JPS Jelebu

JPS Jelebu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from JPS Jelebu, Government Organization, Pejabat Jurutera Daerah, Tingkat 2, Kompleks Pentadbiran Daerah, Kuala Klawang.

21/03/2026

โœจSelamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1447H/2026M โœจ

Bunga melati di tepi laman
Disusun indah penghias seri
Syawal dirai penuh keinsafan
Kemaafan dipohon setulus hati

Ikhlas dari warga kerja JPS Jelebu ๐ŸŒ™



Serahan SST Kerja Sebutharga 09.03.2026 - Sesi penyerahan Surat Setuju Terima (SST) kepada kontraktor yang berjaya bagi ...
09/03/2026

Serahan SST Kerja Sebutharga

09.03.2026 - Sesi penyerahan Surat Setuju Terima (SST) kepada kontraktor yang berjaya bagi kerja sebutharga. Taklimat ringkas berkaitan skop kerja, syarat dan keperluan kontrak telah disampaikan oleh Jurutera Daerah.

Jurutera Daerah berharap agar kerja dapat dilaksanakan dengan mematuhi spesifikasi dan dapat disiapkan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.

Tahniah diucapkan!


Program Bubur Lambuk Ramadan 202603.03.2026 - Alhamdulillah, hari ini telah berlangsung Program Memasak dan Agihan Bubur...
03/03/2026

Program Bubur Lambuk Ramadan 2026

03.03.2026 - Alhamdulillah, hari ini telah berlangsung Program Memasak dan Agihan Bubur Lambuk anjuran JPS Jelebu. Program ini merupakan usaha murni jabatan dalam menyemarakkan lagi ukhuwah di bulan Ramadan yang mulia ini.

โ€‹Sebanyak 2 periuk bubur lambuk telah disediakan secara gotong-royong oleh warga kerja JPS Jelebu dan diagihkan kepada kakitangan JPS Jelebu serta agensi-agensi Kerajaan Daerah Jelebu.

โ€‹Semoga sumbangan kecil ini dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama kita. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini!



Lawatan Tapak Aduan Tebing dan Benteng Runtuh23.02.2026 - Lawatan Jurutera Daerah bersama YB ADUN Klawang, Dato' Ir. Hj....
25/02/2026

Lawatan Tapak Aduan Tebing dan Benteng Runtuh

23.02.2026 - Lawatan Jurutera Daerah bersama YB ADUN Klawang, Dato' Ir. Hj. Bakri Bin Sawir ke Kg Kuala Pah bagi meninjau situasi semasa susulan kejadian banjir yang telah mengakibatkan runtuhan tebing dan benteng Sungai Triang. Kejadian ini juga telah menyebabkan aliran air sungai masuk ke kawasan pemilik tanah dan melibatkan kerosakan harta pemilik.

Lawatan turut dihadiri oleh pemilik tanah, JPKK dan Penghulu Mukim Klawang. Pihak Jabatan akan meneliti keperluan bagi kerja-kerja penyenggaraan dan pembaikan yang berkaitan.


Pendaftaran dan Taklimat Sebutharga Kerja Gred G1 & G225.02.2026 - Pagi ini telah berlangsung sesi pendaftaran dan takli...
25/02/2026

Pendaftaran dan Taklimat Sebutharga Kerja Gred G1 & G2

25.02.2026 - Pagi ini telah berlangsung sesi pendaftaran dan taklimat sebutharga bagi 4 kerja berkala yang bertempat di Perkarangan Pejabat JPS Daerah Jelebu. Sebutharga ini dipelawa bagi kontraktor gred G1 & G2.

Sesi taklimat ringkas berkaitan skop kerja, syarat-syarat serta garis masa sebutharga telah disampaikan oleh Jurutera Daerah dengan kehadiran seramai 90 kontraktor. Taklimat ini berakhir pada jam 11.00 pagi.


Selamat menunaikan ibadah puasa kami ucapkan bagi tahun 1447H/2026M.Semoga di bulan yang mulia ini kita diberi ketenanga...
18/02/2026

Selamat menunaikan ibadah puasa kami ucapkan bagi tahun 1447H/2026M.

Semoga di bulan yang mulia ini kita diberi ketenangan jiwa dan segala amalan diterima Allah SWT ๐Ÿคฒ.

Salam ikhlas dari Warga Kerja JPS Jelebu.


๐—ก๐—ข๐—ง๐—œ๐—ฆ ๐—œ๐—ž๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—จ๐—ง๐—›๐—”๐—ฅ๐—š๐—” Dibuka untuk kontraktor ๐—ž๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜€ ๐—š๐Ÿญ & ๐—ž๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜€ ๐—š๐Ÿฎ dengan pengkhususan ๐—–๐—˜๐Ÿฎ๐Ÿญ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—–๐—˜๐Ÿฌ๐Ÿฒ@๐—–๐—˜๐Ÿฏ๐ŸฒTaklimat ...
16/02/2026

๐—ก๐—ข๐—ง๐—œ๐—ฆ ๐—œ๐—ž๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—จ๐—ง๐—›๐—”๐—ฅ๐—š๐—”

Dibuka untuk kontraktor ๐—ž๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜€ ๐—š๐Ÿญ & ๐—ž๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜€ ๐—š๐Ÿฎ dengan pengkhususan ๐—–๐—˜๐Ÿฎ๐Ÿญ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—–๐—˜๐Ÿฌ๐Ÿฒ@๐—–๐—˜๐Ÿฏ๐Ÿฒ

Taklimat sebutharga adalah pada ๐Ÿฎ๐Ÿฑ.๐Ÿฌ๐Ÿฎ.๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (๐—ฅ๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚) ๐—ท๐—ฎ๐—บ ๐Ÿต.๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ด๐—ถ dan ๐——๐—œ๐—ช๐—”๐—๐—œ๐—•๐—ž๐—”๐—ก.

Dokumen sebutharga boleh diperolehi di Kaunter Pejabat JPS Jelebu bermula ๐Ÿฎ๐Ÿฒ.๐Ÿฌ๐Ÿฎ.๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ต๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ ๐Ÿฌ๐Ÿฐ.๐Ÿฌ๐Ÿฏ.๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ท๐—ฎ๐—บ ๐Ÿต.๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ด๐—ถ ๐—ต๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ ๐Ÿฐ.๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฝ๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด.

๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต ๐˜๐˜‚๐˜๐˜‚๐—ฝ ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐Ÿฌ๐Ÿฐ.๐Ÿฌ๐Ÿฏ.๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (๐—ฅ๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚) ๐—ท๐—ฎ๐—บ ๐Ÿญ๐Ÿฎ.๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐˜๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ.

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, hubungi 06-610 0202.


11.02.2026 - Lawatan dan semakan di tapak bersama pemohon bagi permohonan jalan pertanian di Kg Jelin dan pembaikan tebi...
11/02/2026

11.02.2026 - Lawatan dan semakan di tapak bersama pemohon bagi permohonan jalan pertanian di Kg Jelin dan pembaikan tebing sungai di Kg Rambai Baris, Ulu Klawang.


Pemantauan Kerja-kerja Undi di Tapak11.02.2026 - Pemantauan dan penyeliaan dijalankan oleh Penolong Jurutera bagi memast...
11/02/2026

Pemantauan Kerja-kerja Undi di Tapak

11.02.2026 - Pemantauan dan penyeliaan dijalankan oleh Penolong Jurutera bagi memastikan kerja yang dilaksanakan oleh pihak kontraktor mematuhi spesifikasi dan dapat disiapkan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.

Sebanyak 17 kerja undi fasa 1 (Tahun 2026) di bawah peruntukan MARRIS telah diluluskan bagi JPS Daerah Jelebu.


Lawatan Tapak Rumah Program CSR TNB (Jannatul Baiti) 05.02.2026 - JPS Daerah Jelebu telah dijemput untuk menghadiri sesi...
05/02/2026

Lawatan Tapak Rumah Program CSR TNB (Jannatul Baiti)

05.02.2026 - JPS Daerah Jelebu telah dijemput untuk menghadiri sesi lawatan bersama Wakil Parlimen Jelebu serta agensi-agensi daerah yang lain bagi mengenal pasti isu dan permasalahan yang berbangkit, selain memberikan ulasan teknikal berkaitan pembinaan rumah di Kampung Renal.

Lawatan ini telah dihadiri oleh Jurutera Daerah dan Penolong Jurutera JPS Daerah Jelebu.


๐—ž๐—”๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—ฉ๐—”๐—Ÿ ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ž๐—ฌ๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜-๐Ÿณ๐Ÿด ๐——๐—ฌ๐— ๐—  ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐——๐—œ-๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฆ๐—”๐—ฅ ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—•๐—จ ๐Ÿฎ...
29/01/2026

๐—ž๐—”๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—ฉ๐—”๐—Ÿ ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ž๐—ฌ๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜-๐Ÿณ๐Ÿด ๐——๐—ฌ๐— ๐—  ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐——๐—œ-๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฆ๐—”๐—ฅ ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—•๐—จ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

29.01.2026 - JPS Daerah Jelebu telah menyertai Karnival Sukan Rakyat Daerah Jelebu 2026 dengan menghantar seramai 20 orang peserta. Penyertaan ini melibatkan beberapa acara antaranya tarik tali, lari dalam guni, lari berpasangan, lari golek tayar serta lari kereta sorong.

Pasukan JPS Daerah Jelebu telah memperoleh tempat ke-3 bagi acara tarik tali dan lari dalam guni. Pihak jabatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta atas semangat kesukanan dan komitmen yang ditunjukkan.

Penganjuran karnival sukan rakyat ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, malah berperanan penting dalam memupuk semangat kerjasama berpasukan serta mengukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga jabatan dan komuniti setempat.


29/01/2026

Address

Pejabat Jurutera Daerah, Tingkat 2, Kompleks Pentadbiran Daerah
Kuala Klawang
71600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPS Jelebu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share