..Kau baca Isham jalil kutuk UMNO tu UMDAP..Bukan rumah Bangsa tapi rumah UMDAP..Konon nak probok aku leteww..

Jadi aku pelawa..meh la minum..aku umpan bagi kawan aku duduk dan order minum..
Bro..Meh aku bagi buka otak kau yg bebal ni..

Ada beza bila waktu PAS dan Munge bersama DAP untuk menubuhkan kerajaan dengan UMNO berkerjasama secara en block untuk menubuhkan kerajaan..

PAS menubuhkan kerajaan negeri Perak bersama DAP bila bertanding bawah jenama Pakatan Rakyat dimana sebelum pilihanraya lagi sudah setuju jika menang akan bersama menubuhkan kerajaan dibawah Tahlul Siyasi manakala UMNO tidak begitu..UMNO dalam pilihanraya bertanding bawah BN dan tiada perancangan kerjasama untuk menubuhkan kerajaan bersama DAP mahu pun PH.Cuma bila keputusan pilihanraya keluar tiada satu parti atau pakatan politik berupaya menubuhkan kerajaan walau pun dengan simple majoriti.Maka atas titah Tuanku UMNO bersetuju bersama GPS berkerjasama dengan PH untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.Aku ulang sekali lagi..kerjasama dengan PH yang anchor dalam PH adalah PKR dan bukan DAP.

UMNO tidak seperti Munge dari sebelum PRU14 lagi bersetuju bertanding bawah logo PH dan bersetuju dari awal untuk bersama DAP dari awal jika menang.Maka tertubuhlah Kerajaan di bawah pimpinan Tun M selama 22 bulan bermula mei 2018.

Munge ketika bersama DAP sanggup korban jawatan menteri kewangan kepada DAP iaiti Gone End.Manakala UMNO ketika bersetuju bersama menubuhkan kerajaan perpaduan syaratnya tidak mahu jawatan menteri kewangan diberi kepada DAP..

PAS ketika bersama DAP dalam pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan negeri Perak membisu dan malah bersetuju bagi geran kampung Cina pajakan 999 tahun.Manakala UMNO sekarang bersama PH menubuhkan kerajaan negeri Perak tidak berbuat demikian.Malah di Raub menghapuskan ladang haram durian musang king walau pun dihalang dan dibantah oleh DAP.

UMNO bersama DAP sekarang bantah keras cadangan menaik taraf gelaran kampung warisan kepada beberapa perkampungan kaum cina.

UMNO bantah UEC sedangkan ketika Munge bersama DAP dalam kerajaan bersetuju untuk mengktiraf UEC tapi tak sempat dilaksanakan sebab langkah sheranton yang menyebabkan kerajaan PH1.0 jatuh.

UMNO bersama DAP menubuhkan kerajaan perpaduan bantah cadangan URA iaitu RUU pembangunan Bandar sehingga URA gagal diluluskan dalam dewan rakyat..

UMNO bantah cadangan pilihanraya PBT sedangkan Munge ketika bersama DAP bersetuju cuma tidak sempat dilaksanakan sebab langkah Sheranton.

UMNO walau pun bersama DAP menubuhkan kerajaan tak kempen pegang bendera DAP..Tak tunjuk solat jemaah depan pejabat DAP..UMNO tak buat demonstrasi bersama DAP seperti Munge dan PAS buat.UMNO tak berbaring pegang bendera DAP dalam demonstrasi..

UMNO tak gelar Gone End sebagai khalifah Umar Abdul Aziz seperti yang PAS buat ketika bersama dengan DAP dalam Pakatan Rakyat.

UMNO bantah habis habisan bina ladang babi moden di Bukit Tagar siap UMNO buat kenyataan media lagi tak sama dengan PAS ketika bersama DAP..siap buat kenyataan setuju bina ladang babi..

Ketika dalam kerajaan perpaduan yang ada DAP..UMNO tak diam diri..malah Dr Akmal banyak yang menghentam DAP malah beliau peunya kes saman dari Terasa C**k dan kes lain babit DAP..Tak macam munge dan PAS ketika dalam kerajaan comolot habis habisan..

Setakay isham jalil punya naratif UMDAP..itu aje la modal dia..Org macam dia ni..timbul dari atas..bukan dari bawah..dari ahli biasa..jadi ketua pemuda cawangan..kemudian pergi ke bahagian..ke MKT..jadi apa la dia tahu tentang sentimen kita ni..Dapat jawatan ketua penerangan UMNO malaysia pun dilantik..Itu pun gagal..Bertanding KB lawan megat pun kalah teruk..dapat undi dari cawangan dia aje..ratus cawangan lain tolak dia..Kalau cerdik bacaan politik dia tak bertanding bodoh macam tu..Satu lagi..kau rasa dia cerdik ke..Kena remove group wassap komuniti perumahan aje pun..keluar LOD tu..Senget ke tak otak tu..Orang macam ni elok la tolak dari UMNO..pemimpin kayangan..rasa diri dia betul belaka..Apa punya suwey..pernah dgn midin..midin keluar umno..kerja dengan Najib si PMO..punya la suwey..Najib jatuh tak jadi PM..bukan sahaja Najib..dengan UMNO dengan BN sekali ghuyup PRU14..Duduk dengan wak jahid..punya la suwey..UMNO dapat 26 kerusi parlimen aje dalam PRU15..

Tanpa naratif UMDAP..Bila orang dah boleh paham..Isham Jalil mahu pun Tong Pecal..bukan sape sape..Persamaan mereka berdua adalah pembawa suwey..sape guna khidmat mereka pastu huru hara parti..tengok la apa jdi kat munge sekarang..berantakan di kerjakan Tong Pecal..Suwey beb..suwey beb..

Kau tengok..betapa suwey manusia bernama Tong pecal dan isham Jalil ni..Terkini berpecah belah parti bersatu...Apa punya tangkal diorang pakai..Berkhidmat dengan sape pun diorang pasti lekat suwey tu..

Tak habis aku huraikan satu satu..tiba tiba member aku ni..Habiskan makan..Terus berdiri salam aku..dan tiba tiba dia buat buat angkat call..Dan terus salam aku..kata dia kena gerak sebab bini dah panggil..Ala aku tahu..dia gerak sebab panas leteww...

Anda belajar sesuatu..sila komengg..

10/03/2026

BALING DIHATI....BERSAMA MU 999

09/03/2026

LUAHAN HATI...

08/03/2026
Selepas selesai iftar bersama penduduk Kampung Desa KEDA Ulu Bakai, Ketika Umno Bhg Baling DSP Azeez Rahim hadir meninja...
08/03/2026

Selepas selesai iftar bersama penduduk Kampung Desa KEDA Ulu Bakai, Ketika Umno Bhg Baling DSP Azeez Rahim hadir meninjau sebuah rumah di Kampung Parit Panjang yang telah dilanggar oleh sebuah kenderaan jenis Hilux. Kejadian ini amat mengejutkan dan pastinya memberi kesan kepada penghuni rumah tersebut.

Beliau datang untuk melihat sendiri keadaan rumah, bertanya khabar serta mendengar sendiri situasi yang dihadapi oleh keluarga berkenaan. Saat seperti ini, kehadiran dan sokongan masyarakat amat penting agar mereka tidak berasa keseorangan menghadapi ujian.

Address

Kuala Ketil

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BN Parlimen Baling posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share