17/08/2026
Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan Kuala Krai telah melaksanakan Ziarah Prihatin dan Intervensi Krisis Sokongan Psikologi (IKSP) ke kediaman keluarga Allahyarham Mohd Rayyan Hakimi Mohd Yusmiza dan Allahyarham Luth Naiman Mohd Noraziron, iaitu dua kanak-kanak yang terlibat dalam kejadian lemas di Kuala Krai.
Kunjungan ini dilaksanakan sebagai tanda keprihatinan, sokongan moral dan solidariti pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada keluarga mangsa yang sedang melalui fasa sukar susulan kejadian tersebut.
Sepanjang kunjungan, pihak JKM turut mendapatkan maklumat berkaitan keadaan semasa keluarga, aspek kebajikan serta keperluan yang memerlukan perhatian dan tindakan lanjut. Pendekatan sokongan psikososial turut diberikan bagi membantu keluarga menghadapi situasi kehilangan dan mengurus emosi dalam tempoh berduka.
Sebagai sebahagian daripada bantuan segera, pihak JKM turut menyampaikan Tabung Bantuan Segera (TBS) berjumlah RM300 kepada setiap keluarga. Pihak JKM juga memaklumkan mengenai ketersediaan perkhidmatan kaunseling dan sokongan psikologi sekiranya diperlukan, pada bila-bila masa.
Semoga keluarga Allahyarham Mohd Rayyan Hakimi Mohd Yusmiza dan Allahyarham Luth Naiman Mohd Noraziron dikurniakan kekuatan, ketabahan dan ketenangan dalam menghadapi dugaan ini serta dipermudahkan segala urusan.
Jabatan Kebajikan Masyarakat sentiasa prihatin dan komited dalam memastikan kebajikan, kesejahteraan serta perlindungan kanak-kanak dan keluarga sentiasa diberi perhatian.
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Kerajaan Negeri Kelantan
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan
Jkm Kuala Krai Kelantan