Penerangan Hulu Selangor

Penerangan Hulu Selangor Penerangan UMNO Bahagian Hulu Selangor (Official)
Penggal 2023 - 2026

03/10/2025
02/10/2025

KENYATAAN MEDIA UMNO SELANGOR BERKAITAN GSF - 2 OKTOBER 2025

UMNO SELANGOR TEGAS: BEBASKAN SEGERA SUKARELAWAN MALAYSIA, ISRAEL JANGAN BERLAGAK KUASA BESAR

1. UMNO Selangor menzahirkan rasa dukacita dan marah terhadap tindakan zalim rejim Israel yang telah memintas serta menahan kapal-kapal konvoi Global Sumud Flotilla (GSF), termasuk yang membawa sukarelawan rakyat Malaysia.

2. Kezaliman yang melanggar undang-undang antarabangsa: Pemintasan di perairan antarabangsa jelas merupakan pelanggaran undang-undang laut dan hak asasi manusia. Serangan terhadap misi kemanusiaan tidak bersenjata adalah bukti nyata sikap pengecut rejim Israel.

3. Keselamatan rakyat Malaysia mesti diutamakan: UMNO Selangor mendesak Wisma Putra terus memantau keadaan dan menggunakan segala saluran diplomasi melalui rakan-rakan strategik seperti Mesir, Jordan, Turkiye, UAE dan Qatar bagi memastikan pembebasan segera. Kami juga menuntut akses konsular pihak ketiga untuk menjamin kebajikan rakyat Malaysia yang ditahan.

4. Solidariti rakyat & kesatuan nasional: UMNO Selangor menyeru semua pihak tanpa mengira fahaman politik untuk bersatu menyokong usaha Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia demi menyelamatkan rakyat kita. Isu ini bukan ruang untuk polemik politik dalaman, sebaliknya medan untuk menzahirkan kesepaduan umat dan bangsa Malaysia.

5. Komitmen berterusan terhadap Palestin: UMNO Selangor menegaskan pendirian teguh bersama perjuangan rakyat Palestin dan akan terus bersuara di setiap ruang agar dunia tidak menutup mata terhadap kezaliman Israel. Keberanian sukarelawan Malaysia menyertai flotilla ini adalah lambang solidariti bangsa kita terhadap kebebasan Palestin.

6. UMNO Selangor sekali lagi menuntut pembebasan segera semua sukarelawan termasuk rakyat Malaysia, serta menggesa masyarakat antarabangsa mengambil tindakan tegas terhadap Israel.

“Kezaliman tidak akan pernah mematahkan semangat solidariti ummah.”

DATUK WIRA MEGAT ZULKARNAIN BIN TAN SRI OMARDIN
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor

2 OKTOBER 2025

30/05/2025

[KENYATAAN MEDIA]

SETIAUSAHA
BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI SELANGOR

1. UMNO Selangor mengambil maklum kenyataan YB Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkenaan peletakan jawatan beliau dalam parti dan hasratnya untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat. Sudah pasti, UMNO Selangor telah menjangkakan keputusan ini berdasarkan perkembangan dalaman mutakhir.

2. UMNO Selangor tidak akan berkompromi dalam soal kesetiaan dan keikhlasan terhadap perjuangan parti. Perletakan jawatan beliau adalah keputusan peribadi yang kami hormati, tetapi bukan sesuatu yang mengejutkan.

3. Kami ingin tegaskan bahawa perjuangan UMNO bukan bersandarkan kepada satu individu. Parti ini telah melalui pelbagai fasa cabaran dan pengkhianatan, namun tetap utuh kerana kekuatannya terletak pada akar umbi dan prinsip yang tidak boleh dijual beli.

4. UMNO Selangor berpandangan, tindakan menyertai parti lain secara tiba-tiba terutamanya ketika masih memegang jawatan atas tiket UMNO bukan sahaja mencemarkan semangat setiakawan dalam Kerajaan Perpaduan, bahkan boleh menimbulkan ketegangan dan wujud prasangka dalam kalangan penyokong akar umbi.

5. Justeru, kami menyeru semua parti komponen Kerajaan Perpaduan agar lebih beretika dan bertanggungjawab dalam menjaga keharmonian politik bersama dan tidak mengamalkan budaya ‘memancing ahli’ sesama rakan gabungan.

6. UMNO Selangor akan terus memperkukuh saf kepimpinan termasuk di UMNO Bahagian Kota Raja serta kekal fokus terhadap misi memperjuangkan nasib rakyat. Kita tidak akan leka dengan drama individu, tetapi akan terus mara dengan semangat baharu demi agama, bangsa dan tanah air.

“UMNO BUKAN MILIK SATU NAMA. IA MILIK JUTAAN JIWA.”

DATUK WIRA ABDUL MUTALIF BIN ABDUL RAHIM
SETIAUSAHA BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI SELANGOR

31 Mei 2025



15/04/2025

1 Penggal, 100 Legasi
(Tribute kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi)

Dia bukan perdana menteri yang paling lama.
Bukan juga yang paling lantang.
Tapi hari ini, bila rakyat rindu pemimpin yang tenang,
kita sebut satu nama:

Pak Lah.

Dalam satu penggal,
dia tak bazir masa nak kejar nama.

Dia bina asas.
Dia bina sistem.
Dia bina nilai.

- Islam Hadhari.
- Buku Teks Percuma.
- Budi Bahasa Budaya Kita.
- j-QAF.
- Pendidikan Sivik.
- Integriti dan Anti Rasuah.
- Kolej Komuniti.
- MTUN.
- Dasar Bioteknologi.
- E-Government.
- TVET.
dan banyak lagi..

Semua ini…
bukan sekadar polisi atas kertas.
Tapi legasi hidup yang masih kita guna hari ini.

Dia hanya sepenggal. Tapi dia tinggalkan seratus dasar.
Dia tidak jerit, tapi suara dia sampai.
Dia tidak gila kuasa, tapi berani serah jawatan.
Dia tidak sempurna, tapi dia ikhlas.

Pak Lah ajar kita:
Bahawa jadi pemimpin bukan soal siapa paling kuat suara.
Tapi siapa paling kuat nilai.

Terima kasih Pak Lah.
1 penggal, tapi legasi kekal seabad.

Al-Fatihah.
Tun Abdullah Ahmad Badawi
1939 – 2025


Hari ini kepimpinan UMNO Bahagian, Wanita, Pemuda, Puteri Hulu Selangor menghadiri Konvensyen BN Negeri Selangor
01/12/2024

Hari ini kepimpinan UMNO Bahagian, Wanita, Pemuda, Puteri Hulu Selangor menghadiri Konvensyen BN Negeri Selangor

01/12/2024

Konvensyen Barisan Nasional Negeri Selangor 2024

📍 Shah Alam Convention Centre
⏰ 9.00 pagi - 1.00 tengah hari
📅 1 Disember 2024

Calon Kerajaan Perpaduan Dun Mahkota
14/09/2024

Calon Kerajaan Perpaduan Dun Mahkota

Rakyat Kuala Kubu Bharu.. Tolonglah jangan undi PN..B*k tempat² lain dah menyesal banyak kali sangat kena kencing dgn PN...
03/05/2024

Rakyat Kuala Kubu Bharu.. Tolonglah jangan undi PN..
B*k tempat² lain dah menyesal banyak kali sangat kena kencing dgn PN..

1. Sebelum menang, calon PN akan janji macam² nak tolong rakyat..
2. Lepas menang, tiba² dia p**a yg minta tabung derma nak buka pejabat Pusat khidmat masyarakat dia.. Kita p**ak yg kena tolong dia.. bukannya dia yg tolong kita..
3. Calon PN KKB ni, sekarang lagi kita dah nampak tanda² akan jadi macam ni juga dek kerana hutang sedia ada dia sendiri pun tak boleh bayar lg..

Orang KKB & pengundi KKB yg bekerja di luar terutamanya.. TOLONGLAH JANGAN SIKSA KAMI yg tinggal di KKB ni nak bagi YB Adun PN yg takkan boleh tolong rakyat lepas menang nanti..

Pilih PN, merana hidup kami di KKB nanti 😭

-ZZ

Kesian betul calon PN ni.. sebelum ni kena londeh kantoi1. Isu pendidikan beliau tak diiktiraf MQA..2. Syarikat milik be...
02/05/2024

Kesian betul calon PN ni.. sebelum ni kena londeh kantoi

1. Isu pendidikan beliau tak diiktiraf MQA..
2. Syarikat milik beliau yg katanya dia pemilik rupanya dah bungkus..

Sekarang ni kantoi lagi p**ak isu kantoi ada hutang dengan nilai yg agak besar nilainya..

Bila wartawan asak sikit tanya berkenaan isu ni, dia mengelak jawab.. hanya kata "No Komen" sama mcm isu status pendidikan dia sebelum ni..

Persoalan yg berlegar sekarang ni adalah:

1. Dengan siapa calon ni berhutang?
2. Berapakah jumlah hutang tersebut?

Dan no 3 ni paling penting..

3. Siapa yg akan "selesaikan" hutang tersebut?

Kot lah kalau ditakdirkan beliau menang PRK ni, macam mana dia nak tolong rakyat Kuala Kubu Bharu kalau diri sendiri pun tak boleh bayar hutang???

Rakyat Kuala Kubu Bharu yg bijaksana fikirkanlah masa depan anda betul² 🤭

-ZZ

28/04/2024

Nak jadi pemimpin ni, syarat pertama paling wajib sekali adalah MESTI JUJUR.. kalau tak JUJUR ni biasanya yg orang menyampah

Usahlah menipu pendidikan hanya untuk nampak cantik diatas poster.

Isu ni remeh je sebenarnya.. tapi calon tak jawab-jawab walaupun dah 2 hari viral menampakkan ada yg ditakutinya.

Benda kalau betul kenapa nak takut ye tak?

-Admin Zee

Saya tengok CV calon PRK KKB yang seorang ni, cukup “hebat”. Umur 49 tahun baru ambil Diploma. Lepas 1 tahun habis Diplo...
27/04/2024

Saya tengok CV calon PRK KKB yang seorang ni, cukup “hebat”.

Umur 49 tahun baru ambil Diploma. Lepas 1 tahun habis Diploma, berdesup terus buat Master. Dalam masa 2 tahun terus settle peringkat Sarjana. Mind you ni masa PKP ya.

Yang “menakjubkan”, sebelum dapat Diploma dia sudah jadi Managing Director syarikat O&G, siap jadi Eksekutif Kewangan Bursa Malaysia.

Baru saya tahu nak jadi Eksekutif Bursa Malaysia cukup pakai SPM saja.

Kepada mana2 yang bekerja dengan UM, UMP dan Bursa, bolehlah tolong kami semak fakta.

Apa yang dihidang ini adakah benar belaka?

~LM~

10/08/2023

Pembangunan Belia & Sukan akan diberi perhatian sewajarnya untuk memastikan segala kemudahan serta keperluan golongan belia dapat dipenuhi.

TAWARAN ini disifatkan sesuatu yang perlu diberi penekanan demi kebaikan seluruh rakyat di DUN Batang Kali.

#𝗞𝗲𝗸𝗮𝗹𝗬𝗕𝗗𝗠𝗜 #𝗕𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴𝗞𝗮𝗹𝗶𝗸𝘂 #𝗞𝗶𝘁𝗮𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿 #𝗣𝗲𝗿𝗽𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿 #𝗣𝗲𝗮𝗰𝗲 ✌️

Address

Bangunan Umno Hulu
Kuala Kubu Bharu

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penerangan Hulu Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share