17/08/2026
PERKONGSIAN MAKLUMAT (H1)
Tarikh: 17 Ogos 2026
Hari. : Isnin
ππππ ππππππ ππππ ππππππππππ ππππ | πππππ πππππ: πππππππ πππππππππ πππ ππππππππππ ππππππ
Cogan Agama ialah salah satu Alat Kebesaran Diraja Malaysia yang menjadi simbol kemuliaan Institusi Raja Berperlembagaan serta kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
Diperbuat daripada perak dan berukuran 155.04 sentimeter, Cogan Agama berbentuk tongkat bulat berhulu besar. Pada bahagian hulu tertera anak bulan dan bintang pecah lima daripada emas, manakala batang dan hulunya dihiasi ayat-ayat suci al-Quran.
Lebih daripada sebuah warisan seni, Cogan Agama mencerminkan keagungan institusi diraja, keluhuran agama serta kedaulatan negara yang menjadi sebahagian daripada identiti Malaysia.
Menghayati Alat Kebesaran Diraja bererti menelusuri sejarah, menghargai warisan dan menyemai rasa cinta serta bangga terhadap negara.
Pejabat Perdana Menteri Malaysia π²πΎ
Shamsul Azri bin Abu Bakar