17/08/2026
🌿 PROGRAM KAMPUNG ANGKAT PERGIGIAN PKPD HULU SELANGOR 2026 🦷
📍 Kampung Pasir, Kerling, Hulu Selangor
📅 15 Ogos 2026
Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Hulu Selangor telah melaksanakan Program Kampung Angkat Pergigian melalui perkhidmatan kesihatan pergigian secara nukleus bersama komuniti setempat.
Program ini bertujuan untuk
🦷 meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat mengenai penjagaan kesihatan gigi dan mulut
🦷 memperluas akses kepada perkhidmatan pergigian khususnya kepada komuniti berisiko tinggi dan kurang mendapat tumpuan
🦷 mengukuhkan kerjasama antara pasukan kesihatan KKM dengan masyarakat setempat.
Antara aktiviti yang dijalankan termasuk
✨ saringan kesihatan pergigian
✨ rawatan pergigian ringkas
✨ pameran kesihatan pergigian
✨ permainan interaktif
✨ latihan memberus gigi
Semoga usaha ini dapat membantu membudayakan penjagaan kesihatan pergigian yang lebih baik serta meningkatkan kesejahteraan komuniti. 💚
Kesihatan Pergigian Tanggungjawab Bersama! 🦷✨