26/08/2026
[πππππππππ ππππππ: πππππππ ππππππππ πππππ ππ πππππππ ππππππ]
Selepas seharian berhempas p**as menyantuni masyarakat di lapangan menerusi siri Ziarah Kasih, gerak kerja kepimpinan diteruskan lagi pada sebelah malamnya dengan pengisian rohani yang menenangkan jiwa.
Menerusi hantaran bergambar ini, dapat kita tatap suasana sekitar majlis Ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai, Ustaz Ahmad Subhi, bertempat di Masjid Mukim Aur Gading, Kampung Manjor.
Alhamdulillah, kemeriahan majlis ilmu pada malam tersebut turut diserikan lagi dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manek Urai, YB Mohd Fauzi Abdullah (lebih mesra disapa YB Abe Uji) yang sudi meluangkan masa bersama para jemaah setempat.
Moga-moga perkongsian pada malam tersebut dapat menyegarkan kembali ingatan, serta menyuntik rasa cinta yang semakin mendalam terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW dalam diri kita semua.
Tuan Puan, mari luangkan masa menatap gambar-gambar kemeriahan majlis ini. Kongsikan satu amalan sunnah Nabi SAW yang Tuan Puan lazimi di ruangan KOMEN. Mohon jasa baik Tuan Puan untuk SHARE hantaran ini agar manfaatnya terus tersebar luas! β¨
πππππ ππππππππ