12/04/2026
WARNA WARNI AIDILFITRI REJIMEN SEMBOYAN DIVISYEN KEEMPAT INFANTRI
KUALA KUBU BHARU, 10 Apr 26 โ Rejimen Semboyan Divisyen Keempat Infantri telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Warga Erskine bertempat di Dewan Temuan pasukan. Walaupun dilaksanakan dalam suasana penuh kesederhanaan, majlis tetap berlangsung dengan penuh tertib dan meriah.
โMajlis tersebut telah dimulakan dengan acara Gimik Meriam oleh Pemangku Pegawai Memerintah, Lt Kol Mohd Shah Nizam bin Shamsudin. Selain kehadiran para pegawai dan anggota serta ahli Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT), majlis turut diserikan dengan kehadiran wakil jemaah Surau Taman Seruling. Kehadiran ini secara tidak langsung memperkukuh jalinan kerjasama dan semangat ukhuwah dalam komuniti setempat.
Majlis diteruskan dengan acara pertandingan karaoke, pertandingan booth makanan tercantik dan pertandingan pakaian raya sedondonโ. Pertandingan ini memupuk semangat kerjasama disamping meningkatkan kreativti dalam kalangan warga Kem Erskine.
Bagi menambah keceriaan, agenda majlis turut diselitkan dengan pemberian duit raya kepada anak-anak warga Kem Erskine. Pemberian duit raya yang disampaikan sendiri oleh Pemangku Pegawai Memerintah dan isteri, merupakan simbolik keprihatinan pasukan terhadap keluarga anggota serta bagi menyemarakkan lagi kegembiraan sambutan Syawal. Majlis diakhiri dengan menyaksikan mercun bunga api.
Sambutan ini bukan sekadar satu perayaan, tetapi juga menjadi simbol ketabahan, pengorbanan dan kesetiaan terhadap tugas. Ia mengingatkan bahawa setiap pengorbanan yang dilakukan demi negara adalah sebuah perjuangan yang tidak ternilai harganya, meskipun harus mengorbankan detik-detik indah bersama keluarga tercinta. Sesungguhnya, pengorbanan ini bukanlah suatu kehilangan, tetapi satu bentuk cinta yang tidak terhingga nilainya kepada tanah air dan agama.
๐พ๐๐๐: ๐๐๐ ๐ธ๐ฒ๐ & ๐ผ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐บ ๐๐๐ณ.
#๐ผ๐๐๐๐๐ฟ๐๐๐๐๐
#๐บ๐ณ๐๐
#๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐บ๐๐๐
#๐บ๐๐๐ณ
#๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ข๐๐๐ณ๐๐๐๐๐
#๐ณ๐๐๐ข๐ท๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
#๐ฟ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ฑ๐๐๐๐๐๐๐ฝ๐ข๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
#๐ฐ๐๐ผ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ฑ๐๐๐๐๐๐๐๐
#๐บ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ฝ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ฑ๐๐๐๐๐๐
#๐ฐ๐๐๐๐๐๐๐๐ผ๐๐๐๐ท๐๐๐๐๐๐๐ฑ๐๐๐๐๐๐๐ฟ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ฝ๐๐๐๐๐